Wednesday, May 31, 2017

HSB..ada cerita sambungan lagi.


Jam 1.00 lebih kurang baru kami dapat selesaikan urusan perubatan cikli. Menunggu satu penyiksaan. Lebih lebih lagi dalam puasa.Aku banyak mendiamkan diri dari berbicara berbanding dengan cikli. Rancak benar dia bercerita dengan patient dari Kangar juga. Macam dah kenal lama. Cikli memang ramah orangnya kalau kena moodnya.

Mengambil ruang disatu sudut aku cuba pejamkan mata. Namun apa daya. Sejuk pula tu. And yang funny nya adalah sipendamping disebelah ku yang tertidur sampai ternganga. Mengeruh pula dengan kuatnya. Aku ingat dia letih berpuasa namun bila nama dipanggil,baru ku tahu orangnya tak perlu berpuasa. Haha.

Selepas masuk bilik keluar bilik ,akhirnya cikli keluar dengan kertas warna pink..... oh ada lagi procedure yang entah ke berapa untuk dilalui. Di HSB perubatan cikli berlegar di ruang Ophthalmology. Berbagai procedure terpaksa dilalui. Dari scan, laser duduk,laser baring,operation dan nanti operation kanta pula. Bertabah sajalah cikli .

Jam 3 lebih sampai rumah ,terlena tak ingat dunia. Memandu dalam keadaan begini amat mencabar. Rasa lambat benar jalan yang ditempuhi.

Namun at nearly 5 selepas Asar, cikson bersilat pula didapur. Beli di param dah tak berapa nak lekat dihati. Semalam kuih keria yg dibeli tepung gandum semata. Liat macam makan sotong terlebih goreng. Teringat keria gula melaka ciklin.

Akhirnya ,dalam kaki terasa goyang ,tersedia gulai kepala ikan berterung dan bercili hijau dari kebun sendiri. Sambal belacan buah mempelam dan sayur sawi. Juga seperiuk bubur serawa atau pengat ubi kayu hasil tanaman ayah cikli.Wangi bau daun pandan memenuhi ruang.
Tapi rasanya.... tak tau lagi. hihi.

Oklah. Itu saja cerita harini. Semua dah terhidang . Tinggal nak berbuka dua romeo n juli saja.

No comments:

Post a Comment