Sunday, September 17, 2017

Walau langit telah cerah....


Pagi ini langit kembali cerah. Sudah 3,4 hari cuaca suram. Matahari menampakkan diri pagi pagi ini selepas lama bercuti dari menyinari. Harap harap tu beginilah hingga petang nanti.

Singgah di pasar tani semalam selepas urusan cikli selesai. Jam hampir 11.30. Nampak suram saja pasar tani pagi semalam berbanding minggu minggu sebelumnya.

Ramai dah balik makcik... si gadis manis beri jawapan bila cikson ajukan soalan.
Ribut Irma la makcik...kata si penjual ikan. Ikan yang dipergakan didepannya hanya sikit cuma. Ikan temenung RM 14.00 se kilo..
Ribut Irma kat Amerika ,dik. Aku betulkan...whateverla. Sipenjual buat justifikasi akan kenaikan harga ikan masakini.
Buka tv rupanya kita kena tempias ribut kat Vietnam rupanya.
Macam macam nama ribut.
Harvey,Irma dan entah apa apa lagi.
Dan selepas Irma,satu lagi taufan sedang menuju laju ke daratan Amerika. Dan di sekitar kita juga tiada jauh beza.

Itu cerita ikan tiada kerana ribut taufan dilautan dan daratan..

Semalam aku terima berita awal sebab terjadinya kebakaran Tahfiz di Keramat angkara buatan khianat. Dan bila tiba jam 8 di Astro Awani ada live pc berita lebih sensasi.
Tak tercapai akal ku semua perkara begini. Dimana silapnya ?

Hati bertambah sedih.

Apa generasi kita telah lahirkan. Adakah kerana lemahnya sistem pendidikan atau goyahnya sistem perundangan. Masyarakat kita juga tak boleh berlepas tangan. Dari pihak berwajib,penjana dan pelaksana .Semua ada peranan kita. Lebih lagilah ibubapa.

Walau langit telah cerah,hati tetap gundah.


Saturday, September 16, 2017

The sky too is crying here in the north.


Right now live on tv , is live telecast from HKL.
Pengurusan jenazah sedang dijalankan .

Terbayang masa MH17.

Seharian hari ini awan mendung dan hujan turun sekejap lebat sekejap ringan.

Kalau kita yg menonton pun boleh sebak,bayangkan kaum keluarga.
Allah hu Akhbar.

That was what was written yesterday afternoon while watching Astro Awani. Sedih sangat lihat pengebumian salah seorang mangsa kebakaran di tanah perkuburan Raudhatul Sakinah.

Pagi ini hari terus mendung. Macam langit juga tak mau berhenti menangis. Dalam masa terdekat Kemangkatan DYMM Sultan Kedah juga membawa kesedihan buat warga Malaysia lebih lebih lagi rakyat Kedah.Rasanya sejak kemangkatan baginda,langit belum mampu tersemyum ria.

Masih terbayang aku dalam ribuan manusia di pekan kecil Kulim ada perayaan. Aku pun ingat ingat lupa sebab masa tu aku tahun satu. 1959. Rakyat Kedah gembira mendapat Sultan dan Sultanah baru.If I was not mistaken, dalam perarakan kereta berhias,pertunjukan padang aku adalah antara ribuan penonton. Kecil lagi dan samar samar saja ingatan yg tinggal.

Almarhum Sultan Kedah dan Sultanah Bahiyah selalu juga jadi tetamu kehormat Sekolah Sultan Badlishah semasa aku menuntut di situ. Dan aku antara penerima hadiah utk hari Kecemerlangan. Lukisan dan hasil jahitan aku jadi bahan pameran pada hari itu.Ingat lagi baju kembang payung polka dot yang disarung dimannequin tu adalah hasil tanganku. Dan bila tgk lukisan dipamer terselit hasil calitan warna ku...hehe.

Kenangan yang indah..Tapi bila sijil kecemerlangan bereben ku hulur pada keluarga, terbalik cerita jadinya.Bukan kegembiraan ku terima tapi cemuhan semata.Aduhai....antara kenangan pahit aku yg buat aku kuat memberontak...haha. Bodohnya..

Pagi ini hujan masih turun, Langit masih mendung. Debar dada lihat air dalam parit didepan rumah . Melayari berita internet,keadaan dalam berjaga jaga. Sekolah sekolah bersiap sedia utk jadi pusat pemindahan.
Doakan kami semoga semua ini hanya sementara dan semua kembali baik segera.
Tak terdaya nak fikir andai hujan masih turun...

terasing



Membaca laporan kaji cuaca, terasa gusar melanda...


Friday, September 15, 2017

Dan hati terus bersedih.


Hujan tidak berhenti sejak semalam. Hingga waktu ini pun masih turun. Suram suasana pagi ini berbanding hari hari dulu. Se suram hati penghuni alam .

Selepas subuh aku belek fb di phone tua ku. Ya Allah... sedih masih berbekas dihati. Tanpa disedari air mata laju mengalir di pipi. Begitu juga semalam semasa menonton berita di tv. Cikli menangis sampai berbunyi.Ya ..sedih sekali.

Sudah berkali kali dalam masa tak berapa lama,hati seluruh rakyat Malaysia disapa duka. Kita terhindar dari bencana gerakgempa atau gunung api memuntah laharnya atau angin ribut yg berskala raksaksa. Juga apigila membakar hutanraya.

Tapi malangnya kita diuji dengan hal hal yg lain pula
Masih terpahat dalam ingatan kisah 2 MH.
Masih teringat ringat bangunan tumbang
Masig ngeri bila banjir kuning menyerang

Semalam... hati digegar pilu lagi.
Membaca posting fb Dr Raja Shamri dipagi pagi hari,aku terkedu. Lantas aku cari lagi berita. Benar... kita diuji semula.

warkah sedih

di sini ...ada hati hati yang sedih dan pedih
Setiap  kali hujan lebat,mereka dulu dapat akibat

Hujan tak nampak gaya hendak reda.
Alfatihah buat mereka 


Thursday, September 14, 2017

DIY...bila bil air melambung ke awan, mesti ada tempat yg kebocoran


Sedang aku memandu iriz ,aku terpandang ayah cikli aka my FIL mengambil surat dari peti surat.
Aku turunkan tingkap dan ayah menghulurkan bil air bulan ini.

Aku mencapai kacamata dan merenung angka angka dibil tersebut.
Betullah bil air rumah kami.
Tapi... eh kenapa jadi sampai beratus ni.
Mustahil!
Selalu hanya dalam anggaran 20 hingga 30 saja.
Cheee Sin..

Aku teruskan juga perjalanan tapi otak mula ligat menerawang.
Eh .. apa hal bil air naik bulan ni.
Mulalah buat assumptions..
Lupa tutup air kot.
Air tandas tak berhenti keluar ni.
Paip pecah kot.....adalah antara andaian andaian itu.

meter air ku buka penutupnya...

Balik dari klinik,pump air di tutup.Operasi basuh membasuh di put on hold.

Hari kedua,balik dari klinik,cikli ternampak air membusar keluar dari bawah tayar kereta nya. Dah sebulan lebih kereta tu tak kemana mana. Berkabung seperti tuannya.

Pak din tukang paip dipanggil. At five dia dtg betulkan paip yang bocor. Cikson tak ada kepakaran nak betulkan paip bocor tapi bila lihat dia lakukan macam boleh sendiri saja. Tapi kena ada kelengkapanlah. Forget it... cikdin hanya kenakan 20 utk baiki 2 tempat yg bocor.

Baru lega...
laju saja dia ....

Hmmm ni lah bil bil air RBL utk dijadikan bandingan...
Mau ribu ribuan jadinya kalau aku tak ambil tindakan
Hadooi....bukan orang sakit saja yang perlu perhatian
Segala makneka tokneka hal perlu aku lakukan....
bacaan selalu

lihat.... brapa ratus persen dia meningkat.. penat penat..
Peringatan utk diri..
Bila lihat air dipaip bercampur lumpur,itu tanda ada tanah dah masuk dalam paip air. Tanda adanya kebocoran dimana mana.
Kalau ada tempat kering bertukar jadi danau tasik ..cepat cepat ambil tindakan. Jangan dok berlengah lengah.
Dah menggunung bil begini,baru sedar diri.
Bil bil air dan api boleh saja bayar on line..

Hai... entahlah labu.
Thats all folks. Bye. Pengalaman jadikan pelajaran.