Friday, July 28, 2017

Salam Jumaat... jom jadi orang baik baik.


Hujan sejak semalam menyuramkan seketika suasana RBL pagi Jumaat yang barakah ini. Jam 444 aku terbangun. ( sempat capai handphone utk tgk waktu)
Bangun lebih baik dari tidur.
Selesai subuh aku capai cermin mata...waduh! Terlucut pula kanta kaca dari bingkainya. Mau ringgit ringgit terbang lagi ni. Rungut hati. Itulah terlelap semasa mata membaca buku buku yang ku beli dari KL Central tempoh hari. Dan mungkin aku tertindih cermin itu...so careless.

Kemas sana kemas sini . Basuh pinggan yang bertimbun dalam sinki. Air membasuh yang membasah baju buat aku tak basuh pinggan pada malam hari.So bertimbunlah dia sampai ke pagi.

Reno di no 7 berjalan bagai bas ekspress KL -Kangar. Ala perjalanan bas trans . Straight saja tak melencong lengcong ke lain. Bilik air yang serabut dah diclearkan..Hanya tinggal nak letak tiles saja dan tandas duduk. Bagus tukang ni. 3 hari dah banyak yang mereka lakukan.

tu dia aiiih....dah jadi mcamni 
Terbaca aku dalam internet tentang kerenah pengurusan sebuah organisasi. Mujur masa aku jadi GB belum ada Fb,wassap ni. Kalau tak ada hanya message dan berita selalu hanya dari mulut ke mulut. Aku yang tak suka ambik tau hal remeh temeh selalu memekakkan telinga pada gossip mossip yg dok terbangan. Tak kuasa mak.
Pernah aku marah pada si penyampai...Lepas tu tak ada sapa nak mai cerita apa apa kat aku. Well..I emulate my mom yang selalu marah pada si penyampai. Kalau dengar atau tersampai cerita pun tak ambil hati sangat..Tuhan kan ada! Itu selalu kata dia.

So this top gun of an organisation stalked the fb of a staff. Saw something not to her liking. Snapshot and laminate the updates and had it for all to see. Ada ke macam tu. Why not buat bodoh saja. Biaq pi lah orang bawah nak tulis apa2 selagi tak mention nama kita,jawatan kita terang terang.

Kadang kadang kena jadi macam piem... Apa orang tak kata. Selalunya dia buat donno saja.
Tadi baru terdengar dari radio Nasional FM statistik wassap utk seluruh dunia.
Macam ni lebih kurang..
Pengguna....lebih 1 billion
Gambar dihantar sehari... lebih 4 billion
Message sehari.. 40 billion!

So just imagine kalaulah kita nampak gossip,berita,cerita yg berterbangan disekelililng kita dengan mata nyata... wau kelam biji mata. Tak ada ruang nak bernyawa. Mujur semua ni tak sama2 berebut oksigen dengan kita. Kalau tidak alamat pupuslah umat manusia..

Lagi satu nak tanya.. Apa beza gossip dan berita.
Bagi cikson... gossip cerita orang lain.
Berita pula cerita kita...

Haha... jom jadi orang baik baik. No gosiip mossip. Love to follow abang Raja. Mulianya hati dia.




No comments:

Post a Comment