Pagi pagi subuh safie bertolak dua suami isteri menuju destinasi. Jalan lengang kerana tgh cuti. Matahari pula sedang bersiap diri . Menjenguk alam sebelah khatulistiwa dipagi hari. Silau mata dipanahi cahaya dan memandu kereta pun jadi ke tengah ke tepi.
Destinasi pertama sampai tiga suku jam kemudian. Bangunan tersergam Hospital Bahiyah kami terjah. Tapi nak dapat parking tu yang sedikit payah. Nun... ditengah padang yang becak dan lecah.
Melewati Wad di Raja yang serba mewah kami redah bangunan hingga ke lif utk tingkat atas. Tingkat 2 sedangkan kalau bangunan lain ini baru tingkat satu. Menjenuk bilik 74 seperti diarahkan ,cikli terima perkhabaran.
Mesin scan rosak lah pakcik. Sila ke Hospital Besar Alor Setar untuk rawatan.
Aduhai... jabatan kerajaan sekarang ni penuh dengan berbagai kerosakan. Mesin apa entak Kementerian Pendidikan hari tu pun rosak hingga menunda tarikh pengumuman analisa pep. SPM. Tak ada peruntukan nak beli baru atau baiki.
Bumbung resident pensyarah Matrikulasi Pahang pun masih dok bocor hingga sekarang. Tak ada peruntukan nak baiki. Rosak dan tidak dibaiki dah macam trend terbaru la ni nampaknya.And this is just the tip of the iceberg...
Well... we soon found ourselves at the foodcourt bertiti ala cerita P. Ramlee. Namun sedikit kecewa niat dihati nak berjamu selera dengan lempeng bakar ikan temenung tidak kesampaian. Tuannya bercuti makan kenduri...
Rawatan cikli kali ini sedikit kucar kacir akibat silap tengok tarikh. Mujur by 1.00 selesai dan kami pun pulang... sekian cerita cikli dengan sakit matanya.. Kaki pula lain cerita. Mujur kali ni siisteri masih boleh gagahi membantu.
Kalau sakit dua dua tentu susah. Masih teringat kata seorang isteri menemani suami bila kami saja yang tinggal dalam ruang menunggu.
Kalau kita pun sakit, kelam kabut . Dan paling malang kita disuruh balik rumah saudara mara. Takkan naya. Kita jaga dia tapi bila kita sakit dia pun tak endah saja..... aku tersenyum saja mendengar luahan perasaan dia yang hampir sebaya ku... Dah kena pun...
Thats all folks nukilan kisah sakit demam semalam..Bye. Enjoy your holidays dearies.
Sepanjang jalan dipagi itu.. |
Bila kaki lebih besar dari badan... |
rasa macam dok dibulan |
Cikli mendaftar untuk rawatan.. |
Semuga ALLAH beri kemudahan dan kesembuhan buat CikLi...
ReplyDeleteMemanjat usia lebih memang kadang2 tak kita yg sakit.. pasangan kita pula sakit...
sama2 saling teman meneman...
Doanya janganlah sama2 sakit...
Akak,
DeleteSo long no see. Akak sihat? Mudah mudahan masih di pinjamkan kesihatan yang baik utk kita.