Semasa banjir memuncak,aku cemas juga. Sayanglah kalau terendam air. Habis semua kenangan,fikir ku.
Alhamdulilah, walau banjir hebat juga di jalan besar masuk taman,no 7 tidak terjejas. Tak nampak kesan kesan air dimana mana dalam rumah. Maka terselamatlah mereka.
Mereka?
Siapa?
Bukan orang dan juga haiwan. Tapi adalah album album gambar yang berkurun lamanya tersimpan segala kenangan famili cikson.
Dula masa banjir besar 2010 aku terpaksa berhempas pulas menjemur ratusan gambar gambar yang terendam dalam air. Dah macam orang Trengganu jemur keropok aja. Yang dapat diselamatkan ada tetapi kebanyakannya berakhir dalam wpb.
Well.. antara album yang cikson sayangi adalah yg tersimpan gambar gambar masa berkursus kat Scotland . Tengok gambar masa masih muda belia kurus saja dengan rambut maggi. Baju tuck in dalam seluar dan berskirt lagi.. 1984 .Hadoi rangginya.
Semalam panas tapi pagi ni pula matahari belum keluar hanya bahangnya saja terasa. Semoga cuaca baik baik saja. Kesian pada mereka yang masih berada di pusat perpindahan banjir. Weird betul banjir kali ni. Kawasan yg tak kena dulu,kali ni mereka jadi mangsa. Ada kawasan yang dah kering tetapi masih ada yang baru dinaiki air.
Kenangan di Scotland, kenangan di no 7 tetap terpahat diingatan kerana itulah sekali nya . Ada yang seronok untuk diingat kembali namun ada yg berbekas dihati. Rasa susah nak dilupakan.
Entah...kadangkala kenangan silam muncul kembali bila terlihat gambar gambar tersimpan dalam album .
Maka akan terlintas soalan...
Masih adakah mereka yang pernah aku jumpa dalam perjalanan hidup ini.
Ada yang sekali sekala bersua kembali. Ada yg hilang terus menyepi diri.
Hmm.. sekali sekala menyelusuri kenangan lalu ok la. Tapi yg lalu telah berlalu dan sebaiknya terus melangkah ke hadapan. Entah berapa langkah yg aku dibenar menapak sebelum aku menamatkan perjalanan ini....
Entahlah....
Ni lah antara gambar kenangan banjir 2010 dulu..
Jalan depan rumah RBL |
Jalan depan rumah no 7 |
antara gambar yg terpakasa dianginkan |
No comments:
Post a Comment