Wednesday, March 29, 2017

Jalan jalan padang besaq,jumpa buah staq, anak menakan tolong bayaq... rapuhnya krap krap...hehe


Sedapnya makan buah setar or staq as in local dialect. Krap krap. Buah pula datangnya dari Padang Besaq dan anak menakan pula tolong bayaq. Syukur Alhamdulilah.Thanks Apiz .

Fresh fresh buah buah ni
Manis,krup krup rasa bila di makan
Tak cukup syarat kalau balik Perlis, tak kunjung Padang Besar dan makan ikan bakar di Kuala Perlis. Yang lain tak buat tak apa,tapi kalau miss salah satu dari dua dua ni tentu rasa sedikit kecewa dan tak kena.

Nak jadi cerita, selepas majlis akad nikad petang Jumaat tu, kami terus ke Padang Besar. Was was juga rasanya kalau kalau kedai kedai dah tutup memandangkan jam dah hampir 5.Rupanya meleset sangkaan kami kerana kedai kedai masih meriah walau jam dah hampir enam.

Tak banyak dibeli tetapi aksi Fahim menarik hati. Lalu saja kedai toys, bising mulutnya minta mainan yg menarik hatinya. Akhirnya seekor monyet terpaut dilehernya dan sebiji bola terselit dibawah bajunya. Baru diam mulut dia.

Cikson tak beli apa apa. Cuma menemani anak dan menantu hinggalah mata terpandangkan longgokan buah buahan untuk jualan. Menanya harga buah setar buat cikson terdiam seketika. Mahalnya harga. RM 20 sekilo..Rupanya anak saudara cikson yang memerhati,terus mengeluarkan duit membayar harga buah utk mak saudaranya. Berkali kali cikson menolak. Kesiankan dia.
Takpa makngah, la ni biar kami tolong bayar. Makngah dah pencen..katanya.


Buag ni ada 2 jenis
Satu manis satu masam

Silap tak beli sekilo...bisik hati bila buah yang dimakan manis dan rapuh krap krap.
Apa lagi ya rugi kalau tak beli di Padang Besar
Toto , asam jawa, ikan bilis, sos tomyam kalau kena kedainya lebih murah dari ibukota. Tapi diseberang sana lagilah murah dari Pdg Besar sebelah kita. Tapi kami was was nak melangkah sempadan. Takut jadi apa apa tak ketahuan.

Ke sana juga selalu kami pekena pulut ayam . Kena juga betul kedainya kalau nak pulut ayam yang marbelos.

pulut ayam kegemaran
Antara barangan yang dapat dibeli disana..
Jajan kegemaran cikli
yang manis manis la yg digemari


Periuk belangan,mangkuk ayan
Kegemaran org perempuan

beg anyanman begini pun banyak terjual

Gambar gambar bukan dari handphone sendiri. Google saja .




2 comments:

  1. Sedapnya buah staq... tapi mahai sangat tak tergamak nak beli.
    Rm20 kira buleh sangat.. kat sini sampai 40 lebih..
    Seronok pi padang besaq tapi masa makchaq pi bawak Nafisah.. tak boleh nak tengok apa.. dok gaduh nak balik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu dia aih harga sampai 40 ringgit kat tempat makchaq. Tgk harga 20 ringgit pun dah dan dan mati selera. Tapi rasa buah staq tu mmg sedap ... manis dan rangup .
      Time cuti mmg orang ramai. Harga mahal pula tu.

      Delete