Friday, July 7, 2017

Macam macam ada... sedih,suka,geram semuanya . Panjang ceritanya.

Ini cerita semalam. Yakni cerita hari Khamis 7 hb July 2017.Eh... betulke tarikh tu.

Pagi pagi lagi handphone asus pemberian cikten berbunyi. Tanda ada wassap masuk . Antara mamai dan tidak,ku capai kacamata dan baca isinya.
Sedih.
Berita tentang biras anak yang keguguran. Ya Allah... tentu sedih suami isteri muda itu yang mengalami. Apalagi terpaksa mengahadapi jalan yang susah utk hamil anak anak itu. Dia kehilangan twins . Semoga kakngah kuat dan tabah.

Jam 11.00 bertolak ke sekolah yang aku tinggalkan hampir 9 tahun yang sudah. Berbelit tudung yg dibeli anak dekat Jakel berhapiran Chow Kit. Aku yang hanya menyarung tudung ala 2 makcik indon cuba membelit ariani sendiri. Mau berpeluh peluh kerana aku tak selalu memakainya. Baju kurung kelabu aku sarung dan beg jim thompson aku sandang. Nak tau.. baju kurung tu agak besar cikten hadiahkan. So... mesin jahit ku ready berbakti. Baju tu ku kecilkan sendiri. Herot petot ku jahit sbb benangnya tenggelam dalam warna samar kain nya.

Sampai kawasan sekolah dah 9 minit lepas sebelas. GB sekarang menyambut aku diperkarangan. Dan aku dijemput menduduki kerusi bersama2 wanita wanita muda dan bergaya. Ada yang sibuk dgn handphone saja tanpa angkat muka pun kat kita. Ada yang bertanya khabar ttg diriku yang tua dan sakit sakit saja. Hmmm... buat malu saja bila semasa aku memutar hidangan,air digelas mencurah pakaian cantik si adik. So clumsy. Thats me. Aku mohon maaf .

Jam beralih. Aku mohon diri kerana ingatkan cikli. Dia ada temujanji dengan MOPD. Tunggu puya tungga lima jam baru dia sampai rumah. Letih dan longlai . Berkejar ke kedai makan tepi jalan. Tapi perut dah masuk angin,maka nasi dipinggan susah nak dihabiskan.

Kak.kenapa ? Tanya tuan kedai melihat aku .
Bukan tak sedap dik tapi perut ni dah masuk angin. Selalunya jam 12 dah bertengahhari. Ni jam 2 tentu my stomach merajuk la ni...hihi.

Itu antara coretan yg ku lalui khamis semalam.
Tapi cadangan yg ku dengar buat ku terdiam. Kalau aku bersuara,mungkin terjadi perbalahan. Aku pun kadang kadang mau jadi Kim Jong Un,Presiden Korea Utara...yg semua orang tak suka...haha.

cool down mama..

jangan jadi dia
Thats all folks...jgn marah dan jelek ya. Ini style aku punya. Campuq2 bahasa dan gaya.
When u have to be perfect all the time, the fun in writing is out.

Thursday, July 6, 2017

dari no.7 ke RBL. Dari RBL ke no.7


Pejam celik,pejam celik hampir 4 tahun dia ditinggalkan.
Tipulah kalau tidak pernah terlintas rasa rindu pada wilayah itu.
Di situ anak anak dilahirkan di sekolahkan di universitykan.
Di situ hempas pulas kami suami isteri membesarkan keluarga.
Di situ air mata tertumpah... gembira dan sedih silih berganti.


no 7...rindunya aku


Di Wilayah ini semua mencukupi malah berlebihan.
Tiada apa apa yg terkurang
Tapi..... rumah sendiri masih juga membayang..
Sampai masa teringin pulang.

Jom kita pulang
Selepas sekian lama berdagang
Walau jaraknya hanya rokok sebatang.

No 7... aku teringin kembali
Rumah sendiri..
Moga tuannya RBL memahami
Keinginan hati ini..
Bukan tidak sudi
Tapi kerana nostalgia yg masih berbekas dihati.

Apa yang ada di sana?
Tanya mereka...
Entah.... cuma itu saja pusaka kita
Yg lain tak ada...
Sayang tinggal dia begitu saja
Kawan kawan yg sejak dulu kala juga nak ku jejaki semula...
Kakton, CikNah.... mereka peramah.
Ustazah Ainon bayak budi
Abang Key suami isteri...

Tapi ... tunggu
Cari kontraktor baiki kerosakan dulu..
Duitnya... garu kepala tak berkutu...huhu.

Wednesday, July 5, 2017

DIY...Stretchable rod...tension rod.... gunanya




Stretchable rod aka tension rod medium kesukaan ku sekarang. Kalau dulu meminati cable tie kali ini meneroka pula medium ini dalam DIY ku.

Dah lama teringin menutup ruang bawah sinki RBL. Ciklin tiada plan utk mengupgrade cabinet ini hingga satu tempoh. So.. terdedahlah segala maneka yg tersusun dan terletak di situ. Mujur belum ada orang komen ttg ni.






haha gua alibaba
Apa yang tak ada

cantikkannnn



Mula mula cikson regang wire saja . Tapi kurang puashati dengan melandutnya kain yg diguna. So bye to wire atau tali.
Next... minta cikli beli kayu kimbal. Tak beli2 sampai ke sudah. Bye bye kayu kimbal.

Satu hari cikson dibawa anak ke DIY Kangar . Sejak dibuka itulah kali pertama jejak di situ.


Dalam mencari cari terjumpa..STRETCHABLE rod.!


 Batang besi ini boleh dipanjang pendekkan sehingga maksimum yg tertera. Satu harganya bawah RM6. Dua batang cikson rembat.
Lepas tu gam gajah, penyangkut besi pun diborong juga.
Kain sekeping terjumpa dalam simpanan.

Apalagi berDIY sakanlah cikson hari besoknya.



bahan ketukangan ku
Kain digunting dan dijahit ikut ukuran ruang.
Cangkuk besi digamkan kejap2 di tiang batu guna gam RM 1.90 satu. Tapi ..lekatnya ya rabii.
Masukkan besi dalam kain.
cangkuk besi
Sangkut! .....kan dah siap.
projek sangkut menyangkut



Melawati internet cikson bersua lebih banyak lagi kegunaan rod ajaib ini. Boleh refer SINI

Biar gambar berbicara
tension rod dan gunanya
tentulah utk jendela mulanya

kita peraga begini

boleh guna utk sangkut menyangkut

sesuai pula begini utk tingkap RBL ini

boleh berkebun mini di tingkap kalau digantung begini.

Happy Birthday to uuuu... Eeena

To my dearest ... this poem resonates best on this auspicious gotcha day of yours.


Couldn't ask for a better daughter.
You do all you can for us and would give us your last.
You provided when it's was just you
And I know it was hard, but I just want to thank you
For respecting me to be the woman I am today!
You're the strongest, most beautiful, independent,
Hard-working, intelligent daughter there is.
And don't you for one second forget it!
I could go on and on, but you know who you are!
May this poem be the best gift on your birthday.

Wishing you all the best that Life has got to offer. May Allah SWT bestow you with much love ,guide you in the rightful path in life and thereafter. May you find true love that completes the beautiful soul of who you are. 

Hey ... gotcha some pics from those wonderful days . Hope you like it baby.
those were the days....
Mommachon with lots of love.