Sunday, March 26, 2017

Kenduri kendara cuti sekolah.... makan2 sampai mengah. Acik Fahmi dah beristeri.


Meriah ya cuti sekolah kali ni. Sana sini orang makan kenduri. Tak terkecuali Perlis yang tengah hangit lit lit ni.

Kali ini selain kenduri kawan rakan, ciklicikson ikut sekali berombongan kenduri anak menakan. Tak jauh dari rumah , sat saja naik kereta kata orang moden. Orang orang dulu kata sehembus asap rokok nipah saja sampailah destinasi ditujui.

Acik Fahmi dah kahwin . Anak bujang adik cikson bertemu jodoh dengan orang Perlis. Orang Padang Pauh to be exact. So last Friday, kami berarak ke rumah pengantin perempuan disebelah pagi untuk majlis sarung cincin pertunangan. Dan di sebelah petang pula berombongan sekali lagi untuk majlis akad nikah. Punctual sunggoh tok kadi yang by 3 dah sampai dirumah pengantin perempuan.

acara pertungan sebelah pagi
cincin disarung 

debar dadanya dipetang hari
Sat lagi nak goncang tangan tok kadi



Dua kali akad .... sah jadi suami

Pengantin perempuan Eli namanya
Baca jangan tak baca ya acik Fahmi


Ha ingat tu...suami isteri kena sayang menyangi
Santun menyantuni
Bertolak ansur dan seribu satu macam lagi ...
baru kekal jodoh macam kami ...hihi.
 Jauh bezanya dengan tok kadi yang menikahkan anak cikson. He went MIA sampai kami nyaris nyaris hilang kesabaran. Panggilan talipon tak dijawab,dicari ke rumah tak ada sedangkan pihak lelaki dah lama sampai ke rumah. Katanya sesat... hihi . Perlis kalau sesat dan rumah pula tepi jalan bukan alasan yang kukuh pak imam oooi. Lagipun mesti diari dah catat venue dan masa nak pergikan. By maghrib baru nampak dia terkocoh kocoh tiba dan menyelesaikan tugas yang diamanahkan. Just imagine resah tuan rumah menunggu pak imam yang tak tau ke mana selama hampir 1 jam lebih. And not long after that, I heard he was kicked off his job. Eh... cikson tak komplen pun kat Jabatan Agama tau....keluarga lain yang buat agaknya. Dan bila ada petition utk dia kekal dalam jawatan dia.sorrylah..


Itu saja cerita cikson makan kenduri. Bulan 4 ni ada continuation lagi. Bye....

Saturday, March 25, 2017

Sakit demam macam bersiri...


Pagi pagi subuh safie bertolak dua suami isteri menuju destinasi. Jalan lengang kerana tgh cuti. Matahari pula sedang bersiap diri . Menjenguk alam sebelah khatulistiwa dipagi hari. Silau mata dipanahi cahaya dan memandu kereta pun jadi ke tengah ke tepi.

Destinasi pertama sampai tiga suku jam kemudian. Bangunan tersergam Hospital Bahiyah kami terjah. Tapi nak dapat parking tu yang sedikit payah. Nun... ditengah padang yang becak dan lecah.

Melewati Wad di Raja yang serba mewah kami redah bangunan hingga ke lif utk tingkat atas. Tingkat 2 sedangkan kalau bangunan lain ini baru tingkat satu. Menjenuk bilik 74 seperti diarahkan ,cikli terima perkhabaran.
Mesin scan rosak lah pakcik. Sila ke Hospital Besar Alor Setar untuk rawatan.
Aduhai... jabatan kerajaan sekarang ni penuh dengan berbagai kerosakan. Mesin apa entak Kementerian Pendidikan hari tu pun rosak hingga menunda tarikh pengumuman analisa pep. SPM. Tak ada peruntukan nak beli baru atau baiki.
Bumbung resident pensyarah Matrikulasi Pahang pun masih dok bocor hingga sekarang. Tak ada peruntukan nak baiki. Rosak dan tidak dibaiki dah macam trend terbaru la ni nampaknya.And this is just the tip of the iceberg...

Well... we soon found ourselves at the foodcourt bertiti ala cerita P. Ramlee. Namun sedikit kecewa niat dihati nak berjamu selera dengan lempeng bakar ikan temenung tidak kesampaian. Tuannya bercuti makan kenduri...

Rawatan cikli kali ini sedikit kucar kacir akibat silap tengok tarikh. Mujur by 1.00 selesai dan kami pun pulang... sekian cerita cikli dengan sakit matanya.. Kaki pula lain cerita. Mujur kali ni siisteri masih boleh gagahi membantu.

Kalau sakit dua dua tentu susah. Masih teringat kata seorang isteri menemani suami bila kami saja yang tinggal dalam ruang menunggu.
Kalau kita pun sakit, kelam kabut . Dan paling malang kita disuruh balik rumah saudara mara. Takkan naya. Kita  jaga dia tapi bila kita sakit dia pun tak endah saja..... aku tersenyum saja mendengar luahan perasaan dia yang hampir sebaya ku... Dah kena pun...


Thats all folks nukilan kisah sakit demam semalam..Bye. Enjoy your holidays dearies.
Sepanjang jalan dipagi itu..

Bila kaki lebih besar dari badan...

rasa macam dok dibulan

Cikli mendaftar untuk rawatan..


Wednesday, March 22, 2017

WW...a picture or video speaks volume


Tadi tertengok satu situasi yang buat aku terfikir sejenak
Si ibu memerah keringat
Untuk mengisi perut sianak yang lapar sangat
Tapi ..... nampak gaya tak semua anaknya mendapat bahagian yang sama rata
Yang kuat menepis yang lemah tenaga
Yang manja menggoda dapat merebut bahagian yang lebih besar dari sepatutnya.
Jenuh si ibu memikir bagaimana untuk melayan semua sama rata.


betul juga..

Tuesday, March 21, 2017

Its cuti time... ninasandaq tunggu tetamu

Its cuti time. Masa menunggu sanak saudara balik kampung.
Tentu riuh rendah bila semua berkumpul beramai ramai .
Tapi lain pula rumah cikson dan cikli. Sunyi sepi. Tak ada sapa pun yang mari.
Maka tak dapatlah nak bermanja manja dengan tetamu tetamu yang selalunya baik hati.
Hari Jumaat nanti baru ada tetamu katanya. Kita lihatlah siapa yang akan menyapa kita. Ada yang ramah membelai bulu2 Nina dan Tam tapi ada yang menyombong tak terperi. Nampak saja Nina n Tam bersantai dilantai dishoo shoo nya kami keluar. Eh..benci.

Jemu la... sapa pun tak balik


Hari sebelum cikson ada menulis tentang berholiday bila holiday. Especially kanak kanak sekolah. Time ni lah dapat lihat pemandangan berbeza dari biasa. Yang duduk KL tu pakat pakatlah mai Perlis. Tapi jangan terkejut la ni,Perlis tgh hangat dan hangit. Petang hujan .

Musim harum manis pun katanya dah bermula April ni. Tapi ada juga buah sesat sebelum April. Kawan cikson ada yang jual sekilo 28 ringgit. Sekilo tu adakala dapatlah 2,3 biji. Beranikah nak beli dengan harga tu. Cikson selalunya tak membelilah kalau harga begitu mahal. Tak kempunan pun katanya...lagi pun buah harumanis pokok dia sendiri dah berputik. .. Minta minta tu berjayalah buah itu membesar dengan elok hingga ke sudahnya.

haha.... kemetot saja pokoknya..
dah galak berbunga


Ha... tgk ni. Menteri Pendidikan pun syorkan pergi holiday u all.


Thats all folks from Nina. Bye.

Ninasandaq