Monday, December 14, 2020

Tukang bumbung dari Simpang.

 Selain tukang tebang pokok, dalam membuat awning seciput ini, makcikson berkenalan pula dengan tukang bumbung. Muda orangnya dan dari Simpang 4 datangnya.

Rajin dan responsible. Gitu cikli menilai akan dia bila dia mula datang buat kerja. Datang bukan berseorangan tetapi ditemani isteri pula. Ya..isteri dia datang membantu dia membuat kerja2 menaikkan batang2 besi rangka bumbung. Gigih mereka berdua berkerja. Sunyi saja tanpa banyak bersenda loka. 

dan yang lebih buat cikson salute kat mereka adalah mereka tidak memilih kerja. Habis ditapaunya. Bersawah,membantu kerja dikedai makan , bertukang dan dari Isnin hingga Sabtu petang si suami berkerja jadi tukang kimpal di syarikat lain. 

Working everyday of every week. Buat mencari sesuap nasi.

Kerja memangah lambat kerana hanya hari Ahad saja si tukang bumbung berkelapangan. Namun cikson faham. Tak mengapa asal siap sudah. Lagi pun ini pun cara kita membantu mereka yang susah. Cikson tak banyak kerenah.

Seronok berbual dengan anak tentang pengalamannya membeli rumah. Kecekalan dia antara penyebab dia berjaya melengkapkan rumahnya. Berurusan dengan kontraktor yang banyak kerenah satu pengalaman buatnya. Mujur tak kena kapur .

Antara tukang pembuat dan tuan rumah yang berurusan ,mesti ada kesafahaman, bertolak ansur dan percaya mempercayai. Kalau tiada semua ini, apa pun tak menjadi.

Tuan rumah jangan sombong dan pembuat/artisan yang dihired jangan ambil kesempatan, culas dan halai balai. Baru kerja menjadi.Baru tuan rumah tidak susah hati.

Yet to see the end product. Kena bagi tau diri..sabar kena tinggi. Kerana orang yang di upah banyak kerjanya sendiri. Cuti hanya sehari...

Pagi ini masih sempat tengok samada bulan ada bintang dilangit. Besok naik bumbung terlindunglah dia dari pandangan kami.

hari dah pagi,bulan dan bintang pun dah tak nampak lagi


Thats all folks. Bye. Have a fruitful day.


Sunday, December 13, 2020

Bulan dipagar bintang....

 Hari masih kelam. Melintasi pintu gelungsur,aku amati sesuatu yang belum pernah ku lihat sebelum ini. Nun diufuk timur ( barat?) aku dapat lihat satu cahaya terang tanpa kerdipan. Memancar. Statik. Rasa dekatbdengan bumi. Semalam dia di situ. Pagi ini pun masih disitu.

Namun berlainan dari pagi semalam, pagi ini dia ditemani  rembulan. Lebih tepat anak bulan yg menyerupai tanduk lembu.Ingin aku abadikan pemandangan itu namun aku gusar utk melangkah keluar. Nak ku tangkap gambar, talipon Asus pula kehabisan bateri. Jadi pemandangan unik ini akan berlalu pergi.

terlepas gambar bulan dan bintang.
Pagi besok pula baru mereka datang.


Besok, bila awning dinaikkan,aku telah tidak dapat lihat lagi pemandangan ini.

Aku rasa bintang yang ku lihat adalah satelit. Dia tanpa kerdipan. Cahaya nya pun tidak seperti sang bintang.

Mungkinkah ini satelitdari China. PRC kan telah melancarkan matahari tiruan ciptaan mereka katanya. Matahari ini boleh menerangi bumi China bila waktu malam. Jadi mereka lebih masa utk hari siang. Lebih masa utk mereka berusaha mencari makan. Juga tidak lagi bergantung kepada kuasa letrik. 

Nonsenselah kata sesetengah kita. Nak lawan kuasa Allah. Mana mungkin.Nak cipta apa yang Allah dah cipta.

For me, semua dapat dilakukan kalau kita beruasaha. Kalau kita gunakan daya pemikiran yang dianugerahi Allah . Tidak mustahil . Apa pun kemajuan semuanya dari Allah .Kerana pemikiran atau otak yang diberi Allah. 

Ya China tidak terperangkap dengan cerita2 yang terjadi dulu2. Meratapi nasib , sejarah apa yang berlaku. Sebaliknya mereka maju dan maju. Adakala gerun tenguk apa yang mereka capai. Ada yang tak masuk akal.

Semasa mengajar dulu, cikson cuba terap dalam diri anak2 murid apa yang murid2 kaum ini lakukan.Contohnya membawa bekal air kosong. Melihat anak2 Cina datang ke sekolah dengan air kosong berbanding dgn anak kita, cikson buat cadangan. Setiap orang digalakkan bawa bekal air. 

Begitu juga tabiat membaca anak2 mereka. Ada masa terluang ada saja mereka baca. Maka cikson pinjam buku cukup utk satu kelas. Semua murid digalakkan membaca bila habis kerja . 

Seorang murid Cina suka baca surat khabar. Cikson ambil contoh ini dan semai dalam murid Melayu. Setiap hari sebelun kelas, cikson tanya berita semalamnya. Jadual waktu dirumah pun cikson selidik. Apa dibuat mereka.... Breakfast mereka. 

Cikson masa bertugas jadi guru sumber Jabatan Pelajaran berpeluang masuk semua jenis sekolah dalam negeri Perlis. Banyak perbezaan yang cikson amati. Bila melangkah ke dalam kawasan sekolah ,kita boleh lihat perbezaaanya. Tentang sikap murid dan guru, tentang perhiasan sekolah dsbnya.

Thats all folks.

Bila melihat bulan dan bintang tadi,terfikir apa lagi kemajuan ya dikemudian hari. Bye. Have a nice weekend.



Mulai ptg ini, pemandangan begini pun sudah tiada 



Saturday, December 12, 2020

Brave the waves that come...

 Bersembang dengan anak muda penebang pokok hari tu, cikson pelajari sesuatu.



Ramai anak muda sekarang diberhentikan kerja. Atau diberi cuti tanpa gaji sementara tempat kerja tak beroperasi lagi. Nak buat OT pun sudah tiada ruang, maka sedikitlah peluang utk buat wang.

Dan melihat sekeliling, membaca cerita , menonton berita memang semua ini benar belaka.

teringin pulak nak mkn mee pilot ni

Ada pilot sudah jadi penjual makanan tepi jalan. Ada executive buat bisnis dalam talian. Ada jadi grab driver atau food panda. Ada jadi taxi driver bukan utk manusia... tapi utk kucing dan haiwan pun ada.



Yes, there's a thousand and one ways to earn a living. Selagi putus asa tidak menebing.

Haritu, terkesan cikson akan berita on tv yang menunjukkan sebuah kereta yang dipunyai seseorang yang nekad terjun ke dalam laut di sebuah jambatan. Barang2 didalamnya seakan dia dalam perjalanan pulang. Ada kain baju, ada posh toys dll. Penuh kereta. 

Tentu dia diberhentikan kerja. Putus asa dan tenggelam punca menyebabkan dia nekad begitu. Mujur dia dapat diselamatkan. 

Namun ini bukan kes terpencil. Malah ada yang benar2 nekad menghabiskan riwayat. Segala kesusahan dari tiada kerja pun tamat. Tapi buat ahli keluarga itu mimpi ngeri yang amat.

Flashback. Throwback to the days of our own experiences. 

Ciklicikson pun pernah menghadapi situasi begini. Tiba2 kerja diberhenti. Or lebih tepat berhenti sendiri. Akibat tekanan dan jugalan bebalan. Juga janji2 yang tak ditepati.

Mmg rasa itu penghujung dunia. Anak nak masuk dua. Suami tiada kerja. Mau ghoplah juga. Tapi mujur akal panjang. Tak kesana kesini minta kasihan. 

Kami usaha apa saja. Cikgu masa tu berapa saja gajinya. Dengan hutang bank swasta utk rumah. Cukup bulan seringgit dua yang ada. Mau tak gelabah.

Then RCS... Rina Cleaning Services bermula. At that time mana ada orang buat kerja tu. Tahun 1982 kot kalau tak salah.I have tons to tell how we brave the situation. From 2 brooms and a floor scrubber machine only to quit when cikli lost his feet. Thats a feat. 

Anak2, kawan yang sedang mengharungi cobaan, contohi penebang pokok yg cikson storikan. Kalau anda sedang menghadapi krisis kehidupan....bagaimana nak cari makan. Kalau masih ada tenaga dibadan...gunakan. Dengan mesin rumput dan chainsaw ,dia teruskan perjalanan. 

Bye. Till then. Salam Sabtu.

Cikson sedang menunggu tetamu. 


kalau berkesempatan teringin nak ke sini bila kesana nanti.

Friday, December 11, 2020

Bila pokok pokok di tebang... aduhai sayang.

 Semalam cikli berwajah sedih. Pilu katanya melihatkan pokok2 yang ditanamnya ditebang satu persatu. Jenuh cikson nak explain sbb apa harus ditebang.


asalnya.....

1. To make way for the awning

2. They pose danger to people and building ie ciklin's house.Dah besar sangat pokok2 tu .

3. Their fruits arent edible. Asyik dimakan ulat. Baik jambu, pelam atau jambu merah tu.The mango tree roots are invasive. Mau pecah pembentongan. 


begini antaranya...

Cikli needs justification ,so the above answers were given.

Bila diulang ulang sayang, hmmm entahlahh. 

Anak muda yang cikson jumpa nombor nya kat fb datang jam 9 . Sehingga jam 1 lebih dia gigih menebang pokok2 itu satu satu. Sambil bekerja sambil melayan celoteh kami suami isteri.


anak muda gigih berkerja

Baguslah adik tak putus asa dan tenggelam punca. Buat macam2 kerja utk keluarga.

He was telling us that he was on no pay leave from his work. A hotel in KL. I was keen to engage him again if need to. Bagus orangnya. Teliti dalam kerjanya. Must be a loving father too  and a responsible husband. 

Sapa2 area Perlis yang nak pakai orang buat kerja menebas dan cuci kawasan, type saja Mat Kie kat fb Perlis Aktif.Ada nombor talipon dia. 

Kerja kerja penebangan pokok dah selesai. RM 250 utk semua . Mahal kata cikli. 

Biarlah kata cikson. Rezeki dia sbb dia yang datang tgk dulu. Dia yang angkat talipon kita. 

Panaihlah rumah, cikli bersungut lagi....Hahaha ...cikson hanya ketawa geli hati tgk cikli . Nanti naik awning sejuk baliklah rumah kita.

Just the other day we were shortchanged by a bloke who came to buy coconuts . Habis diragasnya pokok2 kelapa. Dan dalam samar2 senja dia gigih membawa lebih 20 biji kelapa2 itu naik motor. Terhoyong hayang cikson tgk dalam rembang petang tu.Seriau benau.

Sampai hari ini muka pun tak nampak kembali. Dengan ayaq tu dia lari. Harga kelapa2 tu pun hangus diambil  free.

Such a stark difference between pengait kelapa dengan penebang pokok. Dua2 anak muda. Tapi punya sahsiah berbeza. Satu jujur buat kerja, satu kaki kapur rupanya.

Thats all folks.  Bye. Till then.

hasilnya...

begini akhirannya.