Tuesday, July 18, 2017
Hai gerammmmnya.
Ini cerita perjalanan ku Jumaat lepas. Naik ETS dari Arau ke Stesen Sentral Kuala Lumpur .
Hati tu banyak tak nak pergi. Badan pun tgh rasa kuranng selesa dengan sengal2 dan seakan nak selsema. Namun kegigihan cikli mendesak buat aku bersetuju akhirnya.
Maka pada hari Jumaat jam 1.13 ptang bermulalah perjalanan kami.
Sebelum tu cikson masuk toilet. Bayar 30 kepada makcik jaga meja.
Pintu bilik air dibuka.
TUDIAA!
Berlengkar selonggok cantik saja dia dalam tu.
Cepat2 tutup hidung dan tutup pintu dan beralih ke bilik sebelah.
Alahai... ada pula tompok seakan darah yang menitik. Gelinya!
Selesai disitu aku rapati makcik tunggu meja .
Cik.. ada T**I lah kat dalam tu.. Lalu berlalu.
Entahlah samada makcik tu masih tunggu meja atau bergegas pergi cuci tandas itu.
Itu cerita pergi.
Balik pula pun aku terjumpa cerita lagi. Naik saja tren aku lihat meja kecil dan senget. Sikit lagi terlucutlah dia. Bahagian belakang kerusi penuh contengan tangan2 kecil. Kriuk kriak koc jangan hairanlah.
Koc A yang ku naiki dikongsi bersama mereka yang kurang penglihatan. Tapi gagah dan rancaknya mereka bersembang antara mereka. Panggilan talipon silih berganti. Lawak dan pantun pun sama rancaknya.
Aku yang duduk dibelakang mereka cuba memejamkan mata namun tidak berdaya. Ketawa mereka terasa dekat sangat ditelinga. Malam sebelumnya pun aku susah pejam mata akibat budak2 muda berpesta bagai apa. Pukul 2 masih rancak bergelak ketawa... alahai.
Tapi bila lihat salah seorang mereka angkat kaki dan letak atas meja kecil dihadapannya ,mula timbul rasa tak senang hati. Adoi..engkau ni kenapa? Takkan tak tau etika. Kaki ayamnya dihala pula kearah laluan .
Bila petugas datang cikli beritau ttg perkara itu.. Namun petugas itu biarkan saja.Hanya terdengar omelan nya yg sipelaku tak ada akal yg cerdik...Itu saja.
So anak anak..bila naik ETS ,hati hati ya. Usah letak makanan atas meja tu. Dah jadi tempat letak kaki rupanya. Apalagi kalau menyembam muka . Mana tahu kot2 kaki itu bercagu . Ha.. takkan naya!
Mereka turun di Sungai Petani. Baru sunyi k.api.
Tapi ada lagi!. Suhu dalam koc macam dok dalam peti. Peti sejuk dingin beku . Semakin lama semakin sejuk rasanya. Dan bila sampai Arau.. tangan jari dah naik biru.
Itulah saja cerita saya. Pi berjalan Kuala Lumpur dan Bangi. Jumpa cucu yang dirindui juga hadir kenduri aqiqah cucu adik dan rumah terbuka di Bukit Mahkota..
Bye...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment