Monday, July 31, 2017

Cenge salah tak cenge salah... anak buah.


Entahlah labu n labi..
Cenge salah tak cenge salah.

Itu bisik hati cikson bila menatap dan membaca kes yg sedang dan tgh hot la ni. Kes dalam alam pendidikan..
Kisah tu macam ni... psssst ni bukan gossip tau. Ni betul betul.

Anak buah ada fb. Admin pun ada.
Anak buah respon pada satu keratan akbar ttg persaraan awal...
Dan nak jadi cerita lagi si ketua ni tunjuk ,photostat dan laminatelah status tu kat tempat for all to see. And paling rock..tuan kepada tuan pi endorsed siap dengan tandatangan dan cap mohor.

All havoc let looselah lepas suami kepada anak buah ni upkan cerita ni dalam fb.Disambut dengan penuh tekun oleh pages yg lain. Hangat juga comment comment yang dihamburkan netizen. Siap nama ,jawatan tempat kejadian...

Maka terfikirlah cikson.
Isssh kalaulah masa aku jadi GB dulu ada fb,insta,blog blog ni mau kot aku pun kena. Sbbnya aku pun cenge juga..
Ini kata sorang anak buah ku... Cikgu cenge..hehe.
cili padi ni cenge wooo pedasnya.
Entahlah.. dalam setengah keadaan kita sebagai ketua perlu tegas. Kalau no kata no. Jangan no didepan yes dibelakang. No bagi A ,Yes bagi B. Make it clear kita tak mau ada puak puak..But sometimesssss....

Seorang ketua pentadbiran tak boleh tidak ada rasa empathy. Dan bila nak lakukan kerja biarlah lakukan bersama sama. Jangan asyik mengarah saja. Sebab kita pengarah..boleh kita arah sesuka hati. Dan bila anak buah menyoal ,kita terus jadi marah tak terhingga.
Teringat akan kisah seseorang yang tergesa gesa balik ke tempat kerja dia hanya kerana arahan turun dari langit...
Orang di kementerian yg keluar arahan atau dateline sesuatu ops tu kenalah perihatin masa dan keadaan anak buah . Masa nak isi kenaikan pangkat for example..Ambil kiralah sama masa tu time cuti sekolah ka apa. Kesian mereka yang dah ada dibenua mana,mungkin tak sempat nak sediakan document2 yg dikehendaki dan peluang utk naik DG pun berlalu pergi... Nayakan..

Itulah... bila kita ada kuasa jangan pula rasa kita paling hebat. Buat keputusan biar rasional. Menjawab biar berlapik walau dalam hati rasa macam nak bertempik. Kalau personal matter tak perlu publickan. One to one,eye to eye lebih berkesan. Puji dulu baru hentam.

Rasanya... One Minute Mother punya cara boleh juga diguna bila nak betulkan suasana tempat kerja...

Thats all folks. Good morning.




Sunday, July 30, 2017

The One minute Mother...ibu seminit


Post semalam cikson upkan tentang buku yang cikson beli di Sentral KL. Sekerat baca dalam tren yang diselang seli dengan kriuk kriak bunyi bunyi tren sendiri. Gelak ketawa,sembang rambang penumpang diseat hadapan membantutkan pemahaman. Buku ditutup dan mata beralih melayan pemandangan. Mujur kali ni dapat window seat. Selalu juga dapat seat yang tanpa tingkap...

One Minute Mothet? Apa dia?

Bayangkan ini..
Anak buat salah. Tak kiralah salah apa.Tapi selalunya berkelahi,tak buat homework, kotorkan rumah .Semua tu biasa. Yang luar biasa adalah bagaimana ibu2 membetulkan kesalahan mereka.

Biasa tengok ibu yang terjerit jerit maki hamun anak anak . Habis semua dicarut. Didoakan yg tak baik baik.Keluar habis segala keturunan tok nenek. Suara mengalahkan petir dan bebelan berlangsung secara langsung 25 jam...

Biasa tengok juga ibu  yang buat tak nampak salah anak. Kenapa? Sebabnya takut anak anak tak sayang. Anak2 kecik hati. Anak2 tak mau jadi BFF...Jadi salah anak ditolak bawah karpet yg dibeli dari Karpet Prima...haha.

Dan dari buku the One minute Mother,dapat ilmu marah atau reprimand anak anak begini..Cubalah

Contoh 1.
Anak anak bergaduh.

Bawa anak ke satu sudut rumah yang tiada siapa2. Hanya kita saja. Berdua.
Boleh sebut begini.
Adik bergaduh dengan abang tadi. Itu salah. Sangat salah ( nyatakan salahnya)
Mama marah ni. Sangat sangat marah ( nyatakan perasaan kita)

Undur selangkah kebelakang. Diam sesaat. Biar dia serap apa yang kita kata.

Letak tangan dibahu dia. Rangkul dia
Mama tahu adik baik. Adik boleh jadi baik dengan tak gaduh dengan abang. Promise.
Mama sayang adik. Abang pun sayang adik .

Thats all. FINISHED. No bebel bebel.

Bila bercakap tengok dia on eye level. ..

Contoh 2
Anak bawa balik repot kad ada 2A,3B ,1 D
Di satu sudut.
Mata eye level.

Adik dapat 2A,3B. Syabas. ( Nyatakan kelebihan dia)
Mama sunggoh seronok adik dapat result ni. Seronok sangat .( nyatakan perasaan kita)

Pause 1 saat.

Letak tangan dibahu dia. Or Pegang tangan dia.
Mama tahu adik berusaha utk dapat keputusan yang baik. Tapi mama tahu adik boleh buat lebih baik lagi.

See... masa ni highlight kejayaan dia. Boleh bandingkan keputusan dia dengan keputusan dia yg lalu. Kalau ada improvement sikit pun nyatakan. Bangga dengan improvement dia.

Thats all. FINISHED. No bebel bebel ya.

Bab dia dapat D... cuba cari sebab dan apa yang boleh dilakukan utk dia lebih berjaya. Bincang masa lain.

Semua ni ambil masa 1 MINIT. Jangan lebih lebih.

Thats all folks perkongsian ilmu hari ni...Semoga bermanafaat pada kita.Walau ilmu datang dari mana .

Have a happy weekend folks. Love dari utara.



Saturday, July 29, 2017

The books...The one minute mother.

Setiap kali aku lalu di wilayah itu, aku tidak pernah ketinggalan menjenguk kedai buku itu kalau berkesempatan. Paling paling 25 ringgit dibelanjakan . Bila 3 buku dijual 20 ringgit dan 5 ringgit lagi untuk air minuman dan pill chee kit teck aung... hhhee.
 Begitu juga bila paling akhir aku disana. Menanti diruang menunggu,mencari makan pagi telah puas dan jemu,situ aku masuki.
Antara ruang dan rak rak jualan,aku menuju bahagiab buku buku. Kali ini aku cari buku2 yang boleh memberi ilham dan motivasi. Mungkin bukan utkku kerana aku telah melepasi zaman itu. Tetapi mungkin boleh berguna utk aku coretkan dalam blog aku nanti.

Masih terngiang kata kata ... aku tak bacalah. Sebab dia tulis bukan dalam bahasa kita. Tak mau fikir fikir dan nak faham apa yg aku baca.
Datangnya dari orang yang berkerjaya dan berpendidikan tinggi juga...
Issshhh  ..rugilah ilmu yang ada. Kalau boleh share apa salahnya..

Jadi aku berfikir sebagai seorang guru... . Why not aku translate apa yang aku fikir berfaedah. Dan aku ada juga buat sikit sikit yang sudah sudah.Cuma terberhenti bila mood dan ilham tak dapat ku cari.

Mungkin apa yang aku perkatakan dan ungkap tak ada maknanya buat anda.. haha.

Antara buku2 yang aku beli...satu darinya aku baca page to page.. and I found it to be quite interesting. Rasanya boleh apply dalam parenting dan juga dalam bilik darjah kalau tak bersalah..even to our hubbies if you may.

Hmmm... mana bukunya..
Taraaaa.... ini dia. Buku ini yg aku maksudkan.

Add caption

Add caption

Add caption
Aku rasa buku ini sangat relevan dengan ibu ibu yang sedang membesarkan anak anak. Tak menang nak bersilat dengan depa. Ada saja kerenahnya.
Semoga adegan mak mak bapa bapa bertempik hingga dengar satu taman perumahan dapat dihindarkan. Tak salahkan kita cari dan gali ilmu utk tujuan kebaikan bersama.

Nanti nanti aku alihbahasakan...

Friday, July 28, 2017

Salam Jumaat... jom jadi orang baik baik.


Hujan sejak semalam menyuramkan seketika suasana RBL pagi Jumaat yang barakah ini. Jam 444 aku terbangun. ( sempat capai handphone utk tgk waktu)
Bangun lebih baik dari tidur.
Selesai subuh aku capai cermin mata...waduh! Terlucut pula kanta kaca dari bingkainya. Mau ringgit ringgit terbang lagi ni. Rungut hati. Itulah terlelap semasa mata membaca buku buku yang ku beli dari KL Central tempoh hari. Dan mungkin aku tertindih cermin itu...so careless.

Kemas sana kemas sini . Basuh pinggan yang bertimbun dalam sinki. Air membasuh yang membasah baju buat aku tak basuh pinggan pada malam hari.So bertimbunlah dia sampai ke pagi.

Reno di no 7 berjalan bagai bas ekspress KL -Kangar. Ala perjalanan bas trans . Straight saja tak melencong lengcong ke lain. Bilik air yang serabut dah diclearkan..Hanya tinggal nak letak tiles saja dan tandas duduk. Bagus tukang ni. 3 hari dah banyak yang mereka lakukan.

tu dia aiiih....dah jadi mcamni 
Terbaca aku dalam internet tentang kerenah pengurusan sebuah organisasi. Mujur masa aku jadi GB belum ada Fb,wassap ni. Kalau tak ada hanya message dan berita selalu hanya dari mulut ke mulut. Aku yang tak suka ambik tau hal remeh temeh selalu memekakkan telinga pada gossip mossip yg dok terbangan. Tak kuasa mak.
Pernah aku marah pada si penyampai...Lepas tu tak ada sapa nak mai cerita apa apa kat aku. Well..I emulate my mom yang selalu marah pada si penyampai. Kalau dengar atau tersampai cerita pun tak ambil hati sangat..Tuhan kan ada! Itu selalu kata dia.

So this top gun of an organisation stalked the fb of a staff. Saw something not to her liking. Snapshot and laminate the updates and had it for all to see. Ada ke macam tu. Why not buat bodoh saja. Biaq pi lah orang bawah nak tulis apa2 selagi tak mention nama kita,jawatan kita terang terang.

Kadang kadang kena jadi macam piem... Apa orang tak kata. Selalunya dia buat donno saja.
Tadi baru terdengar dari radio Nasional FM statistik wassap utk seluruh dunia.
Macam ni lebih kurang..
Pengguna....lebih 1 billion
Gambar dihantar sehari... lebih 4 billion
Message sehari.. 40 billion!

So just imagine kalaulah kita nampak gossip,berita,cerita yg berterbangan disekelililng kita dengan mata nyata... wau kelam biji mata. Tak ada ruang nak bernyawa. Mujur semua ni tak sama2 berebut oksigen dengan kita. Kalau tidak alamat pupuslah umat manusia..

Lagi satu nak tanya.. Apa beza gossip dan berita.
Bagi cikson... gossip cerita orang lain.
Berita pula cerita kita...

Haha... jom jadi orang baik baik. No gosiip mossip. Love to follow abang Raja. Mulianya hati dia.