Thursday, December 21, 2017

DIY... cuci kawasan


Aduhai.. busy sangat sehari dua hingga laman RBL meningginya rumput dan rumpai. Tukang cuci kawasan pula jatuh sakit and rendered helpless selepas dua tiga round operation.
So mau pada siapa tugas cuci kawasan ini dipawahkan...

Rimas tengok... longkang tersumbat,laman merimbun pohon . Nak lalu pun bimbang ada alif wau lam soih di celah rimbun.Hari tu riuh rendah JPAM dipanggil untuk menangkap dia yang tersesat. Ada juga nampak kelibat dia melintas susup sasap celah celah semak ke laman jiran. Yg semak samun nya pun lagi sakan.

Pagi tadi sebelum ke klinik menjemput cikli balik, sempat cikson bakar sampah sarap dibelakang rumah. Jenuh berjaga dan berhati hati sebab angin mmg kuat sejak kebelakangan ini. Winter Wind katanya. Meliuk lentuk api dihembus angin buat cikson sedikit gusar. Tak boleh ralit walau sebentar.
meliuk lentuk api dihembus angin
Nak tahu siapa yang menemani cikson masa membersih laman belakang. Well... cikyam,ciknina dan anak anaknya la bukan siapa siapa. Seronok sunggoh mereka main kejar kejar , bergusti ,memanjat dan melompat celah celah rumput. Tapi si teh entah kemana pula dia ,tak kelihatan.




Ni peneman setia...jadilah dari tiada siapa siapa

Pandai mengusik ibu yang sedang berehat

bergusti sesama sendiri


lepas itu main lari lari


Sebelum api dinyalakan, cikson kumpul sampah sampah yang dibawa angin terbang. Berlainan selalu, sekali cucuh saja api jadi marak. Maka berkawallah cikson hingga habis sampah terbakar. Disini tiada kemudahan pungut sampah seperti di nombor 7. Kampunglah katakan..

Petang sikit bila kurang panas matahari,laman depan pula akan cikson beresi. Ya Rabbi, disini pun buat jiwa kacau sebenarnya. Kalau tidak dibersihkan,maka bertepek tepeklah najis cikyam cikyam memenuhi lantai. Aduhai. Malu wei kalau ada tetamu datang mengejut..

Sejak pergerakan cikli terbatas, aduhai.... luar dalam rumah terpaksalah aku galas. Belum lagi driver sepenuh masa, tukang beli barangan juga memasak..Rasa juga kudrat ku berkurangan dengan bertambahnya usia ini. Tapi kalau tak dilakukan siapa lagi. Dan untuk menambah tenaga,anak2 belikan minuman ini utk ibu mereka..
minuman penambah tenaga buat seorang warga tua

kerusi utk berehat disiang harinya..
Katil ditegah tidur hasil pantang larang tt mengajarnya.
haha... 
Thats all folks..my DIY. Diy jugalah no walau hanya cuci kawasan.hihi.


Selamat Hari Lahir cikli


Tarikh 19.12. tarikh hari lahir cikli. Ni kira belated bday wishes la kan.

dua 2 dah remaja purba...hehe

Happy Birthday Cikli!
May your life be blessed this 365 and a quarter days to come.
Semoga kesihatan kembali normal . Dapat menjalani kehidupan seperti biasa.

Ni antara aktiviti cikli tahun ini.

Satu petang di pantai Teluk Kemang ,Port Dickson

biar bertongkat ku gagah melangkah

Hibscus Walk di Port Dickson

Beberapa gambar membuktikan cikli ni kuat semangat. Walau sakit, dia tidak menolak utk turut serta dalam aktiviti keluarga.

Sehari dua lepas tidak ketinggalan dia menghadiri kenduri rumah adik walau baru keluar hospital. Kita yg melihat pun naik seriau tengok dia . Tapi bagi dia tak ada apa apa. Walau baru sehari dua operate mata. 

cikli

kenangan diabadi... 

Wan li itu panggilan cucu kesayangan. Cikli nama dlm tulisan cikson. Abah sebutan anak anak dan Pak Long Pak Ngah dengan anak2 buah.




Love from us all...selamat hari lahir cikli.

semangat gigih 

Wednesday, December 20, 2017

Kenduri kendara sini sana 2... Farah n Nazif


Ahad baru ni, sekali lagi kami ke majlis kenduri kahwin. Dan malam sebelumnya ke majlis Akad nikah.
Bertempat di Taman Golf, anakanda Farrah Lyana bertemu jodoh dengan Ahmad Nazif. Majlis berlangsung dalam suasana gilang gemilang. Makanan disajikan masakan Perak dengan rendang tok dan masak lemak pucuk ubi .

Dan besoknya bertarikh 17.12.17 Majlis Resepsi diadakan di Ballroom TH Hotel & Convention Alor Setar.
Ciklicikson menginap di hotel malam sebelum itu. Room 435 selesa walau dimuat lagi satu bed. Tapi bau asap rokok agak menebal. So have to take note that level 4 maybe a smoking area for those nonsmokers dan alergik dengan bau nya.

Selepas urusan cikli ke klinik untuk rawatan harian baru kami dapat ke Majlis at 12.00. Dah ramai tetamu dalam dewan yang dihias indah. Sdeap makanan disajikan.

At 1 pengantin berarak masuk dewan . Ciklin n cikina antara bridesmaid . Flower girls and boys comel comel sangat.
Tahniah Farrah n Nazif . Semoga rumahtangga yang dibina aman bahagia hingga ke Jannah. Dipermudahkan urusan dalam mengendalikan alam perkahwinan.
By 5 kami berundur diri..Balik Perlis selepas 2 hari.

Tahniah kepada keluarga pengantin perempuan dan lelaki. Adinda Datok Shamsuri dan Datin Rosmiyah kerana menerima menantu.
Majlis berinai kedua mempelai..


Malam akad nikah Farrah

Cikli n anak menakan

pengantin pun tiba..

cantik bunga2.

Majlis pun tamat

kami pun pulang... sempat bergambar kenangan 


kaum keluarga




sebelum majlis... 

rajin akak ni... adik ipar cikson 
Thats all folks. Masih ada majlis di Kulim pula this 23 Dec.

Bye,

Tuesday, December 19, 2017

Kenduri kendara sini sana 1... Intan n Shafiq


Sepanjang bulan 12 dan sempena cuti sekolah ni berjujun orang berkenduri . Kenduri nikah dan bertunang semestinya. Begitu juga kaum kerabat ciksoncikli. Dua anak saudara cikli bertemu jodoh mereka .

Awal bulan 12 haritu anak saudara perempuan bertemu jodohnya orang Kelantan. Meriah majlis mereka walau sederhana. Cantik bergaya pasangan pengantin perempuan dan lelaki dihari itu. Sekarang tengah berada di Melbourne kerana convocation pengantin lelaki. Bertuah mereka. Dua dua lepasan ijazah luar negara. Satu Australia dan satu lagi NZ .



cikli,keluarga n me.

kyusuk

tokma kesayangan cucu

keluarga pengantin perempuan....comel2 semua
Di kesempatan ini,maklong sekeluarga mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada pengantin baru Asyirah n Shafiq . Diiringi doa semoga perjalanan anakanda berdua dipermudahkan dalam melayari kehidupan berumahtangga. Kekal berjodohan hingga ke Jannah.

Kepada adinda Ida n Darwis selamat menyambut menantu.

Thats for now folks. Bye.