Thursday, July 6, 2017

dari no.7 ke RBL. Dari RBL ke no.7


Pejam celik,pejam celik hampir 4 tahun dia ditinggalkan.
Tipulah kalau tidak pernah terlintas rasa rindu pada wilayah itu.
Di situ anak anak dilahirkan di sekolahkan di universitykan.
Di situ hempas pulas kami suami isteri membesarkan keluarga.
Di situ air mata tertumpah... gembira dan sedih silih berganti.


no 7...rindunya aku


Di Wilayah ini semua mencukupi malah berlebihan.
Tiada apa apa yg terkurang
Tapi..... rumah sendiri masih juga membayang..
Sampai masa teringin pulang.

Jom kita pulang
Selepas sekian lama berdagang
Walau jaraknya hanya rokok sebatang.

No 7... aku teringin kembali
Rumah sendiri..
Moga tuannya RBL memahami
Keinginan hati ini..
Bukan tidak sudi
Tapi kerana nostalgia yg masih berbekas dihati.

Apa yang ada di sana?
Tanya mereka...
Entah.... cuma itu saja pusaka kita
Yg lain tak ada...
Sayang tinggal dia begitu saja
Kawan kawan yg sejak dulu kala juga nak ku jejaki semula...
Kakton, CikNah.... mereka peramah.
Ustazah Ainon bayak budi
Abang Key suami isteri...

Tapi ... tunggu
Cari kontraktor baiki kerosakan dulu..
Duitnya... garu kepala tak berkutu...huhu.

2 comments:

  1. Slmkum teacher
    Tempoh ari kmi lalu depan umh no7
    Sunyi sepi tiada pnghuni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu dah pindah Behor Gonchar. Singgahlah rumah kalau lalu.

      Delete