Sunday, September 17, 2017

Walau langit telah cerah....


Pagi ini langit kembali cerah. Sudah 3,4 hari cuaca suram. Matahari menampakkan diri pagi pagi ini selepas lama bercuti dari menyinari. Harap harap tu beginilah hingga petang nanti.

Singgah di pasar tani semalam selepas urusan cikli selesai. Jam hampir 11.30. Nampak suram saja pasar tani pagi semalam berbanding minggu minggu sebelumnya.

Ramai dah balik makcik... si gadis manis beri jawapan bila cikson ajukan soalan.
Ribut Irma la makcik...kata si penjual ikan. Ikan yang dipergakan didepannya hanya sikit cuma. Ikan temenung RM 14.00 se kilo..
Ribut Irma kat Amerika ,dik. Aku betulkan...whateverla. Sipenjual buat justifikasi akan kenaikan harga ikan masakini.
Buka tv rupanya kita kena tempias ribut kat Vietnam rupanya.
Macam macam nama ribut.
Harvey,Irma dan entah apa apa lagi.
Dan selepas Irma,satu lagi taufan sedang menuju laju ke daratan Amerika. Dan di sekitar kita juga tiada jauh beza.

Itu cerita ikan tiada kerana ribut taufan dilautan dan daratan..

Semalam aku terima berita awal sebab terjadinya kebakaran Tahfiz di Keramat angkara buatan khianat. Dan bila tiba jam 8 di Astro Awani ada live pc berita lebih sensasi.
Tak tercapai akal ku semua perkara begini. Dimana silapnya ?

Hati bertambah sedih.

Apa generasi kita telah lahirkan. Adakah kerana lemahnya sistem pendidikan atau goyahnya sistem perundangan. Masyarakat kita juga tak boleh berlepas tangan. Dari pihak berwajib,penjana dan pelaksana .Semua ada peranan kita. Lebih lagilah ibubapa.

Walau langit telah cerah,hati tetap gundah.


No comments:

Post a Comment