Wednesday, May 31, 2017

HSB..ada cerita sambungan lagi.


Jam 1.00 lebih kurang baru kami dapat selesaikan urusan perubatan cikli. Menunggu satu penyiksaan. Lebih lebih lagi dalam puasa.Aku banyak mendiamkan diri dari berbicara berbanding dengan cikli. Rancak benar dia bercerita dengan patient dari Kangar juga. Macam dah kenal lama. Cikli memang ramah orangnya kalau kena moodnya.

Mengambil ruang disatu sudut aku cuba pejamkan mata. Namun apa daya. Sejuk pula tu. And yang funny nya adalah sipendamping disebelah ku yang tertidur sampai ternganga. Mengeruh pula dengan kuatnya. Aku ingat dia letih berpuasa namun bila nama dipanggil,baru ku tahu orangnya tak perlu berpuasa. Haha.

Selepas masuk bilik keluar bilik ,akhirnya cikli keluar dengan kertas warna pink..... oh ada lagi procedure yang entah ke berapa untuk dilalui. Di HSB perubatan cikli berlegar di ruang Ophthalmology. Berbagai procedure terpaksa dilalui. Dari scan, laser duduk,laser baring,operation dan nanti operation kanta pula. Bertabah sajalah cikli .

Jam 3 lebih sampai rumah ,terlena tak ingat dunia. Memandu dalam keadaan begini amat mencabar. Rasa lambat benar jalan yang ditempuhi.

Namun at nearly 5 selepas Asar, cikson bersilat pula didapur. Beli di param dah tak berapa nak lekat dihati. Semalam kuih keria yg dibeli tepung gandum semata. Liat macam makan sotong terlebih goreng. Teringat keria gula melaka ciklin.

Akhirnya ,dalam kaki terasa goyang ,tersedia gulai kepala ikan berterung dan bercili hijau dari kebun sendiri. Sambal belacan buah mempelam dan sayur sawi. Juga seperiuk bubur serawa atau pengat ubi kayu hasil tanaman ayah cikli.Wangi bau daun pandan memenuhi ruang.
Tapi rasanya.... tak tau lagi. hihi.

Oklah. Itu saja cerita harini. Semua dah terhidang . Tinggal nak berbuka dua romeo n juli saja.

Sekali lagi di sini, HSB puasa kelima ini

Hari masih gelap bila ciklicikson suami isteri menyelusuri jalan penuh traffic lights itu. HSB Aloqstaq kami tuju pagi2 lagi.By 8 lebih sampai destinasi

Eh mana mau parkir iriz dgn tempat parkir penuh air .

Menunggu satu penyiksaan.Lebih2 lagi dlm puasa bagi yg berpenyakit . Alahai kesian
tengok mereka terutama warga tua.

Semoga urusan cikli cepat dan dipermudahkan hari ini

Tuesday, May 30, 2017

Bila Abam Fohim balik kampung... nina says


Dua hari RBL riuh rendah dengan gelak tawa. Kalau tidak sunyiiiii saja.
Penuh rumah cikgu pencen dengan anak2 , menantu dan cucu kesayangan semua. Sapa lagi kalau bukan abam Fohim.

Mamason kata ... Nina,Tam n babies have to sleep outside bila Fohim balik. Kalau tidak mau habis kami di kerjalkan budak baru berjalan tu. So... abahli pun mencuci dan membersihkan sangkar kucing. Bukan itu saja.siap dia buat sleeping flatform bertangga lagi. Meleleh peluh nina tgk encikli dok bertukang.

Hari yang ditunggu pun sampai. Hari pertama puasa. Abam Fohim dan ibuayah serta auntie nina pun sampai. Tergelak nian tgk aksi abam. Masuk saja ke rumah dia menuju pintu gelongsor tanpa mempedulikan tok dan wannya. Mulutnya mengajuk bunyi ayam tok wan saad.

Bila dia nampak Nina, mulut dia mengajuk pula bunyi kaum nina.
Eeeeeow..eeeeow...riuh suara kecilnya.

abam fohim tak posa.
Hari ini hari keempat manusia berpuasa. Tapi bagi kami ,lebih2 lagi kaum nina pula macam pesta. Puas makan. Lebih2 lepas sahur. Cikson menjamu kami dengan ikan2 dan lauk pauk yg sedap. Enjoy betul.

Dengar cerita abang Fohim muntah2 masa dalam ets semalam. Katanya train ets tu bergegar sepanjang jalan. Dulu cikson selalu puji ets... smooth as silk she said. Awat lagu tu . Apa dah jadi KTMB? Mau tak muntah budak tu kalau dok goyang goyang macam naik bot candat sotong. Muntah wei.

Oklah dah panjang nina tulis. Hujan lebat dengan guruh berdentum dentam tadi. Nina nak keluar tengok anak anak yg dok dalam sangkar . Bye.

Selamat berpuasa pencinta kucing semua.

babies pun asyik nak susu

Mujur ada kaktam tolong mengasuh adik2. Boleh nina rehat sat

Dah kenyang budak2 ni main kasut pula

Nina dgn Tam dok awas depa pula.

Ninasandaq 

Monday, May 29, 2017

Terimakasih anak anak...khabar dari utara.


Sudah hari ketiga ya kita berpuasa.
Tiga hari terasa cepatnya berlalu masa .

First puasa ,rumah riuh rendah dengan pulangnya si abam Pohim bersama ibuayah dan auntie eeenanya. Juga bobo .
Becok mulutnya mengajuk bunyi ayam sebaik saja menjejak kaki ke RBL. Tangkas dia berlari ke pintu gelongsor bila nampak kelibat Nina dan Tam di luar.Kalut saja dia berbual dengan mereka.
bertemu nina n Tam

Meninjau mana perginya ayam2 tokwan.
Pagi ini jam 9.30 mereka dah berada dalam ets menuju ibukota. Kembali untuk berhari raya akhir bulan puasa nanti. Untuk info,KTM dah mula jual tiket utk raya nanti. Di Stesen Arau pun dah beratur panjang orang nak beli tiket pagi ni. Cepat222. Kalau nak balik raya dengan selesa pergilah beli tiket cepat. Kalau tidak bersabarlah dalam kenderaan sekerat hari hanya utk perjalanan balik kampung.

Semalam cikina belanja kami serta tok dan wannya berbuka di Putra Regency. Boleh tahan juga makanannya. Harga pun boleh tahan. Warga emas ada potongan harga .Begitu juga kalau bawa flyer boleh dpt discount utk harga.Sambutan pun nampak baik kerana semua meja penuh.

Ayah ,tok n wan
Terimakasih anak anak yang bersusah payah balik menjenguk kami diutara ini. Tidak tergambar dengan perkataan .



pohim buka puasa awal nampak gayanya.

tukang belanja
sebelum balik wajib kena pos dulu ya.

Thats all folks ,cerita kami di utara
Buah mempelam harumanis dah turun harga khabarnya.
Mencari bazaar ramadhan jenuh pusing pekan kerana letaknya berubah dari tahun sebelumnya.