Friday, September 15, 2017

Dan hati terus bersedih.


Hujan tidak berhenti sejak semalam. Hingga waktu ini pun masih turun. Suram suasana pagi ini berbanding hari hari dulu. Se suram hati penghuni alam .

Selepas subuh aku belek fb di phone tua ku. Ya Allah... sedih masih berbekas dihati. Tanpa disedari air mata laju mengalir di pipi. Begitu juga semalam semasa menonton berita di tv. Cikli menangis sampai berbunyi.Ya ..sedih sekali.

Sudah berkali kali dalam masa tak berapa lama,hati seluruh rakyat Malaysia disapa duka. Kita terhindar dari bencana gerakgempa atau gunung api memuntah laharnya atau angin ribut yg berskala raksaksa. Juga apigila membakar hutanraya.

Tapi malangnya kita diuji dengan hal hal yg lain pula
Masih terpahat dalam ingatan kisah 2 MH.
Masih teringat ringat bangunan tumbang
Masig ngeri bila banjir kuning menyerang

Semalam... hati digegar pilu lagi.
Membaca posting fb Dr Raja Shamri dipagi pagi hari,aku terkedu. Lantas aku cari lagi berita. Benar... kita diuji semula.

warkah sedih

di sini ...ada hati hati yang sedih dan pedih
Setiap  kali hujan lebat,mereka dulu dapat akibat

Hujan tak nampak gaya hendak reda.
Alfatihah buat mereka 


1 comment: