Wednesday, March 29, 2017

Musim berubah...

Musim berubah
Kekabu pun berbuah
Hidup juga ada susah ada tuah
Ada yg nampak selesa hidup didunia
Semua berjalan bagai tiada apa masaalahnya
Ada yg berhempas pulas utk bernyawa dgn selesa

So true

Tuesday, March 28, 2017

Nina says it all...

Hi people,
Relax sat atas bangku ni sementara Luna tgh lena.
Its Nina's turn to pen a few words in this blog of mamason's @cikson @ mokjadeandell.



Its been hot lit lit kata oghang utagha. The heat dah full volume even when still early in the morning. Imagine at 9,nina and tam dah kena berlari lari semasa memijak simen luar RBL. Kadang kadang sedih benar nina anak beranak bila penat dan sakit berlari menuju pintu gelongsor ,tiba tiba cikson tak benarkan kami ke dalam. Kejam!

Jadi terpaksalah kami berdua lepak bawah daun daun pokok petola dan terung cikli. Nak lepak bawah pokok kelapak takut buah kelapa menghempap kepala. Nak ke bawah porch ada Luna yang cenge tak terperi. Nyampah! 

Hari minggu haritu, si Fahim and his dad n mom balik kampung. Nakalnya dia. Tak takut dengan Nina atau Tam. Di tariknya ekor kita.Dicubitnya badan kita ..eeeew sakit tau. Nakalnya!

Harini RBL dah kembali sunyi. Hanya tinggal ciksoncikli. Faten and her family dah balik KL bawa Fahim sekali. Dan bila begini cikson buka radio hiburkan hati. Selain mengaji dia dengar Gegar Pantai Timur dan India Beat. Lagu omputih kurang digemari . Filem2 pun dia tak berapa suka selain Discovery atau channel channel yang berinformasi. Berbeza dengan cikli yang suka sangat tonton wayang. Satu hari dalam kereta mereka berbicara...

HIM.. kat sini akan buka cineplex. Senang la nak tonton wayang.
HER: Eh malulah tua tua nak masuk panggung
Anak: Dulu tak ada pun semua ni. Boleh aja hidup.
HER: Ya la... panggung wayang pun dah masuk rumah .Bila tgk film ada pula cctv terakamlah kita punya aksi. Ternganga ka,terlopongkah . Ya la bila tgk movie tentu kita beremosi. Tak maulah kami..

See... cikli cikson rajin berdebat..Ada ada saja yang jadi topik perbualan.

Disekitar RBL sekarang ni, buah kuini masih ada lagi. Buah cermai pun dekat nak habis dikenduri. Buah kabu saja masih lebat dipokok . Tapi semua tu pokok pokok jiran sebelah. Rumah cikli masih kecil pokok pokok yang ditanam.Diseberang jalan,kawasan belukar dah ada perubahan. Dalam proses nak diclearkan. Katanya nak naik taman perumahan. Tak lama lagi hilanglah hijau dari pandangan atas nama pembangunan....KESIAN!
seberang sana begitulah keadaanya

Musim menanam belum mula


Hijau diseberang bila sawah ditanam semula
Buah buah kabu pun dah bertukar warna
Dari hijau ke coklat pula
Tanda musim buat bantal dah tiba

Thats all folks celoteh Nina utk kali ni. Lain Selasa kita jumpa lagi.



Ni kawan sebelah rumah
Bertampung macam Pong yg arwah
Tak boleh tengok orang senang
Mula lah nak mai menumpang




Being lonely is my choice dari beramai tapi penuh dengan ragam yang tak
menyenangkan... mungkin itu kata nina...




Monday, March 27, 2017

Bila pengarang jantung balik kampung,


Khamis lepas cikten's family balik kampung bersama sikecil Fahim Zaidan. Cuti sekolah dapatlah si ibuayah bawa cucu balik jumpa tok dan wan sambil bermesra dengan ninsandaq ,Tam dan ayam ayam peliharaan neneknya. Juga ikut rombongan makan kenduri acik Fahmi.

Selepas beberapa jam dalam kereta, RBL mereka tiba bila senja dah menginjak malam. Mujur sempat ciklicikson balik dari rawatan di Alor Setar.

Keletah sunggoh budak baru dapat berjalan. Maka sebelum dia pulang,atok dah susun atur perabot ikut kesesuaian. Dapat dijangka apa yang akan dibuat cucu . So tiada lagi jambangan bunga menghias meja atau pinggan mangkuk yang dapat dicapainya. ... haha itu pun tak menang mengawal pergerakannya yang minat menjelajah segenap ruang rumah.

Banyak juga aksi yang menggelikan hati. Respon dia bila tuntun Maharaja lawak pun melucukan. Beria sunggoh macam dia faham apa yang dilawakkan.
Dengar lagu dah pandai menggayakan aksi tangan dan kaki..Makan pu nak buat sendiri. Biskut 2 biji tak lekang dari tangan utk dikunyahi.
Aksi si cilik

Nama saya Muhammad Fahim Zaidan 

Lihat! tak jatuh kan.



Tak sempurna balik kampung kalau tak menjamu selera di Kuala. Malam Jumaat kami ke sana selepas maghrib dan hujan reda. Malangnya sampai Koma jalan jam pula. Maka buat u turn cari restoran yang lain . Tempat yang dicari alahai tak beroperasi lagi. Singgah di Arip. tengok ramai pelanggan menunggu dimeja ,kami ubah tempat pula. Tak sanggup menunggu lama lama. Dan akhirnya nun di Behor Pulai baru jumpa untuk makan malam yang tertunda.


Semalam,sekali lagi kami ke Kuala. Mujur mudah urusan mendapat parking,mengorder makanan dan segalanya. Puas dan geli hati tengok gelagat Fohim yang tak henti henti menyuap ikan ke mulutnya. Siap tepuk dada sendiri bila tersedak air yang diminumnya. Lepas kenyang dia bersandar  badan dikerusi dengan wajah penuh kekenyangan. That boy has learnt a lot since we last saw him.

Subuh subuh Ahad keluarga cikten dah bertolak balik ke KL. Semoga dipermudahkan urusan mereka dan selamat dalam perjalanan. Bila la pula atok dan wan dapat bertemu cucu kesayangan. And gelagat dia yang aktif dan cerdik itu tentu akan terbayang bayang... Love u Fahim and family. Thanks aten and safuan for everything. Love u all.

makan nak sendiri..

Having a ride in the trolley 

Ketawa gelihati..

Wishing more Zaidans or Zaidahs . By the way,my youngest sister too has become a tok with the arrival of newborn cucu...a girl. Tahniah .

Sunday, March 26, 2017

Acik Fahmi's wedding in pictures...part 2


Tak puas rasanya menulis ttg acik Fahmi's wedding tempoh hari.
Dicelah celah riuh rendah keluarga pengantin lelaki berkumpul,terselit ciklicikson dan cikten's family.
Maaf ya dik Han and Lan, kami jenguk2 kejap aja sebab kesihatan yang tak berapa nak ok la ni. Ada saja  yang menyinggah di usia senja senja begini. Dah tak berapa nak boleh ke tengah ketepi...huhuhihi.

For remembrance sake , cikson kutip gambar 2 dari fb dan talipon  juga wassap buat kenangan di hari muka. Layaaaan saja ya..

cantik Ili macam puteri kayangan
keluarga kecil cikson bersama pengantin dihari perkahwinan

belah lelaki di hari kenduri 

Tuan Hj Roslan dan Hjh Hasnah se famili.
 Bertambah ahli keluarga sorang lagi

hantaran perkahwinan......tunang dan akad nikah


hari akad nikah
Semoga rumahtangga yang dibina dirahmati Allah.
berbagai ragam keluarga cik Lan

Ni mak dan mak mak menakan
Cikson yang paling tembam..
Yg didepan cikson,mak pengantin yang diraikan...cik Han
Gambar gambar dari fb,wassap dan Asus sendiri . Yang kena cilok tu makngah mohon izin.

Hari Jumaat dan Sabtu yang penuh bererti..jumpa lagi 29/4 di Sungai Petani.