Wednesday, November 18, 2020

Father, father...

 


I was perusing the fb pages when my eyes caught the hype on Muslim Pro. I went to the said page out of curiosity. Scrolling down the pages, I came to the picture above. 

No father gives a better gift to his children than  good manners and  good character. So true. I agree fully. 

Father, father.

Whatever you are, however, whenever.

You matter

Buiding up your children's character.

Bapa borek anak rintik.. begitu perumpamaan. Character building you are number one.

Maka , jangan dihairankan kalau anak2 tak semenggah kelakuan, kalau bapa tidak juga sempurna perbuatan.

A few samples ..

*Kalau bapa hanya jadi perhiasan dan tugu dalam rumah, akan lahir generasi menunggu. Terbiasa melihat bapa hanya dilayan bukan melayan, anak2 pun besar kemungkinan jadi begitu. Maka semua serah pada ibu. Atau babu...

*Kalau bapa nya percakapan penuh maki, usah harap anak2 jadi bidadari. Cakap lembut lidah dari gusi. Anak anak yang biasa makan tangan dan kaki, besar kemungkinan juga bila berumahtangga , ikut tradisi. Kecuali jika dia berkesedaran, yang perbuatan itu tidak baik sekali.

*Kalau bapanya boros setengah mati, pasti ada anak anak yang mengikuti. Hutang sana sini . Berbelanja tak sedar diri. 

Lately, watching local tv news, I heaved heavily. Those people in orange suits. Ramainya berjalan seiringan dengan tangan berikat, kepala menunduk , jurugambar berebut. Semalam 40 orang! Dan mereka rasanya sebahagian besar kaum bapa. Sedih sangat. Yang pasti mereka itu seagama dan sebangsa ku, kebanyakannya.

RASUAH! Bersekongkol dengan pendatang asing. Membuka pintu sempadan .... itu kisah orang immegrisen. Allahuakbar. 

Memanglah tak semua kebobrokan terjadi berpunca dari father saja. Ibu ibu pun main peranannya. Mak mertua mak mertua macam cikson pun tak terkecuali. Maka... carilah jalan terbaik .Banyakkan membaca . Banyakkan berdoa. Semoga kita dan ahli keluarga kita terhindar dari bencana. Seperti mereka yang berpakaian uniform jingga. Yang dibawa ke mahkamah naik bas!Kesian sangat utk keluarga mereka.

Thats all folks. Dalam doa jangan lupa sebut nama anak2 .Bye.  



Hello cikson, 


Tuesday, November 17, 2020

Messed .....

 Cantik nampak langit diluar jendela. Dalam samar samar cahaya, ada berbagai warna. Ada kelabu, sedikit biru, kuning, jingga bersatu. Dan lampu jalan disebarang jalan menambah warna dan cahaya. 

Kurang pula bunyi unggas pagi yang hening ini. Ayam jantan macho belum kelihatan, kokok kokoknya yang berderai belaum kedengaran. Hanya chiat ,chiat anak ayam dibawa ibunya turun cari makan.

Damai rasanya alam.

Namun, bila hari meninggi, kedamaian pagi ini akan menghilang pergi. Panas datang mengganti. Semalam, kami suami isteri rasa penat . Cikli yang balik dari pekan macam hilang pertimbangan badan. Aku juga seakan berjalan dalam dewan tarian yang lantainya tinggi rendah. Lethargic. Letih. 

Bila aku lihat suhu ...33 Celsius aku tahu jawapannya. Dan suhu dalam rumah lagilah bila dapat cahaya matahari.Bila suhu tinggi, semua tak kena jadinya. Badan rasa lemah dan selera ke laut. 

Waking up today, I still feel a lit tad lethargic.Everything seemed messed up!

gambar googled

Semalam petang MKN dilapurkan mungkin mengPKPDkan Lembah Kelang kalau kes kovid meningkat lagi. Risau aku. Wajah2 yang ku sayangi memenuhi fikiran. Allahu,kesian.Akan banyak urusan yang tergendala, kebebasan yang terhad sekarang ini akan ditarik semula..

Perbahasan Budget@ Belanjawan 2021 terus bergema. Andai rajin melayan perbahasan parlimen di ruang tv anda, dapatlah dilihat bagaimana mereka berbahas tentangnya. Andai tidak dilulus, kita akan jadi messed up tentunya. Teringat USA masa belanjawan negara mereka tergantung semasa pilihanraya terdahulu. Sebelum Trump berkuasa. Kecoh mereka.Messed up they were. 

Ehh.. tak ada masalah nak ambil tahu tu semua. Mungkin ada yang bersuara. Usah kisahkan semua tu . Tu hal duniaaa. Buat apa pening kepala!

But I do kisah. Terfikir apa akan jadinya bila keadaan tidak sempurna. Ramai yang hilang kerja. Makan minum  pun tak terjaga. Ada yang dihalau dari rumah sewa. Juga bila simpanan EPF telah dikeluarkan, apa akan tinggal bila sudah bersara dari pekerjaan? Apa lagi ada utk masa hadapan. 

Maka rasuah akan berleluasa, samun dan rompak pun menjadi biasa.Scam dimana saja. Maunya kita macam Argentina.Jenayah berleluasa.

Next on my worry list is our education system.Antara dunia dan akhirat. Yang mana nak kita berat. Condong lebih ke satu akan ada akibat. Kena ada keseimbangannya. Baru kemejadian anak bangsa terbela.

Dalam kemelut semasa ini, aku mendoakan semoga mereka yang terpilih menduduki kerusi empuk di parlimen yg berhawa dingin, jalankan tugas dengan baik. Berbahas dengan sopan dan bijaksna.Kerana kami rakyat marhaen menonton anda semua.....Juga halatuju negara terletak disana.Dont mess up ya.

Thats all folks. Hope you all be safe. No mess up . 

Mess yg kreatif la pulak.
Hasil contengan cucu ..1 year old.


 Before I leave... this is a kind reminder for those who likely like judging others.







Monday, November 16, 2020

Beware LANUN!

 Teringat lagu tentang lanun yang very catchy. Lagu ni saja2 cikson ajar anak murid dan ajak mereka menyanyi kalau lesson jadi boring. So on boring days, sleepy days we would stop work and sang the song. Like it because the actions that accompanies it . 

I loved to read about pirates @ lanuns .The story of pirates never failed to interest me. The like of Treasure Island etc were novels that I read with joy under tt 's high rise bed.Not forgetting Robinson Crusoe.



Pirates and lanuns of old time novels aside.

Now, there are lanuns or pirates too if you havent realised. They are beside the pirates that terrorised the vessels plying the seas. Lanun lanun ni ada di mayapada. 

So Beware! Especially account holders. Any account holders to that matter. Be they be bank account, your apps account or your social media account. Your fb, your ig, twitter may be compromised.

A few weeks before, in my fb, some people sent me attachments. They looked dubious ,so I didnt click open. True enough the owners themselves put up notices that they were bogus people using their fb. In other words, they were hijacked. 

I have noticed too funny happenings lately. And I doubt they were posted by the rightful owners.

A blog I visited showed pictures of bab*s in every single popular posts. Pelik juga. Takkan penulis nak guna gambar2 tu. So was last night . Mystery juga takkan seseorang tu nak komen sampai 4 kali berturut2 atas post fb seseorang. Aduh... pelik memikirkan. Gaya bahasa pun kekok saja...

Itulah... sekarang ni lanun bukan saja wujud di lautan luas tapi di alam maya @ social media. Hati hati ya semua.

Dan kalau tiba tiba anda ternampak perkara tak masuk akal yg keluar dari blog ini ,itu bukan saya. Or on my fb or ig. ( which I seldom write).

Thats all folks. Have a good Monday ang Beware of Lanuns!





Sunday, November 15, 2020

Tanah se bidang di seberang jalan....

 di seberang jalan ...

 Dapat ku lihat, tanah nan sebidang diseberang jalan bertukar warna. Pertukarannya mengikut musim. Juga terletak kepada usaha manusa yang mengusahakannya. Tak lupa juga akan anasir alam.

Saat ini, dia umpama hamparan karpet bulu velvet nipis. Hijau warnanya. Macam kuih pulut serimuka pun ada juga. 

Hadirnya sekeping sawah seberang jalan jadi hadiah halwa mata buat ku. A habitual hermit yang jarang jarang keluar dari rumah. Kuak saja tirai penutup jendela, nampaklah ia.Dan bila dia dilawati burung burung putih, berseri lagi keadaanya. Damai dan mempersona..aha. 

Hidup kita pun begitu. Berubah2 mengikut usia dan waktu. Just like me. Dulu, aku sanggup buat apa saja utk rumah. Untuk mengubah suasana mengikut kegemaran ku. Untuk pastikan kelengkapan rumah ku tidak dihinggapi sawang dan debu. Juga kulat kelabu. Huhu. Aku akan memanjat hingga sampai tangga yang paling atas untuk buang habuk juga menyangkut tirai. Tak gentar aku. Sanggup aku. 

Namun masa berubah, aku tidak lagi tabah. Kejadian jatuh hari itu, buat aku surrender. Mujur aku tidak apa apa,cuma jalanku sehari dua saja yg bertukar rentak dan irama. Haha...

Maka sekarang, tunggu panggil NUme sajalah utk betulkan keadaan. Walau ongkos perlu aku keluarkan.

Teruja tengok kegigihan sidia yang sibuk menguruskan rumahnya. Kalau satu negeri, sudah lama aku pergi. Tolong apa yang ku masih boleh gagahi. Dari membeli, menguruskan perjanjian dsbnya, dia bersendiri. Sekarang hanya melalui gambar gambar yang dihantar, dapatlah aku lihat perkembangan urusan dia. Tak sangka. Ada bakat juga dia dalam menyusun atur rumahnya. Boleh jadi ID kalau gini, kataku melawak satu hari.






This brought back memories of my late mom. Insan kecil tubuhnya itu, cukup teliti dalam menguruskan rumahnya. Walau hanya sebuah rumah kayu , bilik air hanya telaga, dia mengurus dengan baik sekali. Aku tak ingat atau lihat sawang bergantungan, lantai kotor, laman bersampah sarap, katil tak dibuat. Everything for me is perfect ten. Even her dapur kayu... tak ada abu . 

Everything about her is spick and span. Lipatan kain baju, susunan pinggan mangkuk,periuk belanga...oh what can I say more. That I will never be like her. Sekadar sedap mata memandang cukup sudah.

dalam pembikinan.



Just a Prima home..and an axia.. katanya.

Whatever home or car, they dont matter la...Rumah tok yang rumah kampung, jenis kayu bumbung zinc pun dijaga dengan rapi..kataku menyedap hati. Besar kecil rumah tak kisah sebenarnya. 

Thats all folks. Bye.