Dah lama teringin menutup ruang bawah sinki RBL. Ciklin tiada plan utk mengupgrade cabinet ini hingga satu tempoh. So.. terdedahlah segala maneka yg tersusun dan terletak di situ. Mujur belum ada orang komen ttg ni.
haha gua alibaba Apa yang tak ada |
cantikkannnn |
Mula mula cikson regang wire saja . Tapi kurang puashati dengan melandutnya kain yg diguna. So bye to wire atau tali.
Next... minta cikli beli kayu kimbal. Tak beli2 sampai ke sudah. Bye bye kayu kimbal.
Satu hari cikson dibawa anak ke DIY Kangar . Sejak dibuka itulah kali pertama jejak di situ.
Dalam mencari cari terjumpa..STRETCHABLE rod.!
Batang besi ini boleh dipanjang pendekkan sehingga maksimum yg tertera. Satu harganya bawah RM6. Dua batang cikson rembat.
Lepas tu gam gajah, penyangkut besi pun diborong juga.
Kain sekeping terjumpa dalam simpanan.
Apalagi berDIY sakanlah cikson hari besoknya.
bahan ketukangan ku |
Cangkuk besi digamkan kejap2 di tiang batu guna gam RM 1.90 satu. Tapi ..lekatnya ya rabii.
Masukkan besi dalam kain.
cangkuk besi |
projek sangkut menyangkut |
Melawati internet cikson bersua lebih banyak lagi kegunaan rod ajaib ini. Boleh refer SINI
Biar gambar berbicara
tension rod dan gunanya tentulah utk jendela mulanya |
kita peraga begini |
boleh guna utk sangkut menyangkut |
sesuai pula begini utk tingkap RBL ini |
boleh berkebun mini di tingkap kalau digantung begini. |
Assalamu'alaikum Cikgu.
ReplyDeleteSalam Syawal. Rajin betul Cikgu berDIY...menjimatkan, kan? :)
Salam Shawal yang tertunda,kakcik.
DeleteBila busykan diri kurang sikit serabut kepala .