Thursday, October 15, 2020

Beli jangan tak beli , bila Joe bawa lori....

 Ketawa anak anak lihat cikson dan cikli dua tiga minggu ni tersampuk hantu membeli.
Kalau lalu kedai hujung di deretan kedai kedai, adalah macam afdal menyinggah.
Cuci mata juga cuci dompet yang tak banyak isinya.

Joe Raja Lelong is here guys.
This guy is famous amos dengan lelongan nya dipasar pasar malam dulu. Lepas tu buka kedai di market Kangar lama. Sekarang beroperasi di Seriab,selangkah jauhnya dari RBL. Pergi makan terpandang kedainya, pergi beli groceries pun terintai intai...

Joe Raja Lelong selalu update tentang ketibaan lori lori dia. Lori yang panjang tu dipenuhi toto, set cadar patchwork, bantal hilton, carpet . Soft furnishing kata orang. 
Set 7 in 1 di jual  RM 60 ,70 gitu.
Yang 6 in 1 pula 45 ringgit.
Cadar patchwork queen size berserta 2 biji bantal just RM 20.
Kalau di PB yg jauhnya lebih kurang 40 km dari sini mau kena upkan RM 10 to 20 ringgit satu barang. So I think berbaloilah beli. 
I did see an add with the same set of 7 in 1 asking for RM 120 including postage. 
The price of this 39 ringgit comforter would be 65 when the lelong session ends. Katanya 25 Oktober permit Joe utk lelong tamat.

'Dik, awat tak ada dah pattern yang makcik nampak dalam fb. Kata semalam lori hantar?'
Senyum si cashier sambil mengetuk peti duit dia.
'Depa mai tunggu sebelum kedai buka lagi makcik'. gitu rupanya. Dan mereka yang datang memborong tu khabarnya bukan saja dari Perlis. 

Kelmarin cikson sambar comforter set 6 in 1 @ RM 45, cadar patchwork 2 set @ RM 20 each. 

Ni lah antara catch nya. Ciklin hari tu borong 4 set 7 in 1 at RM 60 each. 

carpet @ RM 15
Comforter @RM39. Lembut dan geboo.

cadar patchwork with 2 bantal @ RM 20

antara yang di sambar...

Bila Joe bawa lori... semua nak dibeli.
Sebab rasanya harga berbaloi . Harap2 lepas ni Joe bawalah pula pinggan mangkuk pula. Beg tangan ka. Telekung pun boleh. Lelong murah murah. 

Thats all folks. Selamat berPKPB . Syukur Alhamdulillah ,Perlis ok ok saja setakat ini. 

Tomorrow Friday Joe nak lelong mainan katanya. Nak pi cari lego n hot wheels buat pohim n adiknya.Kalau berbaloi pricenya....
Joe selalu update dlm fb dia bila lori dia nak sampai...till then,bye.



Wednesday, October 14, 2020

Kelmarin yang haru....

 Kelmarin 13 Oktober. Hari yang haru biru .
Tapi biarlah dia berlalu. 
DSAI dengan nombornya. 
Abah dengan sidang media covidnya. Perlis pula dengan hujannya.

Di sini, kami sedikit cemas dengan hujan yang tidak berhenti sejak pagi. Seperti memberi alamat yang banjir mungkin terjadi. Ini sesuatu yang amat aku runsingkan. Dulu dulu ,kami masih sihat dan kuat utk cabaran begini. Sekarang dengan kesihatan yang tak berapa, mana larat lagi nak hadapi. Nak angkat, angkut, heret dan seribu satu kerja lagi. 
Gambar gambar yang singgah di fb memang buat aku susah hati. Apalah nasib rumah ku di pekan nanti. 
Amaran MET juga buat gusar naik se decibel lagi. JINGGA tahap amarannya. Mau tak haru kalau benar2 terjadi.Peristiwa tahun 2004 masih segar dalam ingatan.


                                                             Di Ulu Pauh katanya.


Kelmarin juga , anak yang balik menjenguk kami balik ke rumahnya kembali. Nun disebalik banjaran Titiwangsa , disebelah pantai Timur. Jauh perjalanannya. Aku bekalkan nasi puteh dan daging masak kicap buat bekalan. Juga pesanan pesanan . Usah itu,usah ini... hihi.
Mereka kena melepasi Selangor sebelum jam 12.01 kalau tak mau terkandas kat sana nanti akibat PKPB.
Alhamdulillah, jam 7 mereka selamat sampai destinasi.
Juga diangkutnya satu kereta hasil belian di Joe Raja Lelong. 

                                          4 biji comforter... mana nak dapat 7 in 1 RM 60 saja.
                                                      helok helok pula....tapi until 25/10 saja


Tapi.. satu lagi. Yang ni lagilah . Doaku buat dia semoga dia bijak merancana hidupnya. Kehidupannya, kewangannya.

Dan paling paling haru bila aku terbaca kemelut politik masa kini. Hari tu beria ia buat pakatan. Hari ni dok ugut ugut tak mau join dah , nak keluar kerana dah tak dapat kepentingan. 
Bingung rakyat marhaen macam kami. 
Sat kawan, sat dak. Apaaa niiii. Peninlah. 
Dalam dok kalut bab kovid, kalut lagi depa bab kuasa. Apa nak jadi kalau dok buat haru lagi.

Thats all folks my thoughts on the kekalutan dan keharuan semasa kita.

Bye. Selamat berPKPB? buat  anak2 di Wilayah Persekutuan. Jaga diri jaga keselamatan. Mum loves you all dearly. 
To my blogger readers too. Love you all. Take care.

Monday, October 12, 2020

Sambal semangkuk ....

 Semalam yakni kelmarin or yesterday....

Asam pedas Kedah se periuk .Sambal semangkuk. 
Ikan goreng sepinggan . Ikan bakar se pemanggang
Jadi hidangan keluarga cikli,dimasak oleh si isteri. 

Selesai makan, meja dikemas,pinggan dibasuh
Tiba2... tanpa isyarat apa apa
Paip dapur patah terkulai
Kerja basuh membasuh jadi terbengkalai...aduhaiii.

Isssh,isssh... terdengar cikli mendengus.
Alamak, sambal semangkuk tertumpah terus. 
Astagfirullah ,awat lagu ni cikli. Habis dah semangkuk sambal ciklin begini.

Haha... ini lawaknya.
You bagi patah paip tak pa ya!
Disamakan patah paip dengan tertumpah sambal ke meja.
Kalau zaman muda muda mau perang dunia ketiga dengan ulasan sebegini rupa.
Namun . bila tua tua, jadi bahan ketawa.

Meja dikemas, paip dibaiki. Menerobos lebih seratus ringgit kali ini. 
Kali ni, cikson tak mau baiki sendiri, tukang paip dipanggil cikli
Akhirnya... dapur comel ciklin ada kepala paip rumah yang cikson idami. Ada kot sikit sikit macam rumah Datok yang kena cekup SPRM itu hari...hihi. Berangannn..

Thats all folks. Kisah paip patah dan sambal tumpah boleh jadi bahan perang tau.
In any situation, coool and steady always.
Bye... selamat bertugas anak anak.Love u all always.







Sunday, October 11, 2020

Pisang sesikat, tulang se kilo ......


The other day,cikli bawa balik sesikat pisang abu yang masih muda.Pisang dari pokok hasil peninggalan arwah FIL. 

Hmm... masak kari atau masak lemak cili api sedap ni. 
Then , anak yang buat surprise pagi semalam nak makan gulai tulang.
The mother in me, readily agreed.
Gulai tulang dengan pisang abu muda boleh lah nooo.

Maa,my friends dari college nak datang makan tengah hari. Mama masak banyak sikit ya.
This too I readily agreed. Cikson suka berjamu. Memasak untuk tetamu tak jadi hal lah..I said to myself.

Off she went to the market with cikli to get the necessary fresh produce. At 11 they returned. 
Mama, they will be coming at 12. 

Huwaaaa... maka bersilatlah cikson within an hour to cook for her friends.
Daging dan tulang campur rempah kari daging di rice cookerkan.
Ikan goreng digorengkan.
Nasi di tanak . Sambal ditumbuk...cepat dan tangkas.

Lepas dah empuk daging di rice cooker, diatas stove, gulai tulang dialihkan.
Setengah jam kemudian, sebelanga gulai tulang pisang muda siap.

Hampir 1.00 petang tetamu pun tiba.
Surprise!
Rupanya rupanya my tetamu is not her friends, but my friends as well.Ahli keluarga sebenarnya.
Budak niiii.... dia buat prank kat mak dia.Tak beritahu siapa sebenarnya nak datang bertamu.

Lega cikson dapat menjamu tetamu makan tengah hari.
Pisang sesikat, tualng sekilo jadi main menu.
Kari pisang muda.... itulah tajuknya.

Tkasih cik Na dan anak2 cucu yang datang dari jauh lawat kami.
Its been a great pleasure . 
Insha Alah bulan 11 nanti , umur panjang, sihat badan kami ke sana pula. 

Thats all folks..
Bye. Have a safe weekend. Stay safe always.


Gambar diatas bukan gulai tulang pisang muda cikson masak. Ini gulai anak bongsu cikson..cikten's.Rasanya dia mewarisi bakat memasak dua2 neneknya. Umur 10 tahun dah tumbuk sambal belacan jamu ibubapanya. Nasi goreng buat abangnya.