Friday, September 11, 2020

9.11

11 September hari ni. 11.9.2020
11 haribulan September atau Nine eleven...9.11
Remembered too well the scenes that enfolded on tv.
The burning of the tower that brought the deaths of thousands. Grief. Grave deep griefs. Innocent loss of lives. Some say it was doctored. Regardless of what it was,it was gross.

Today 11 September,another close to home event is taking place. TEMCO in Kota Setar. As a Kedahan born and bred, now residing in Perlis, my heart is touched. Many relatives are involved . My uncle who is Tt's brother lives there. And so too is cikli's sister and family. Cikli's incle as well.
Last night at 12.01 Alor Setar was lockdowned until 22 September.
Stay safe Kota Setarians.
My doa is with you. 

Hmmm... there were pictures of long queues at Mergong Tesco. People were rushing to buy their essentials before the closing time. Ramainya orang. Tak bimbang ke.
And another video showed long lines of cars passing the toll. People we seen rushing to get out of state before the closing of the border....presumably. Maunya ada pembawa... habihlah negeri2 lain.

It was not a beautiful sight to see people nudging each other at crowded places@ supermarkets. Racks of goods were emptied out of fear that they would be out of stock. 
Seems that we were constantly living in fear. Fear of the known and unknown.
Which I would like to remind myself.... love each other well. If you have parents still living in other states, call them,text them. Tell them you love them.... life is too fragile. 

Stay safe folks... 
Today too ,one of the Big Stage contestant passed away tragically. She succumbed to an accident earlier.
Alfatihah. 




Thursday, September 10, 2020

HSB yang ku kenali...

 Terkejut aku mendengar sidang media MB Kedah petang semalam.
HSB antara pengumuman yang sebut. 
200 staf kena quarantin disitu.
Allahu.... kesian mereka.

HSB bagiku,salah satu hospital yang dekat dihati.
Bertahun aku berulang alik kesana mendapat rawatan dari pakar mata di sana.
Masih kuat diingatan,aku memandu terketar2 memasuki kawasan hospital mula2 dulu. Meninjau2 parkir yang kosong. Namun jangan diharap. Maka nun dihujung padang dibelakang bangunan hsopital tempat aku terpaksa pergi. Kalau musim hujan kawasan parking utk publik itu seakan sawah di musim pugar.
Lepas tu menapak pula menuju tempat cikli mendapat rawatan. Memasuki lorong2 yang adakala kalau leka boleh tersesat. Menuju pendaftaran yang sesak. Lepas itu menaiki tangga ke tingkat atas. Disambut oleh manusia2 melaut banyaknya. Semua kerana memerlukan perkhidmatan doktor2 pakar mata di situ.

Datuk... itu gelaran buat seorang wanita yang menjadi teraju bahagian mata ketika itu. Such a sweet, kind and humble personality. Tak pernah kalau keluar dari bilik Datuk, terasa negative. Terasa berat apa yang ditanggung. She was the kind of head yang menyenangkan. Urusan jadi senang kalau datuk benarkan.
So indebted to her and her staffs. Dari teraba2 cikli sekarang boleh dah membaca teks message, memandu .Alhamdulillah.

Beberapa kali juga kami terpaksa stay in utk operation mata cikli. Ada peristiwa menggelikan . Kes apek yang tinggi bacaan gulanya sbb aku beri dia minum milo kotak.Kes aku yang rabun dan punat lif yang nombor turutannya tak ku jangka,buat aku gelabah tahap cipan@ tapir... haha. Ehhh tapir suka gelabah ya?

HSB... Hospital Sultanah Bahiyah
Aku rindu pasembur mu. Boleh pagi2 pun dah makan pasembur. Dah makan boleh tapau lagi.

HSB... am grateful to you. 
Thank you Doktor, nurses, staff,pak guard,makcik guard yang rajin aku bersembang.
Semoga semua dilindungi Allah dalam ujian ini. 

Teringat pemandangan ini.... Kampung Telaga agaknya..





Wednesday, September 9, 2020

Risau di Utara

 Risau benar kami di utara sekarang ni. Hilang semangat lihat sidang media DGKKM jam 5.30 petang semalam.
100 ! macam tak percaya .
Ya... semalam begitulah. 100 orang positive covid19. Gerunnya.
22 di wilayah utara ini dan selebihnya di Sabah.

Di Sabah pesakit dalam penjara. Confined cases.
Tapi yang risaunya di Kedah. Dalam community. Hospital pulak tu.
Dan lebih lebih risau bila khabar menyatakan staf hospital dah bergejala sejak 30/8. Namun tidak mendapatkan rawatan. Malah berdermawisata ke Pulau Langkawi pd 5 dan 6 September. What? Pi Langkawi masa tgh sakit sakit. 
Dia naik apa pi Langkawi? Dia naik dari mana? Dia pi mana? Dia duduk mana?.... all those questions popped up like wildfire. 
HIG, Malibest, Kilim adalah antara nama2 tempat yang disebut sebut. 
Jenuh nak buat contact tracing.

Satu lagi kes pi makan kenduri. Ada pengumuman sesiapa yang pi attend kenduri akad nikah disatu kawasan di Penang kena pi buat swab test. Minta2 tu kenduri adik di Kulim tidak ada apa apa. Dijauhi segalanya.

Kluster Sungai atau lebih tepat kluster KMC ni dah melarat sampai Arau,Perlis. Katanya staf hospital kat situ. Arau dengan tempat cikson tinggal ni tak sampai 10 minit cikson pandu kereta. 
Lalu ikut Highway Changloon - Kuala . 

Risau cikson kat utara. Lebih risau mereka yang bersukaria kat Pulau Langkawi rasanya. Mereka yang mengharungi jalan sesak dari timur dan selatan. Datang ke pulau utk merehatkan badan dipulau yang cantik pemandangan.Namun bila balik bawa igauan.... 
.. sapa2 yg pi Langkawi 5,6 September. Berita dari Sinar. 

Thats all folks. Stay safe. 

Tuesday, September 8, 2020

One,two,three,four....

😊 Lega rasanya bila mendapat khabar. Dia lepas sekatan grade gajinya. Syukur.Alhamdulillah.Berkerja dikalangan mereka yang berlainan bangsa, aku agak kurang peluang dia. Namun ,dia mendapat Anugerah Cemerlang dan melepasi gradenya. 
😊Lega hati bila rumah yang dibelinya 2,3 tahun lepas sudah siap dan boleh diduduki tak lama lagi. Cekal dia mengurus itu ini sendiri. 
😊Lega bila melihat dia ceria selepas setahun berumah tangga. Tahun pertama memang banyak pancarobanya. Suai kenal baru bermula... haha.Biasalah kan..
😊Dan lega hati mummy bila dia sempat kembali ke tanah air sebelum keadaan di sana bertambah haru biru. Membaca tentang covid di India , sekatan perjalanan dan pergolakan agama disana ,aduh peritnya.Mujur semua itu dah sampai penyudahnya buat dia.

One, two ,three,four.... dia mengira leganya dia. 😊😊😊😊

Bersyukur dia.
Dia2 yang dimaksudkan adalah anak anaknya.
Kegembiraan mereka adalah kegembiraan dia. Sedih mereka sedihlah dia. Susah mereka susahlah dia.
Itu rasa hati seorang ibu. 
Dalam doanya sentiasa ada mereka. 

Have you counted your children folks. Where are they? Whats up with them?
Semoga anak anak anda juga dalam rahmat Allah. 

Pesanan dari ibu tua ini... marah bagai nak rak pun,tolong jangan sumpah anak2. Jangan sesekali buang mereka. Seram aku bila ada ibu, marah sikit dengan anak2 terus tak mengaku anak. Terus cap anak derhaka.  

Ingatan si ibu menjangkau masa silam. Susah payah semalam. Melangkau masa membesarkan, mendidik mereka berempat. Nothing easy peasy. 

Rindu pun menjenguk rasa.Entah bila dapat bertandang ke sana. Berjumpa mereka. Ada ada saja halangannya. 

Bye.. Love from utagha.