Terkejut aku mendengar sidang media MB Kedah petang semalam.
HSB antara pengumuman yang sebut.
200 staf kena quarantin disitu.
Allahu.... kesian mereka.
HSB bagiku,salah satu hospital yang dekat dihati.
Bertahun aku berulang alik kesana mendapat rawatan dari pakar mata di sana.
Masih kuat diingatan,aku memandu terketar2 memasuki kawasan hospital mula2 dulu. Meninjau2 parkir yang kosong. Namun jangan diharap. Maka nun dihujung padang dibelakang bangunan hsopital tempat aku terpaksa pergi. Kalau musim hujan kawasan parking utk publik itu seakan sawah di musim pugar.
Lepas tu menapak pula menuju tempat cikli mendapat rawatan. Memasuki lorong2 yang adakala kalau leka boleh tersesat. Menuju pendaftaran yang sesak. Lepas itu menaiki tangga ke tingkat atas. Disambut oleh manusia2 melaut banyaknya. Semua kerana memerlukan perkhidmatan doktor2 pakar mata di situ.
Datuk... itu gelaran buat seorang wanita yang menjadi teraju bahagian mata ketika itu. Such a sweet, kind and humble personality. Tak pernah kalau keluar dari bilik Datuk, terasa negative. Terasa berat apa yang ditanggung. She was the kind of head yang menyenangkan. Urusan jadi senang kalau datuk benarkan.
So indebted to her and her staffs. Dari teraba2 cikli sekarang boleh dah membaca teks message, memandu .Alhamdulillah.
Beberapa kali juga kami terpaksa stay in utk operation mata cikli. Ada peristiwa menggelikan . Kes apek yang tinggi bacaan gulanya sbb aku beri dia minum milo kotak.Kes aku yang rabun dan punat lif yang nombor turutannya tak ku jangka,buat aku gelabah tahap cipan@ tapir... haha. Ehhh tapir suka gelabah ya?
HSB... Hospital Sultanah Bahiyah
Aku rindu pasembur mu. Boleh pagi2 pun dah makan pasembur. Dah makan boleh tapau lagi.
HSB... am grateful to you.
Thank you Doktor, nurses, staff,pak guard,makcik guard yang rajin aku bersembang.
Semoga semua dilindungi Allah dalam ujian ini.
Teringat pemandangan ini.... Kampung Telaga agaknya..
Cantik betul pemandangan sawah.. semoga lekas2 dapat rezeki makan pasembur yang dirindui hehe
ReplyDeleteSejuk mata memandang kehijauan tu kan. Pasembur tu nampaknya terpaksalah dilupakan. Dah tak pergi ke situ dah.
Delete