Lepas Subuh, aku buka phone. Teliti mesej mesej dalam whatsapp. Satu mesej buat aku tergamam.
Di tengah dia menghadapi dugaan suami yang tiba tiba jatuh sakit dan tak berdaya, dia kehilangan ayahnya. Menangis dia bila aku hubungi dia .
Darinya kita datang dan kepadanya kita kembali. Alfatihah.
Semoga adik iparku tabah menghadapi dugaan ini. Semoga roh arwah dihimpunkan dikalangan mereka yang beriman.
Ujian antara kita beragam. Kehilangan kaum keluarga yang kita sayangi itu pasti. Bila tiba masanya. Juga sakit demam. Bertuah mereka kalau mereka tidak diduga . I understand you because I had gone through that phase. Kehilangan dan juga menjadi caretaker kepada mereka yang memerlukan.
And I am I grateful to you for taking care of my bro. Yes, I do. Sangat2. Walau kita jauh, namun aku rasa dekat mendoakan kamu semua. Semoga Allah lindungi kamu . Be strong.
Semoga besok kita dapat berita baik tentang PKPB di daerah dan negeri 2kita. Dan kakak serta abang dapat ke sana. Insha Allah.
Juga buat besan ku di Pahang, semoga majlis di sana besok berjalan dengan sempurna. Kalau tidak kerana situasi sekarang, aku mungkin telah berada di Kuantan. Tak lupa juga semoga besan di KL cepat sembuh dari operasi tempoh hari.
Tak lupa majlis kahwin anak saudara. Semoga majlis berjalan sempurna. Terlepas lagi satu majlis yang besar erti dalam keluarga kami.
This PKPB is really a wrecker. Ujian buat semua. 8 kluster baru yang diumumkan semalam buat hati berkata2... Ya Allah, belum reda nampaknya kes kovid kita. Anak2 di KL dan Kuantan, hati hati ya.
Bye. Take care everyone.
No comments:
Post a Comment