Wednesday, September 27, 2017

Itulah sekalinya... kenangan.


Semasa banjir memuncak,aku cemas juga. Sayanglah kalau terendam air. Habis semua kenangan,fikir ku.

Alhamdulilah, walau banjir hebat juga di jalan besar masuk taman,no 7 tidak terjejas. Tak nampak kesan kesan air dimana mana dalam rumah. Maka terselamatlah mereka.
Mereka?
Siapa?

Bukan orang dan juga haiwan. Tapi adalah album album gambar yang berkurun lamanya tersimpan segala kenangan famili cikson.
Dula masa banjir besar 2010 aku terpaksa berhempas pulas menjemur ratusan gambar gambar yang terendam dalam air. Dah macam orang Trengganu jemur keropok aja. Yang dapat diselamatkan ada tetapi kebanyakannya berakhir dalam wpb.

Well.. antara album yang cikson sayangi adalah yg tersimpan gambar gambar masa berkursus kat Scotland . Tengok gambar masa masih muda belia kurus saja dengan rambut maggi. Baju tuck in dalam seluar dan berskirt lagi.. 1984 .Hadoi rangginya.

Semalam panas tapi pagi ni pula matahari belum keluar hanya bahangnya saja terasa. Semoga cuaca baik baik saja. Kesian pada mereka yang masih berada di pusat perpindahan banjir. Weird betul banjir kali ni. Kawasan yg tak kena dulu,kali ni mereka jadi mangsa. Ada kawasan yang dah kering tetapi masih ada yang baru dinaiki air.

Kenangan di Scotland, kenangan di no 7 tetap terpahat diingatan kerana itulah sekali nya . Ada yang seronok untuk diingat kembali namun ada yg berbekas dihati. Rasa susah nak dilupakan.

Entah...kadangkala kenangan silam muncul kembali bila terlihat gambar gambar tersimpan dalam album .

Maka akan terlintas soalan...
Masih adakah mereka yang pernah aku jumpa dalam perjalanan hidup ini.
Ada yang sekali sekala bersua kembali. Ada yg hilang terus menyepi diri.

Hmm.. sekali sekala menyelusuri kenangan lalu ok la. Tapi yg lalu telah berlalu dan sebaiknya terus melangkah ke hadapan. Entah berapa langkah yg aku dibenar menapak sebelum aku menamatkan perjalanan ini....

Entahlah....
Ni lah antara gambar kenangan banjir 2010 dulu..
Jalan depan rumah RBL

Jalan depan rumah no 7

antara gambar yg terpakasa dianginkan


Thats all folks...bye.

Tuesday, September 26, 2017

Legaaa.


Sent cikli to Hospital  this afternoon for his scheduled appointment at the orthopaedics. As I could secure a parking lot with ease,I opt to accompany cikli at the clinic. Just after 2 ,there were a few patients ahead of us.
Kesian tengok maknya berusia yang jauh datang dari Kuala Perlis. Di temani mungkin oleh anaknya dia terjengket2 menuju bilik rawatan,kemudian terjengket2 pula ke bilik cuci dan dressing. Lepas tu dia berjengket2 keluar. Tak lama kemudian dia datang kembali.

Awat tak bagi ubat darah tinggi,kolesterol ,kencing manis kat saya.Aku terdengar dia mengajukan soalan kepada nurse bertugas.
Auntie,ini ortho bukan tempat rawat sakit.
Begitu antara scenes yg aku perhatikan bila menemani cikli ke hospital. Macam2.

Habis berurusan di ortho,aku jemput cikli dgn iriz. Tiba2 cikli bersuara
Laaa..I tak ambil ubat lagi. Macamana ni.
So left about turn. Cikli ku turunkan di tepi bangunan dan aku cari parking. Lega. Senang pula parking harini. Terus aku ke canteen spital untuk segelas nescafe. Hilang dahaga. Legaa. Untuk cikli aku beli air mineral .

Whats next.
Off to No.7 we went. Passing the road.its not noticeable that only last week,the place was ravaged by flood. Hanya sisa pengadang jalan yang dirongkah masih kelihatan.
Kalau JKR jalan cerdik,depa tak pebaik balik pembahagi jalan macam dulu. Buat la sesuau . Ni tiap kali banjir,tiap kali kena rongkah.

And when we entered no 7,I was greatlu relieved that it was spared the flood. Syukur Alhamdulilah. Legaaaaa.

Baru boleh relax sikit. Kalau tidak tak tenang memikirkan nasib no 7.
Bolehlah sambung balik kerja2 upgrade dia. Cat dan cuci. Lepas tu kita tgk pula apa yg boleh dilakukan. Sewa or otherwise.

Satu lagi yg makcikson lega adalah kerana ninasandaq dah beranak. Akhirnya.


Monday, September 25, 2017

Bila air di laut,di darat dan di langit bergabung...Banjir Perlis 2017


Baru pulih dari cemasnya banjir, walau tak terlibat secara langsung. Seminggu ni banjir melanda bumi paling utara Malaysia ni . Mau tak kelam kabut di hati kerana rumah di no 7 berada dalam laluan air dari hulu.

Selalunya bila hujan turun dgn lebat untuk sehari dua,empangan Timah Tasoh akan dibuka pintunya. Bersatu pula dengan sir hujan dan air pasang besar ,maka akan terkenalah kami tempiasnya.

Cikson tak kesana masa puncaknya banjir kali ini tetapi mengikuti wassap grup,fb dapatlah mengaak akan keseriusan banjir kali ini.
Antara gambar gambar yang cikson dapat sekitar banjir ini.



tempat yg mula2 kena banjir... tebing tinggi .

tak pasti di mana 

tak pasti di mana juga

teruk juga kat sini

juga di sini

di sekolah menengah di Arau

di stesen KTM Arau

naik traktor begini cikson lalui masa banjir tahun 2010.

di kawasan dekat rumah no.7

dekat dekat dgn stesen bas ekspress kangar

Add caption

di masjid Alwi ,Kangar

dikawasan dekat rumah no 7

Add caption



Itulah gambar gambar banjir sekitar Perlis dan kawasan rumah lama. Dibawah ni pula kawasan RBL.
air dalam parit depan rumah

rumah jiran pula digenangi air

Add caption

kenduri masih dijalankan... tak jauh dari no 7.

Sampai hari ini masih belum berkesempatan melihat no 7 . Entah apalah nasib dia. Semoga dia selamat.

Tuesday, September 19, 2017

Anak anak yang terbiar...

Melalui pintu gelongsor kaca
Mata melirik melihat dia
Tunggul kayu mati yg dah sekian lama
Jadi persinggahan mereka yang terasa lelah agaknya
Di atasnya mereka bertenggek sementara
Bermenung,memikir masaalah masaalah yang melanda
Begitulah yg aku simpulkan selalunya

Tunggul kayu jadi tempat berehat si ayam hitam
Mengambil tempat kucing kucing yg lama tak berkejaran
Sejak anak anak pergi
Ninasandaq nampak murung sekali
Mula mula dia mengiau mencari cari
Lama kelamaan dia macam telah mengerti
Yang anak anak dia semuanya telah tiada lagi

Kucing pun tahu meratapi kehilangan anak anaknya
Tentu sukar ibu dan ayah yang hilang anak anak lebih lebih lagi dalam keadaan yang begitu rupa
Hingga pagi ini ,air mata masih mengalir laju bila aku terbaca kisah anak anak itu.

Masih aku teringat anak anak yang pernah aku ajar selama aku bergelar pendidik . Berbagai ragam yang ku temui. Ada cantik,kacak,kaya namun ada yang daif ,hodoh dan bodoh.  Ada yang baik bagai malaikat namun ada yang nakal,gagal sepanjang hayat..

Aku yang semasa sekolah daif ,hodoh dan miskin lebih suka mendekati anak anak yang kurang serba serbi. Rasa amat teruja kalau mereka yang nakal mahu mengikut pelajaran ku. Sangat berpuas hati kalau anak2 ini menunjukkan walau pun sedikit kemajuan. Dari yang mengoyak buku ,jadilah kalau dia mampu tulis sebaris ayat.
Rasa tersentuh hati bila anak anak yang tak terpilih menjadi wakil sekolah untuk pertandingan BI mahu menunjukkan juga bakat mereka. Aku benarkan mereka naik pentas. Lihat mereka berebut berbaris dan menunjukkan apa yang mereka tahu menyentuh hati aku..Walau langkah mereka songsang dan canggung,namun itulah yang membuat hati aku berbangga dan tersentuh.
Murid 2 SKRPB tahun 2 tak ingat pula tahun bila..singing you are my sunshine buat aku mengingati mereka sampai bila bila. Ya Allah ,lindungi anak anak itu.
Aku rasa aku macam Mary Poppin dengan anak anak itu. Gembira menyanyi dan menari .
Semoga mereka membesar jadi insan yang tak memalukan ibu dan ayah.Walau akademik tak menyerlah,namun mereka anak anak yang baik.
Harapan aku untuk semua anak anak kelas belakang. Smoga mereka jadi orang.

Membaca kisah anak anak terbiar, aku rasa sedih sangat...