Saturday, April 1, 2017

APRIL... fooooool

Add caption
March berlalu pergi
April pula menampak diri

April marks a terrific time of year with beautiful weather that yields blossoming gardens and springtime bliss. It’s a time of year for new beginnings. Days are longer and brighter with warmer temperatures. April is a favorite month for vacations, weddings and outdoor activities. April is so popular that parents have named their daughters after the month.

Banyak kenaangan dalam bulan April buat seorang aku.
Dilahirkan dan berkahwin dalam bulan ini. .... nothing significant. Kata bapaku bulan kita lahir juga selalunya bulan kita menamatkan hidup kita di mayapada ini.  Masih aku teringat dia rajin menyebut tentang ini..

April 1 juga digunakan orang untuk membuat fool atau prank. Dan bila terkena ,jeritan APRIL FOOL akan dilaungkan..Dan kita tak boleh marah tau.Kena sporting.

Seorang kawan bercerita bagaimana bapanya mengubah traffic sign utk bas stand malam April Fool. Besoknya semua penumpang menunggu bas ditempat yang diubah dengan wajah terpinga pinga. Tau  yang ubah tu kerja apa... certeka.. . Ini cerita zaman dulu dulu.Time tunggu bas dibas stand..

Banyak lagu guna Bulan April sebagai tajuk..In fact my favourite song has April in its lyrics or titles.
Google ajalah .



eh .. apahal lagu ni pula yang keluar..layan ajalah sebelum mula masuk dapur.Mana ada dia sebut April pun dlm lagu tu..

Ni bukan April fool..ni betul betul punya. GST yg kita semua kena dimulakan pada 1 April.

Friday, March 31, 2017

Salam Jumaat

Berharap moga Allah memperkenankan doa kita

The past may be dark
The present may be bleak
The future may be grey
Live anyway.

betul sangat
Salam Jumaat
Semoga berkat
Dapat apa yang dihajat
Namun kalau doa masih tersekat
Jangan patah semangat
Teruskan hidup biar bertatih bertongkat
Mana tahu disebalik awan kelam yang menyelubungi diri , banyak makrifat


Sentiasa berharap....

Thursday, March 30, 2017

Happy birthday momma Fahim dearie



Happy birthday Faten Nabilla  dearie


beautiful roses for you


Mama has lost words of what to say on this auspicious day of yours. Your born day on this 30th of March was much remembered when the stock delivered us a bundle of joy. It was a joy to have you dear. You who have blossomed from a tiny baby to become the darling of the siblings as well as mommy Chon and daddy Li.




Mrs Safuan  and mommy to lively Fahim,Happy birthday.









Wednesday, March 29, 2017

Jalan jalan padang besaq,jumpa buah staq, anak menakan tolong bayaq... rapuhnya krap krap...hehe


Sedapnya makan buah setar or staq as in local dialect. Krap krap. Buah pula datangnya dari Padang Besaq dan anak menakan pula tolong bayaq. Syukur Alhamdulilah.Thanks Apiz .

Fresh fresh buah buah ni
Manis,krup krup rasa bila di makan
Tak cukup syarat kalau balik Perlis, tak kunjung Padang Besar dan makan ikan bakar di Kuala Perlis. Yang lain tak buat tak apa,tapi kalau miss salah satu dari dua dua ni tentu rasa sedikit kecewa dan tak kena.

Nak jadi cerita, selepas majlis akad nikad petang Jumaat tu, kami terus ke Padang Besar. Was was juga rasanya kalau kalau kedai kedai dah tutup memandangkan jam dah hampir 5.Rupanya meleset sangkaan kami kerana kedai kedai masih meriah walau jam dah hampir enam.

Tak banyak dibeli tetapi aksi Fahim menarik hati. Lalu saja kedai toys, bising mulutnya minta mainan yg menarik hatinya. Akhirnya seekor monyet terpaut dilehernya dan sebiji bola terselit dibawah bajunya. Baru diam mulut dia.

Cikson tak beli apa apa. Cuma menemani anak dan menantu hinggalah mata terpandangkan longgokan buah buahan untuk jualan. Menanya harga buah setar buat cikson terdiam seketika. Mahalnya harga. RM 20 sekilo..Rupanya anak saudara cikson yang memerhati,terus mengeluarkan duit membayar harga buah utk mak saudaranya. Berkali kali cikson menolak. Kesiankan dia.
Takpa makngah, la ni biar kami tolong bayar. Makngah dah pencen..katanya.


Buag ni ada 2 jenis
Satu manis satu masam

Silap tak beli sekilo...bisik hati bila buah yang dimakan manis dan rapuh krap krap.
Apa lagi ya rugi kalau tak beli di Padang Besar
Toto , asam jawa, ikan bilis, sos tomyam kalau kena kedainya lebih murah dari ibukota. Tapi diseberang sana lagilah murah dari Pdg Besar sebelah kita. Tapi kami was was nak melangkah sempadan. Takut jadi apa apa tak ketahuan.

Ke sana juga selalu kami pekena pulut ayam . Kena juga betul kedainya kalau nak pulut ayam yang marbelos.

pulut ayam kegemaran
Antara barangan yang dapat dibeli disana..
Jajan kegemaran cikli
yang manis manis la yg digemari


Periuk belangan,mangkuk ayan
Kegemaran org perempuan

beg anyanman begini pun banyak terjual

Gambar gambar bukan dari handphone sendiri. Google saja .