Tuesday, January 26, 2021

Pictures galore... gelagat Pong 1

 Tak terhitung banyaknya kucing kucing yang pernah datang ke rumah kami.

Bermula dengan seekor anak kucing jalanan ,hingga tiga beranak dari KL ,semuanya meninggalkan kenangan. 

Kucing tompok tompok hitam putih antaranya. Terhibur cikson dengan mereka. Bijak,komikal semua ada.

bakul rotan jadi kesukaan bila dtg time bersantai

menonton tv diruang tamu..



semua dia nak ambil tahu... ehhh apa ya ada dalam ni?
 Boleh minum atau dibuat mandi?


dalam palastik ini boleh main sembunyi sembunyi..

Taraaaaa.... hai acik acik yg dikasihi.
Dia telah pergi. Namun gambar gambar dia banyak yang tersimpan . Hari ni cikson share sedikit buat kenangan.

Bye... 

Monday, January 25, 2021

A new week, a new day ....

 Masih berbalam di luar. Lampu jalan pun masih terpasang. Walaubagaimanapun suara2 unggas sahut bersahut,memanggil manggil.

Sang burung dengan tweetnya.

Sang ayam dengan kokok kokoknya

Sang kucing dengan meow mereka memanggil manggil utk dilepaskan..

Hanya suara manusia yang belum ada.Sedang sedap dok lena.

Namun jam 4 pagi tadi, aku terjaga dari tidur dengan bunyi berdengung macam hari tu. Kedeboomboomboom . Bergegar jugalah otak ku mendengar rentak itu. 

Aduhhh...manusia mana ya yg masih menikmati muzik rock kapak dini pagi ni? Its not a nice feeling at all. 

Hampir subuh ,aku bangun . Did the daily routine and drank my first cup of nescafe with roti 4 sagi....hiihii.

By the way cikli was discharged from HTF last night. Now sleeping peacefully on his bed.

At around five yesterday, I received a call from him that he had the green lights from the doc to go home. Hurrrah. Alhamdulillah.Discharged after a 4 day stay . 

Near to maghrib, I arrived at the hospital. And after the necessary procedures , cikli was able to go home. So thankful for the nurses and the doctors of HTF.

Well.. there was a but.

Am a bit displeased of what happened in the lift. As I was going up, a group of staff joined me. Aduhhh. Mana mask ? Mana SOP ? Bersembang ,berketawa  sesama mereka,I dnt mind. But pakailah mask weiiii.Ni ada yg pakai bawah dagu, ada yg tak ada langsung. Kat tempat bahaya pula . Lift kan tempat sempit.

You tak tegur ka? Tanya cikli bila cikson cerita.

Hmmmm...depa besar besar. Ramai. I sorang. Takutlah. 

Mak guard kan? Cikli berteka. Tu laaaa...

Reached home safely before maghrib. Anak anak bulus menyambut kami ...jadilah.

Thats all folks. Yesterday was gone.

Today is a new week,a new day. Apa pula cerita yang kena kita lalui. Btw hairan pula kenapa Astro macam seronok sangat memainkan berita dan cerita pergolakan politik. Rancangan after rancangan dok bincang bab sebuah parti ni... 

Bye. Thats all folks. Stay safe always.


apa nak buat ya harini...


Sunday, January 24, 2021

SEpi..............

Hari ketiga PKP di Perlis ini. Hari ke empat cikli di hospital. Hari berganti hari. Hidup perlu dilalui.Biar apa terjadi.

Di luar masih terdengar suara suara burung berbunyi. Juga deruman enjin kereta yang laju menuju destinasi.Mungkin mereka keluar rumah mencari rezeki, si burung ,si ayam dan juga pemandu serta penumpang kenderaan yang lalu di sini.

"Bagaimana PKP you. I disini ok ok saja. Jangan bimbang. Nurse ada membantu." Cikli menghubungi aku petang semalam.

"Kunci pintu elok elok. Jangan datang ke sini kalau tak ada hal. Bahaya". Tambahnya lagi. Aku akur saja. PKP memisahkan kami. Selalunya bila cikli masuk wad ,aku akan teman. Namun peraturan hsopital yang ketat masa ini, menghalang aku ke sana.

Maka hari hari ku harungi .Sepi. Namun aku dah terbiasa begini. Aku memang suka menyendiri. Dari muda muda lagi. Aku takut nak berkawan ,lebih lebih lagi kalau dengan yang berpesonaliti ranggi. Suka cakap ikut hati. Buat lawak yang mengena diri orang... eh memang aku tak gemari sikap begini. 

I am too sensitive. Kata ramai. Memang aku akui. Cepat terasa sikap aku. Dari dulu dulu kala. Tak boleh nak ubah . Dan aku kuat ingatan. Itu yang memburukkan ke adaan. 

I was a bright student when the subject involves memory. Ingat lagi subjek yang membolehkan aku naik pentas adalah pelajaran yg perlukan hafalan. Geografi dan History . Sains and maths kelaut dalam aku pergi

Masa pertandingan General Knowledge ,aku lah juara ...hehehe. 

Masih ku ingat, pesan seseorang. Anak anak jangan bagi pi jauh jauh . Susah nanti bila tua.

Yes, aku akui. Memang susah. Namun perlukah aku mengongkong anak2 kerana itu. Susah payah aku dan suami menyekolahkan mereka tentu sia sia kalau aku ikut nasihatnya. Perlis ni susah nak dapat kerja. Lainlah kalau aku millionaire, boleh bagi modal utk berniaga. Itu pun jangan. Biar mereka usaha sendiri.Yang penting beri pelajaran setinggi yang boleh. Yang lain kayuh sendiri..

Sepi... jom minum nescafe. Cicah roti 4 sagi.

Bye...Enjoy your day however it is. Sepi or penuh ketawa hihihi.



Saturday, January 23, 2021

Kalut yang semacam... aduhai.

 Kisah semalam. Kalut yang semacam.

Begini ceritanya.....

Jam 5 cikson bersiap dan memandu menuju Hospital Tuanku Fauziah. Dalam hati tentu cikli gembira malam ini ada teman . Semalam dia dipindahkan ke bilik seorang di blok baru. Pernah beberapa kali di sini. Selesa kerana tiada sesiapa. Senang sikit utk menemannya.

Sampai . Park kereta. Keluarkan beg makanan dulu dan laju menuju bangunan baru. Sampai dikaunter kejutan menunggu ku.

*Cikli doktor tak tulis dia perlu peneman.

*Sekarang bukan waktu melawat. Dah sebulan berkuatkuasa ,kat hospital ni tak ada masa utk lawatan.

*Umur makcik tak boleh jadi peneman.

*Makcik...mana mask?

Hhhhhhhaha... yang last tu buat aku tersentak. Really? Aku tak pakai mask? Ya Robbi.lupanya aku. Aku lihat kedai selangkah dua dari ku masih terbuka. Cepat2 aku tinggalkan kaunter dan ke sana. Mask ku beli sekeping dan terus memakainya. Legaaa.Sejak dua menjak ni aku jadi pelupa sangat...

Kembali ke kaunter dan teruskan berjumpa pengawal.

Cik, Saya akurlah semua peraturan tu. Tapi makanan ni boleh tak saya hantar naik.

Cik, tak boleh. Makcik tak boleh naik ke atas. Bagi kat kami ,kami pi hantaq.

Isssh bagaimana ni. Aku bawa ration utk dua orang. Banyak makanan ni.I rang up cikli minta dia buat pilihan . Nak nasi atau lontong yang ku bawa.

Cikli memilih lontong. Beg makanan ku beri kepada pengawal .

Dalam perjalanan pulang ,aku realise aku beri mangkuk berisi nasi juga. Haha... Tudia..penuh tupperware tapi tanpa lauknya. Biar sajalah. Nasi boleh ku masak lain.

Telefon berdering berkali kali. Mungkin cikli. Takut ada apa2 yang penting, aku berhentikan kereta ku ditepi jalan. Cikna rupanya. Lepas berbual ,perjalanan ku teruskan.

Gitulah kisahnya. Pengajarannya orang tua macam saya jangan cuba nak ke hospital. Urusan kalau ada yang muda serahkan pada mereka. Kalau tak ada nak buat macam mana. Cubalah juga...

Kadang kadang kita terlepas pandang akan peraturan. Bukan saja saja nak langgar. Tapi kita ketinggalan mengetahuinya

Tapi orang tua macam saya, selalu juga lupa.Next time kena double check.Triple.Quadruple. 

Kadang kadang saya kalut semacam.... aduhai.