Monday, July 24, 2017

Through the corridor of life...Thank you ma..

It seems not right if I didnt pen out what my frail mum did for our education.
Right... mum was the pillar of our strength. The epitome of our hardship.
She endured her husband callousnes for the sake of the family. She toiled on the hot stove to prepare the food to be sold. Sedap dan cantik cantik kuih yang dia buat. Rumah dia pula sentiasa bersih. Sampai tempat basuh pinggan ( rumah orang dulu) ...memancar mancar.Dan istilah sawang tak ada dalam kamus rumah tt. Sampai keliling rumah dia pun bersih sentiasa. Thats her. Susah wei nak follow cara dia.
She's a marble in endurance test. She didnt run away..even once when the family was at the pit of hardship.

Mak,pasaipa mak tak  lari saja ...I quiried one day while browsing the pages of the old gone day.
Nak pi mana? She asked back.
Betul juga. Nak pi mana? Rumah mak bapa? ...eh takkan nak susahkan depa.

So she endured the hardship of bringing up the chidren. Seeing them through schools,college and university.
And her children too werent that easy to handle. What with the constant squirmishes among them.
Sometimes I was perplexed at the state of animosity among us.But that was answered years back.

If mum didnt provide us with inheritance, she gave us lots of characters to emulate.
And on her death, when the children and menantus and cucu cicit gathered, they spoke none but her kindness. How her gentle characters unite the family.

Missing her and her doas for the family.


Through the corridor of life...Thank you ba...


At a dining table over sumptious open house spread, I chanced upon a conversation with my other sister's son's parents in law... mau berkerut kening you all kena pikiaq.Sapa yang I had a conversation with.

Mereka,pasangan cantik manis adalah mertua kepada anak adik I di SP. Memenuhi jemputan open house adik bongsu I di Bukit Mahkota Bangi. Begitu besar hati adik bongsu .Mertua anak2 penakan di KL pun dijemput sama.

Seronok tengok professor kahwin professor. Hebat mereka..kata pasangan itu.
Cikgu pun apa kurang. GB. Untung emak ayah semua anak anak berjaya. Cucu cucu pun ok.

Aku tersenyum . Kembang semangkuk hati bila kena puji. Ya la.. orang nak puji cantik,lawa,flawless tentulah lambat kan...
Well...bukan nak membongkak kata family cikson semua berjaya. Ada juga yang terpeleot. Terpeleot kerana pilihan..hmmm.

All these would not be possible if abah or ba tak letak foundation.
Although known for his bengkeng dan garangnya, bab pelajaran dia letak nombor satu. Remembered susah payah dia cari duit untuk sekolahkan aku. Anak perempuan zaman 60 an. Yang kebanyakan orang tak akan went that far. Malu diletak ketepi bila wang perlu dicari.

Pak Mat Mee.. they called him. Remembered him goig through our school work. Siaplah kalau lembab belajar. Tali pinggang siap untuk dibantai..Adik  pernah kena humban kerana cuba ponteng sekolah. Perdu pokok nyiok pula tu.

If I think of his garang tak bertepi,memang sakit hati. Tapi bila fikir apa yang dia buat untuk anak2 dia dalam mengejar pelajaran, tak bertepi pula kebanggaan.

Begitu juga pada cikli. Dengan anak2 selalu aku mengingati mereka akan kebaikan dan susah payah bapa mereka menyekolahkan mereka. Kalau mama seorang mungkin tak tercapai tangan. Ingat siapa yang mengajar mereka ABC. Siapa yang menghantar mereka kesekolah, mengambil mereka, berjumpa guru .attend PIBG meeting.. Tanpa dia yang dipanggil abah.hidup masa tu mungkin susah.

Melihat Pohim diajar abahnya terimbau kenangan.
Bercerita dengan pasangan cantik manis dirumah adik ,terimbau kehidupan silam. Zaman persekolahan yang penuh cabaran.. Tak tergambarkan.

Bye... thats all folks for today.
Hope you all sihat sihat semua.


Sunday, July 23, 2017

Gelotophobia... eh apa dia ya?


Melayari google terjumpa perkataan unik ini
Gelotophobia.... pronounced dengan J...Jeletofebia...
Maananya... fear of being laughed at. Takut ditertawakan.

Teringat kisah keletah si Pohim. Dalam ramai ramai tamu di open house tokciknya adalah seorang baby yang baru dapat kaki. Maka dia pun terkedek kedek berjalan jatuh. Tiba2 kedebub! Jatuh si kecil.
Tiba2 juga terdengar satu suara ketawa berdekah dekah. Loud and clear.
Semua mata memandang ke arah suara gelak itu...rupanya si Fahim yang juga masih berjalan terkedek kedek ketawa sunggoh2 lihat anak kecik yang terdudud.

Mujur anak kecil itu tidak alami gelotophobia.Dia bangun tanpa reaksi dan terus berjalan lagi. Jatuh lagi. Bangun. Jalan lagi.

Coming back to phobia ini... sedikit sebanyak kita mesti ada juga perasaan ini. Takut ditertawa.
Bahagia mereka yang tidak takut ditertawa. Contoh nyata DSV...tengoklah gaya dia, ada dia kisah jadi bahan ketawa. Slumba saja.

Paling mutakhir siap dengan lagu yg jadi viral tu.

Kalau saya ... apa saya buat adalah bertanya... orang tak ketawa ka. Tak pelikkah orang tengok berpakaian begitu dan beraksi begitu.
Busana yang anak beli untuk pakai dihari raya haritu entah berapa kali tanya diri...ok kah aku pakai macam ni? Tak overkah untuk aku yang berumur begini...Entahlah seribu macam soalan berlegar dikepala.
Last2.. biarlah orang nak ketawa atau nak kata apa!

Nak tahu kenapa seseorang boleh jadi rigid begini. Mungkin pengalaman lampau membuat dia bersikap demikian.
Dia ditertawakan kerana bodoh alangnya
Dia ditertawakan dan diremehkan kerana penampilannya,perwatakannya.
Dia membesar jadi pemalu yang tak bertepi. Kemana saja ingin menyendiri. Self confidence tak ada dalam diri..

Thats all folks...phobia kita kali ni. Lain kali kita kaji phobia yang lain pula.



Saturday, July 22, 2017

Good morning


Sarapan apa pagi ni?
Sarapan apa pagi ni?
Goreng pisang atau biskut marie
Teh panas atau kopi
Yang mana satu jadi rezeki?

Pagi ni,walau jam dah 8.20 pagi
Matahari belum menjenguk lagi
Nampak sipi sipi
rendahnya awan
macam boleh dicapai tangan
Macam kelmarin dan dua tiga hari

Dua hari lepas ke sini kami pergi
Tempat asal kami disini
Melawat dia yang dilupai.

di roundabout Taman Sena
Kesiannya..
Lantai,bumbung,bilik air perlu dibaiki
Lepas tu boleh difikirkan
Samada disewa,dijadikan homestay atau stay sendiri


dia yang lama ditinggalkan.

Sebenarnya dah ramai bertanya
Nak sewa
Rumah makciksoncikli ni
Tempat sangat strategik
Dekat jalan besar
Kedai makan ,stesen minyak seberang jalan
Pasarraya,pasar tani boleh berjalan saja...