Tuesday, July 18, 2017

Kau pergi jua... RIP my dear.


Sebelum aku ke KL, dia manja sekali.
Hari ini dia telah pergi. Pergi yang tidak akan kembali.
Sunyi rasa hati....


Tam yang disayangi mama

Disebelah gate dia disemadi buat selamanya


As usual ,the other day,when I opened the door,she sneaked in silently.
I was tending to some matters and didnt pay much attention to her.
After finishing my chores, I noticed her slumped figure on the cool tile floor.
Picking her up,I cuddled her.
Napa ni... alolo anak mama ni.
She looked into my eyes and burrowed herself deeper in my cupped hands.
Nak makan ke?
I took out some leftover fish from the fridge and put on the floor. I set Tam down.
She looked at the food and left it as it was.
Napa ni? Tak mau makan pula dia.

I left her to continue with washing the dishes.
She rubbed her body to the folds of my dress.Mewing softly.
Laaa... kenapa ni. Makan tak mau. Awatlah nak kacau mama ni ha?

I opened the door of the kitchen to let her out. Maybe she was asking to be let out. I thought to myself.
In sauntered Ninasandaq. Tam left my side and followed her mommy. And when Nina took a bite at the food ,she followed suit.
Laaa.ingat sakit mulut. Tadi tak mau buka mulut. Ni mak hang masuk baru nak makan. I told her off.
Anak mak rupanya! Nak makan pun kena mak teman.

Well, the day I left the house for KL on that Friday,she was no where near . Only Nina sent us off.

And yesterday we returned home from our trip to KL and Bangi. I went to the fence to turn on the tap. And there she was...
She was gone forever. Her black stiffened body lay motionless on the ground.

Baru mama nak beri perhatian... kau pi dulu ya.
I was having the idea of keeping her in the house as my companion. Ganti Pong.

That evening cikli buried her infront of the house...just outside the gate.
RIP my dear Tam... the shy blackie who was as timid as the church mouse but has a gentle heart.
Once I saw her carrying the fish in her mouth from tke back of the house to the porch to feed her hungry siblings.Just as Nina did.

Tam...kakak yg sangat perihatin,menyayangi ,lembut  dan menghiburkan.
Be missing you greatly.

Tam in memories...
Setia mengawasi adik adik yg disayangi


Dia pun pergi..

Dia yang menemani ibunya kemana pergi

Tam... apakah yang difikirkannya begini

Matanya tidak berkedip2 bila merenungi..


Dua beranak yang tidak berpisah selagi hidup

Nina macam mencari cari...

Sayu wajahnya kalau diperhati..

Sudah tiada anak yang menemani...

Tentu rindu pada susuk tubuh ini.

Kakak yang menyenangi adik yg masih kecil

Kenangan abadi dua beranak ini..

Thursday, July 13, 2017

DIY...menjahit sarung kerusi makan versi 3 .... simple mimple easy breezy.


 Rutin setahun sekali cikson bila hampir hariraya.

1. Beli kain
    Kain dibeli di Jakel tgh ibukota Malaysia. Pertama kali ke Jakel Mall . Harga around 100 utk kain       13 meter .  Pilih kain yg sturdy bukan filmsy. Kain yg rambu ramba tak sesuai.Sekali pakai dah terburai..

2. Basuh kain
    Kain yang belum dipotong,masuk washing machine . Basuh dan jemurkan.
. Basuh dlm mesin basuh. Tak perlu sabun mabun. jemur tiga suku kering. Angkat

3. Iron kain
     Iron kain utk remove kedut medut
Iron dulu kain. Jgn malas.

 4. Siapkan machine jahit.
     Periksa samada mesin ok atau tak... hehe alhamdulilah test run berjaya.

 5. Ukur kerusi
   i) tempat sandar ( A ). Ukur dari hujung ke hujung. Lebihkan bahagian belakang hingga menutup           bhg yg senang dicakar kucing.
   ii) tempat duduk (B) ukur lebar kerusi... ambil bhg yg terlebar.



 6. Potong kain

potong kain.
sesi potong memotong.

     Kenali ira kain. Guna ira yg tidak memberi . Kalau tidak kain cepat koyak
     Potong 6 bahagian tempat duduk
     Potong 6 bahagian tempat sandar
     Potong 12 bahagian riben pengikat.

kain utk sash

6 keping utk sash.. panjang pendek ikut sesuai kerusi
Besar kecil pun agak agaklah ya
kain yg telah dipotong
bhg badan




7. Sessi jahit menjahit

a) Sambung saja tepi ke tepi kain utk bhg sandar kerusi. Labuhkan bhg belakang. Bhg depan ngam ngam dengan tempat duduk. Kemaskan hujung duanya. Jahit klim 1 inci. Dapatkan bucu yang tepat dgn menyarung pada kerusi. Tanda. Jahit.
Labuhkan belakang. Tutup tempat duduk




sambung bahagian duduk ke sandar




b) bahagian tempat duduk dijahit kelililing. Gayakan di kerusi untuk dapat bucu yg tepat. Jahit bucu. Sambung dengan bahagian sandar.
bahagian tempat duduk
Asal kain segiempat tepat saja.


Kedua2 bhg sandar dan duduk dijahit tindih belah depan utk kukuhkan kain.

cantuman
kukuhkan
jahit tindih utk kukuh seam.


c) Jahit bahagian sash. Senang aja. Temukan kain. Guna bhg belakang. Alih dan kemaskan.
d) Buat tali dengan kain . Just jahit straight.( Untuk jadikan riben)

Nota... jgn lupa guna cara potong, iron  dan jahit. Lebih senang gitu.


sbb tak ada mesin jahit tepi,cikson klim saja tepi 2 kain.

tekan dgn iron panas,pelipat kain.
jahit lurus tepi..


8. Menggayakan dan mencantum.

Sarungkan sarung kerusi.
Lekatkan tali pengikat

bhg tepi jadi begini


guna riben jadi pengikat. Riben dari kain sama.
dari depan.


Gayakan sash mengikut kesesuaian kerusi dan kehendak hati. Cikson guna tali kain utk mengemaskan sash.

gaya kan sash

SIAP! 
riben utk mengikat sarung kerusi supaya tidak lari.
Oh ya... lupa pula. Kali ni cikson letak pengikat kat bawah kerusi... Voila.. sarung kerusi masih tersarung elok walau dah dihenyak tetamu...


haha.... penin juga kepala buat assignment ni. Harap tu dapat memberi ilham buat anak anak sekelian. Cikgu BI pencen jadi cikgu sains rumahtangga.

Thats all folks. Bye.
Kalau ada yg nak tanya atau minta nak translate... silakan ya.

If there's need to translate this post.Do notify. Thanks.

Wednesday, July 12, 2017

WW.. baju baru kerusi makan .


Besok,Insha Allah makcikson upkan DIY untuk buatnya. Simple as ABC.Yang tak pi sekolah jahit pun boleh buat sendiri. Kalau ada kemahuan di hati.

Layan dulu ya gambaq gambaq ni...

baju baru rasa pun baru
Kat dapur pun ada sesuatu ...
Tudung/langsir tempat basuh pinggan yg baru bertukang hari tuuuu.

Nak letak tudung meja cikten
Besar pula dia ... so mcm nilah saja buat la ni...

Runner dari ikea
Dah bertahun lamanya... tapi tak pa...asal ada.

Cikli pun nak enterframe sekali
Thumbs up tanda puas hati
Hasil tangan isteri.... dia kata tak dapat beli mana2 pun kalau dicari
Anak menakan KL kata boleh challenge Nilai 3 kalau lagu ni....hihihi.
Murah saja modalnya... bawah seratus saja
Tapi upah buatnya yang tak ternilai harganya.
Bye... thats all my DIY friends.


Tuesday, July 11, 2017

Rindu seorang atuk..telatah Pohim.


Semasa sambutan hari raya tempoh hari, si anak kecil ni jadi perhatian ke mana dia pergi.
Di sebelah cikli dia paling kecil. Tapi tahun hadapan dia jadi abang long untuk addition terbaru cicit tokwansaad. 2 sekali gus pula tu.

Apa ya keletah dia masa bercuti yg lalu.
Kesibukan menyediakan juadah hari raya buat aku kurang berinteraksi dengan dia. Tapi biasalah dia dengan lawaknya..

Dah pandai dia berboboboi. Nyaring suara dia menyebutnya dengan gaya dia.
Baju boiboiboi dah jadi kegemaran dia. Pantang nampak di gerai,menerewang saja jari menunjuk utk dibelikan. Amboi...
Semasa menonton tv,entah macamana tv merenek... berbintik bintik. Kelamkabut dia mengunjukkan remote warna hitam utk membetulkannya. Tau dia membezakan astro dan remote tv.

Skillnya dalam mengendali atet... top notch. Bagi budak setahun setengah lebih sikit boleh tau apa yg ditekannya  itu yg lucunya.
Menari ikut rentak lagu,mengecam huruf dan mensesuaikan binatang dengan betul agak memberangsangkan.
Masih terbayang di hotel penginapan,kami dihiburkan dengan concertnya atas katil. Siap suruh kami beraksi ikut dia menggayakan lagu.

Oh ya teringat gelagat dia masa berbuka di Regency dan berdinner di Koma.
Habis dikerah kami mengangkat tangan berdoa bila azan berkumandang. Bila dia lihat aunty nya tidak mengangkat tangan dia memanggil nama. Suruh berdoa.

Yang ini tak dapat cikson lupai. Satu malam semasa dipv cikson sorang sorang dalam bilik. Tengah dok belek phone. Bila bangun kepala nampak dia dihujung kaki sambil mata meleret . Macam berkata
Haaaa..tok pun main atet macam kami. Kata tak boleh main.....

Serius adakalanya..adala tu yg tak kena.

walau kaki tak sampai ,hati ingin mencuba

Wah dah berani lepas tangan 

Ada yang seronok pada hati

Beg ni lebih baik dipakai begini..

Siap beg digalas nak pergi beraya..

Senyum meleret tu tuju kat sapa ya...

Thats all folks.
On another note,rasa nak pi tempa tiket ets utk Jumaat ini. Boleh berjumpa sipengarang jantung kami sambil pi open house dan kenduri aqiqah adik di Bukit Mahkota.....hujung minggu ni. Cikli dah dok terayan rayan jumpa cucu yang keletah ini.

Bye... rindu Fahim.