Friday, July 21, 2017

Buat kenangan dihari muka...raya kami in pictures. Raya 2017

Sebagai penutup Raya 2017..... layan gambar gambar ajela..

with tok and an auntie next door aja.

one of the many 

tok n wan 

kakak dan abang
lawak adik beradik pagi raya



sedih kenapa pula cikli

steady cikli

cikli's angels.

extended family yang datang beraya

adik beradik SP

santai di Puteri Jaya,SP


Raya ketiga di Taman Golf.AS
Raya di Bukit Mahkota pula.
Rumah Prof Dr. Hamzah dan Prof Madya Dr. Habibah.
Bersama adik,Dr. Bib.
Sebahagian anak anak saudara cikson didepan rumah cik Bib.
Sempat lagi meninjau Ikea.

Penyeri Raya kami
gent,three ladies n a small shot in the house

Thursday, July 20, 2017

DIY... masak lemak udang cili padi. Yg specialnya.. ada buah cermai lagi


Satu hari tokwansaad hantar buah cermai seplastik ke rumah.
Niat tu nak buat pincuk cermai.
Tapi tak terbuat sampai harini. Buah yg diselamatkan dari yg tidak baik tersimpan dalam peti sejuk. Hinggalah satu hari...

Nak masak apa ya hari ni?
Tergaru garu kepala yg tak gatal ini.
Ikan temenung dah,ikan merah dah...
Tgk udang belum terusik.
So UDANG hari ni jadi bahan utama.

Jadi termasaklah masak lemak udang cili api. Ramuannya karot, tomato dan CERMAI!

Ha ni dia rupanya masakan hasil kreativiti cikson hari tu. Mujuq tak senak perut.

masak lemak cili api udang buah cermai cara cikson

Ni menu hari tu...
Bahan bahan

10 ekor udang sederhana besar..devein

Bahan grind... grind sampai halus.
2  camca teh kunyit
1 labu bawang besar
8 biji cili padi...kalau nak berdesing tambah lagi
Air setengah cawan.

2 batang serai...titik
2 helai daun limau purut
1 atau satu setengah kotak santan
garam secukup rasa
setengah kiub seasoning ayam.

Carrot potong panjang.
Tomato biji belah 4
Buah cermai..10 biji atau lebih.

Caranya
Panaskan periuk. Masak bahan grind dan serai  hingga wangi.Masukkan carrot dan cermai. Tuang santan. Kalau pekat sangat tambah air secukup nya. Tidak terlalu pekat atau cair. Biar sedang sedang saja. Masak atas api sederhana. Jgn biar menggelegak.

Masukkan udang.
Perasakan dengan garam dan kiub ayam.
Hampir masak,carikkan daun limau purut dan masukkan kedalam kuah.

SIAP!

Sapa2 yg ada buah cermai dok bergayut kat pokok bolehlah cuba.
Sedap beritau saya. Tak sedap kesiannn kat hampa.

Bye..love u all.Selamat mencuba....

Wednesday, July 19, 2017

This is it...... generasi atet.

cuba teka siapa dia yg berselfie ini...
Dulu pantunnya

Buai laju2
Sampai balik sana
Apa dalam baju
Sekuntum bunga cina.

Sekarang .... agak agak begini pun ok dah ya.

Buai laju laju
Sampai balik sana
Apa dok buat tu oh cucu
Dok selfie guna phone mama.

Bercakap pun belum ada ayat yg betul
Tapi bab 'atet' ...hmm kalah atuknya. Gambar selfie tu diambil sendiri. Tiada siapa yg menolong.Belum 2 tahun umurnya..


Tuesday, July 18, 2017

Hai gerammmmnya.


Ini cerita perjalanan ku Jumaat lepas. Naik ETS dari Arau ke Stesen Sentral Kuala Lumpur .

Hati tu banyak tak nak pergi. Badan pun tgh rasa kuranng selesa dengan sengal2 dan seakan nak selsema. Namun kegigihan cikli mendesak buat aku bersetuju akhirnya.
Maka pada hari Jumaat jam 1.13 ptang bermulalah perjalanan kami.
Sebelum tu cikson masuk toilet. Bayar 30 kepada makcik jaga meja.
Pintu bilik air dibuka.
TUDIAA!
Berlengkar selonggok cantik saja dia dalam tu.
Cepat2 tutup hidung dan tutup pintu dan beralih ke bilik sebelah.
Alahai... ada pula tompok seakan darah yang menitik. Gelinya!

Selesai disitu aku rapati makcik tunggu meja .
Cik.. ada T**I lah kat dalam tu.. Lalu berlalu.
Entahlah samada makcik tu masih tunggu meja atau bergegas pergi cuci tandas itu.

Itu cerita pergi.

Balik pula pun aku terjumpa cerita lagi. Naik saja tren aku lihat meja kecil dan senget. Sikit lagi terlucutlah dia. Bahagian belakang kerusi penuh contengan tangan2 kecil. Kriuk kriak koc jangan hairanlah.
Koc A yang ku naiki dikongsi bersama mereka yang kurang penglihatan. Tapi gagah dan rancaknya mereka bersembang antara mereka. Panggilan talipon silih berganti. Lawak dan pantun pun sama rancaknya.

Aku yang duduk dibelakang mereka cuba memejamkan mata namun tidak berdaya. Ketawa mereka terasa dekat sangat ditelinga. Malam sebelumnya pun aku susah pejam mata akibat budak2 muda berpesta bagai apa. Pukul 2 masih rancak bergelak ketawa... alahai.

Tapi bila lihat salah seorang mereka angkat kaki dan letak atas meja kecil dihadapannya ,mula timbul rasa tak senang hati. Adoi..engkau ni kenapa? Takkan tak tau etika. Kaki ayamnya dihala pula kearah laluan .
Bila petugas datang cikli beritau ttg perkara itu.. Namun petugas itu biarkan saja.Hanya terdengar omelan nya yg sipelaku tak ada akal yg cerdik...Itu saja.

So anak anak..bila naik ETS ,hati hati ya. Usah letak makanan atas meja tu. Dah jadi tempat letak kaki rupanya. Apalagi kalau menyembam muka . Mana tahu kot2 kaki itu bercagu . Ha.. takkan naya!

Mereka turun di Sungai Petani. Baru sunyi k.api.

Tapi ada lagi!. Suhu dalam koc macam dok dalam peti. Peti sejuk dingin beku . Semakin lama semakin sejuk rasanya. Dan bila sampai Arau.. tangan jari dah naik biru.

Itulah saja cerita saya. Pi berjalan Kuala Lumpur dan Bangi. Jumpa cucu yang dirindui juga hadir kenduri aqiqah cucu adik dan rumah terbuka di Bukit Mahkota..

Bye...