Sunday, November 22, 2020

Ehhh...ranting is on...2

 Lama tak buat kerja ketuk mengetuk keyboard secara marathon. Semalam I did it. Ha.. mau tak senget tulang belakang.

Anyway, semasa kerja mengetuk tu, I played the Quran with Translation. At least ada juga something yang menenangkan. Having ayat ayat quran read and translated to you . Allahuakbar.

Its an uphill task getting back those lost pictures . Heck of a heckle,I tell you. To me to be precise. Someone who is beyond technicality. Have got to relearn using those picture archives, Window Live Write and so forth.

Starting from 2009 when I first wrote my maiden post, I manage to rummage the pictures for my posts until May 2011 to date. Not an easy task though.

Tired, I climbed into bed past midnight. Scroll my phone for any urgent messages and then inching to fb. Sakit mata sakit kepala baca posting berkaitan KWSP. What? 1 trillion ringgits in limbo? Biar betoi!

Harap2 apa yang dibaca ttg KWSP hanyalah rekaan. Fake news. Serrrram wei kalau benar. I have 2 children being the account holders and cntributers. Cant brain what the outcome if its true.

Reading and following the happenings in our beloved homeland sometimes .....Allahu.

May Allah SWT keep us safe.


Saturday, November 21, 2020

Ranting on and on....

 Ranting as in mengomel.....

Been exasperated by my blog for quite sometime. Entah apa ke he nya. My blogpost pasca 2010 until 2012 kena hack ke apa pun tahk tahulah. Bila buka nak baca  terpampang sikit punya besaq tanda NO ENTRY!

Macam ni


Geram kan. Semua gambar era itu, ada sign no entry..Macam entry ni:

oh nooooo

Been quite a while I let the matter be walau sakit dan pedih hatingati. Hasil karangan kita dia buat lagu ni.Sedih tau. Teringat balik kejadian dulu dulu. Terasa kehilangan juga bila hasil komik ku dibuang orang. 

I tried and tried to retrieve the gone pictures. Tapi hasilnya memeningkan kepala.

This week I got the trick...haha. Dan sedikit demi sedikit aku kembalikan hasil karya ku. Namun peninggggggggg!

Ehh.. if there's a better way to get back the pictures. Helpppp.


Friday, November 20, 2020

Rindu yang tak terhitung..............

 Hari ini katanya MKN akan keluarkan kenyataan berhubung PKPB . Ternanti2 juga bila paklong Mail akan bersiaran. Harap harap tu adalah harapan....

Harapan apa tu cikson oooi?

Harapan agar ada kelonggaran. Walau PKPB namun ada yang dikecualikan. Yang kami di zon hijau boleh rentas sempadan daerah dan negeri tanpa sekatan. 

Namun anak anak semua berada di zon merah kecuali seorang. Masakan lepas nak pergi melawat mereka dan sebaliknya.

Maka rindu kenalah tahan. Walau tak terhitung beban. Hanya gambar gambar dan video dikirim sebagai bahan . Untuk mengubat hati rindu ibu dan tok yang rawan. haha.

Sementara tu, mujur ada si Teh ni. Ada juga penghibur 

Lambat pintu terbuka , masuklah dia

Sebatang pensel menarik perhatiannya

Mesti tengah terpinga memikirkan apakah bendanya 

Kelmarin petang si Teh masuk ke dalam rumah. Sebatang pen marker yg ditinggal cucu jadi perhatiannya. Pertama kali jumpa, nampak dia sunggoh berhati hati. Ketawa cikson tengk gelagat dia. 

Thats all folks. Bye. Have a good Friday.






Thursday, November 19, 2020

Ujian kita tak sama ...

 Lepas Subuh, aku buka phone. Teliti mesej mesej dalam whatsapp. Satu mesej buat aku tergamam.

Di tengah dia menghadapi dugaan suami yang tiba tiba jatuh sakit dan tak berdaya, dia kehilangan ayahnya. Menangis dia bila aku hubungi dia .


Darinya kita datang dan kepadanya kita kembali. Alfatihah.

Semoga adik iparku tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh arwah dihimpunkan dikalangan mereka yang beriman.

Ujian antara kita beragam. Kehilangan kaum keluarga yang kita sayangi itu pasti. Bila tiba masanya. Juga sakit demam. Bertuah mereka kalau mereka tidak diduga . I understand you because I had gone through that phase. Kehilangan dan juga menjadi caretaker kepada mereka yang memerlukan.

And I am  I grateful to you for taking care of my bro. Yes, I do. Sangat2. Walau kita jauh, namun aku rasa dekat mendoakan kamu semua. Semoga Allah lindungi kamu . Be strong. 

Semoga besok kita dapat berita baik tentang PKPB di daerah  dan negeri 2kita. Dan kakak serta abang dapat ke sana. Insha Allah.

Juga buat besan ku di Pahang, semoga majlis di sana besok berjalan dengan sempurna. Kalau tidak kerana situasi sekarang, aku mungkin telah berada di Kuantan. Tak lupa juga semoga besan di KL cepat sembuh dari operasi tempoh hari. 

Tak lupa majlis kahwin anak saudara. Semoga majlis berjalan sempurna. Terlepas lagi satu majlis yang besar erti dalam keluarga kami. 

This PKPB is really a wrecker. Ujian buat semua. 8 kluster baru yang diumumkan semalam buat hati berkata2... Ya Allah, belum reda nampaknya kes kovid kita. Anak2 di KL dan Kuantan, hati hati ya. 

Bye. Take care everyone.