Sunday, April 9, 2017
Bila dunia di depan mata... dari ruang tamu kita
Menengok bill yang dibayar setiap bulan agak tinggi, terdetik hati ini nak potong saja saluran tv. Baik beli tudung yang berhias strawoski ( eh tak tau lah pula bagaimana nak bunyi/sebut batu batu hiasan itu) boleh juga bergaya ke sana sini. Di celah celah mak mak datin pun taklah rasa rendah diri...hihi.
Forget it.. said organ dalam kepala. Biar mahal ,walau tak boleh bergaya tapi dia banyak guna. Dah lah terperuk dalam rumah macam dalam gua. Tak tau apa apa yg berlaku kat luar sana.At least ada juga saluran dimana banyak juga pelajaran pengetahuan yang diperolehi dari nya.
Eh... mamason ni cakap hal apa ya. Dah senget ke kepala memikir sangat bab dunia. Bab akhirat bagaimana? Dah bersedia ka..seramnya.
Bab ke situ... aduhai takut sekali.Sedang berusaha memperbaiki diri. Tapi tak perlulah nak hurai lagi.
Coming back to that tv. RBL melanggani Astro yang banyak channel tu. Ada HD dan entah apalagi istilah yang tak aku ambil peduli. Guna remote dia pun banyak function yang aku tak mengerti.Antara semua aku suka channel 555 hingga 501. Disitulah berkampung Discovery, CNN, CNBC dan ada lagi. Setiap pagi aku suka buka channel channel ini untuk mengetahu berita mutakhir dunia ini. Setiap benua dibumi ada salurannya sendiri. Nak tau ttg Amerika buka CNN. Nak tau bab Australia ada channel juga sendiri, Afrika pun dengan beritanya . Apalagi China tentulah ada channel khusus dari sana..Satu saja berita2 ni .Kalau tak tau BI, terpinga pingalah lah jadi. Mujur cikson boleh memahami apa yang diberitakan tanpa guna sarikata. ( Eh..tak cuba pula sarikata masa berita)
This morning ,fb ku buka. Satu posting menarik aku terima.
Tapi tak tau nak share pula.Quite interesting. Tgklah kat situ kalau nak tahu. Orang putih pun naik hantu dengan pengeboman Syria kalau nak tahu.
Oh well... time flies. Bye. See u all soon. Love from utara.
Saturday, April 8, 2017
Dunia .. apa yang tak kena ha?
This morning I did post this post in total. But on second thought,rasa macam tak kena saja.So here I go.
Well.... I struck off the first part of the writing. ..............
Actually dalam hati sarat dengan rasa gundah bila lihat sekeliling. Buka tv .. cerita Syria menguasai. Anak anak kecil tidak berdosa jadi mangsa . Terkulai layu akibat terhidu gas sarin yang diguna oleh kerajaan Syria sendiri. Lepas tu Amerika pula hantar tomahawk ajar Bashar . Betullah ramalan orang yang Trump ni tak boleh buat kawan.
Di Thailand selatan yang dekat dengan kami pun berita tidak diingi terjadi. Bom sana sini. Tiang letrik jadi sasaran supaya malam senang nak laku pencerobohan.
Russia dan Sweden juga tak ketinggalan. Trak di guna untuk membawa kemusnahan..
Actually apa nak jadi dengan bumi yang kita tumpangi ini. Sana sini perang . Sana sini bermusuhan. Sana sini malu memalukan. Terkeluar habis aib diri dilondehkan. Dalam negara pun pergeseran antara kita ,antara parti tidak berkesudahan.
Apa nak jadi?
Bangun pagi selalu tertanya tanya... apa yang jadi ya semasa aku tidur selesa malam tadi.Masih waraskah penduduk bumi ini?
Dunia...apa yang tak kena ha?
Friday, April 7, 2017
Salam Jumaat...moga jadi yg soleh
![]() |
| aksi Fohim |
Anak kecil setahun 5 bulan ini ,senyap saja dalam bilik seorang diri.
Menghampar sejadah muat dirinya, berlunjur ,mengangkat tangan dan komat kamit mulutnya. Entah apa yang ada dalam fikirannya. Kemudian mengangkat tangan mengaminkan doanya.
Semoga Fahim membesar jadi mukmin yang soleh.
Di blog↶
SINI
terdapat panduan dan doa doa untuk anak soleh dan solehah yang boleh dijadikan panduan utk kita.
Salam Jumaat semua..
Thursday, April 6, 2017
DIY Chair Cover Simple,Quick and Easy | MATV
Sekian lama mencari cara yg lebih mudah menjahit sarung kerusi RBL,baru berjumpa video ini.
Nampak senangkan..ukur,gunting,cantum, jahit. SIAP.
Meneliti video2 yang lain ,tips yang diberi yg perlu diberi perhatian adalah BASUH dulu kain yang digunakan.
Terbaca dalam fb Kedai yang dudlu yang terkenal dengan GLOBE telah bernamakan SARAH Hughes Globe. Dan dari blog, kain kain cushion yang menarik boleh didapati dengan harga yang lebih murah dari tempat lain. Teringinnya nak jenguk kedai tu dan pilih fabrik yang sesuai untuk dijahit buat raya tahun ni...
Masa anak2 belajar di KL dan kita masih gagah,GLOBE tidak tertinggal dari menjadi kedai yang dikunjungi semasa melawat mereka disana. Lepas tu Globe hilang dimata dunia. Pertama kali jejak kaki ke Sarah Hughes tu pun masa kedai tu mula mula beroperasi. Kedai pun belum establish lagi. Tidak banyak kain untuk jadi pilihan, berlainan sekarang.
Kalau nak baca tentang jualan murah Sarah Hughes Globe boleh baca kat ↪ SINI
Boleh juga ke fb dia.
Mau sasar kalau cikson masuk kedai kain yang bergantungan,bergulungan kain dan fabrik begini
![]() |
| gambar pinjam |
Subscribe to:
Posts (Atom)



