Tuesday, November 17, 2020

Messed .....

 Cantik nampak langit diluar jendela. Dalam samar samar cahaya, ada berbagai warna. Ada kelabu, sedikit biru, kuning, jingga bersatu. Dan lampu jalan disebarang jalan menambah warna dan cahaya. 

Kurang pula bunyi unggas pagi yang hening ini. Ayam jantan macho belum kelihatan, kokok kokoknya yang berderai belaum kedengaran. Hanya chiat ,chiat anak ayam dibawa ibunya turun cari makan.

Damai rasanya alam.

Namun, bila hari meninggi, kedamaian pagi ini akan menghilang pergi. Panas datang mengganti. Semalam, kami suami isteri rasa penat . Cikli yang balik dari pekan macam hilang pertimbangan badan. Aku juga seakan berjalan dalam dewan tarian yang lantainya tinggi rendah. Lethargic. Letih. 

Bila aku lihat suhu ...33 Celsius aku tahu jawapannya. Dan suhu dalam rumah lagilah bila dapat cahaya matahari.Bila suhu tinggi, semua tak kena jadinya. Badan rasa lemah dan selera ke laut. 

Waking up today, I still feel a lit tad lethargic.Everything seemed messed up!

gambar googled

Semalam petang MKN dilapurkan mungkin mengPKPDkan Lembah Kelang kalau kes kovid meningkat lagi. Risau aku. Wajah2 yang ku sayangi memenuhi fikiran. Allahu,kesian.Akan banyak urusan yang tergendala, kebebasan yang terhad sekarang ini akan ditarik semula..

Perbahasan Budget@ Belanjawan 2021 terus bergema. Andai rajin melayan perbahasan parlimen di ruang tv anda, dapatlah dilihat bagaimana mereka berbahas tentangnya. Andai tidak dilulus, kita akan jadi messed up tentunya. Teringat USA masa belanjawan negara mereka tergantung semasa pilihanraya terdahulu. Sebelum Trump berkuasa. Kecoh mereka.Messed up they were. 

Ehh.. tak ada masalah nak ambil tahu tu semua. Mungkin ada yang bersuara. Usah kisahkan semua tu . Tu hal duniaaa. Buat apa pening kepala!

But I do kisah. Terfikir apa akan jadinya bila keadaan tidak sempurna. Ramai yang hilang kerja. Makan minum  pun tak terjaga. Ada yang dihalau dari rumah sewa. Juga bila simpanan EPF telah dikeluarkan, apa akan tinggal bila sudah bersara dari pekerjaan? Apa lagi ada utk masa hadapan. 

Maka rasuah akan berleluasa, samun dan rompak pun menjadi biasa.Scam dimana saja. Maunya kita macam Argentina.Jenayah berleluasa.

Next on my worry list is our education system.Antara dunia dan akhirat. Yang mana nak kita berat. Condong lebih ke satu akan ada akibat. Kena ada keseimbangannya. Baru kemejadian anak bangsa terbela.

Dalam kemelut semasa ini, aku mendoakan semoga mereka yang terpilih menduduki kerusi empuk di parlimen yg berhawa dingin, jalankan tugas dengan baik. Berbahas dengan sopan dan bijaksna.Kerana kami rakyat marhaen menonton anda semua.....Juga halatuju negara terletak disana.Dont mess up ya.

Thats all folks. Hope you all be safe. No mess up . 

Mess yg kreatif la pulak.
Hasil contengan cucu ..1 year old.


 Before I leave... this is a kind reminder for those who likely like judging others.







2 comments: