Aduhai.. busy sangat sehari dua hingga laman RBL meningginya rumput dan rumpai. Tukang cuci kawasan pula jatuh sakit and rendered helpless selepas dua tiga round operation.
So mau pada siapa tugas cuci kawasan ini dipawahkan...
Rimas tengok... longkang tersumbat,laman merimbun pohon . Nak lalu pun bimbang ada alif wau lam soih di celah rimbun.Hari tu riuh rendah JPAM dipanggil untuk menangkap dia yang tersesat. Ada juga nampak kelibat dia melintas susup sasap celah celah semak ke laman jiran. Yg semak samun nya pun lagi sakan.
Pagi tadi sebelum ke klinik menjemput cikli balik, sempat cikson bakar sampah sarap dibelakang rumah. Jenuh berjaga dan berhati hati sebab angin mmg kuat sejak kebelakangan ini. Winter Wind katanya. Meliuk lentuk api dihembus angin buat cikson sedikit gusar. Tak boleh ralit walau sebentar.
meliuk lentuk api dihembus angin |
Ni peneman setia...jadilah dari tiada siapa siapa |
Pandai mengusik ibu yang sedang berehat |
bergusti sesama sendiri |
lepas itu main lari lari |
Sebelum api dinyalakan, cikson kumpul sampah sampah yang dibawa angin terbang. Berlainan selalu, sekali cucuh saja api jadi marak. Maka berkawallah cikson hingga habis sampah terbakar. Disini tiada kemudahan pungut sampah seperti di nombor 7. Kampunglah katakan..
Petang sikit bila kurang panas matahari,laman depan pula akan cikson beresi. Ya Rabbi, disini pun buat jiwa kacau sebenarnya. Kalau tidak dibersihkan,maka bertepek tepeklah najis cikyam cikyam memenuhi lantai. Aduhai. Malu wei kalau ada tetamu datang mengejut..
Sejak pergerakan cikli terbatas, aduhai.... luar dalam rumah terpaksalah aku galas. Belum lagi driver sepenuh masa, tukang beli barangan juga memasak..Rasa juga kudrat ku berkurangan dengan bertambahnya usia ini. Tapi kalau tak dilakukan siapa lagi. Dan untuk menambah tenaga,anak2 belikan minuman ini utk ibu mereka..
minuman penambah tenaga buat seorang warga tua |
kerusi utk berehat disiang harinya.. Katil ditegah tidur hasil pantang larang tt mengajarnya. haha... |
No comments:
Post a Comment