Wednesday, January 11, 2017

WW..bangun pagi baca buku

Hullo acik acik,dah bangun tiduq?
Assalamualaikum semua.


Pagi pagi fohim baca buku
Cepat pandai,kata ibu
Tak mau jadi macam pak cik pakcik tu
Alif kata batang kayu
aeiou
pun tak tahu
Malu...




Tuesday, January 10, 2017

The gloomy days are over,the sun is here. Faiz won Puskas! ( updated and rectified)


(Posting ni ku buat dan terus publish. Tak kisah salah nahu dan vocab yg berterabur. Harini aku perbetulkan salah salah yg ku buat sendiri. Haha... malu pula cikgu BI pun tak semenggah mana BInya. Nanti ada yg fikir....eh,patutlah hancur BI murid,cikgu BI pun teruk ...)

The sun is bright and shining strongly in the east overwhelming RBL with her lights.It is warm even at 8 am in contrast with a few days of intermittent  rains lately. Fear crept into my mind should Perlis be flooded with the like of what happened in the east coast.

Last night,after isya' I crept into bed and slept. It was an early to bed early to rise plan of mine. But at 1.40 I woke up to the sound of tv being on. Saw cikli in the dim light watching tv.
Oh no... Its Puskas night. And its Faiz in the limelight.!
Joined cikli watching the prize and award giving ceremony being aired on tv Arena,Astro from faraway Zurich.
It was 2 but the award is far from being over. Dropping to sleep on the couch when they announced the voting is over.
Drumroll....
Faiz and his acceptance speech


At last..anxiety over. Muhd. Faiz Subri was the winner of the prestigious Puskas Award for the best goal in 2016. His physic defying shot shot him to stardom and made us Malaysians grinning to the ears.
Literally,cikli and I jumped from our seat and clapped our hands. Proud of him we were.
Resplendent in his suit and bow tie,Faiz made his way to the stage. All eyes on him.We  waited with bated breath when Faiz was seen flicking his gadget. Searching for his winning text no doubt.
At last with tremor in his voice,Faiz read out his prepared text to the world.Stumbling here and there.

Takpalah Faiz... your English might no be polished but you made us proud!
Aku pun kalau disuruh cakap on that stage mau lintang pukang BI ku yg mmg sedia berkarat dah.That experience I had one day during a course was  a lesson in itself. How I stammered and gulped to finish my presentation...haha.

Managed to take a few shots from the episode . Went to fb and uploaded . Congrats Faiz.
So...who said we Malaysians and bangsa Melayu hanya layak menghiasi berita tak senonoh saja.
Anak2 Melayu... kamu ada kekuatan kalau ada kesungguhan. Anak muda yg sedang menyiapkan PHD salah seorang saintis yg menemui lubang apakenentah dlm system universe. Hebat kan!
Hope Yuna won the globe award ( betul ke namanya) yang dia telah dicalonkan.

Anak anak yang memanjat Ipoh,crane dan menara telekomunikasi itu harapnya dapat melakar sejarah menang apa2 award.
Iron Man ke
atau menang dalm satu pertandingan yg aku selalu tonton dlm tv...eh lupa pula namanya.

Malaysia boleh!

Didnt know the lady was Eva longaria..

Ronaldo kan ni..announcing the winner of the Fifa Puskas Award
The winner is ..Moods Subri


nampak getar diwajahnya
Nampak handsome di penampilannya

Yang diimpikan ...bersalam dgn Ronaldo.

Masing masing menunggu...

Apa yang kau cari... Faiz

Lega....

Stadium...di Zurich
Filem Sangam shoot kat sana
Cantik sunggoh negaranya

Monday, January 9, 2017

Bila malas,call depa..

Bila malas call depa.
Depa?
Siapa?
Depa tu anak anak dan adik adik yang menjalankan food delivery dan lain lain kat Perlis.
Nak tau,macam macam depa niagakan.
Dari lauk pauk,kuih muih,ubat kurus, baja pokok semua ada.

Malas masak ,malas keluar,cari saja kat sini
Tapi kena jadi ahli
Yang terbaru cikson cod ayam mango. Sedap juga rasanya dan untuk RM 8.00 se set,portionnya agak lumayan. Senyum manis adik yang datang menghantar ayam mango tu. Ibu muda yang akan mengambil anak di sekolah Jumaat hari tu. Selain set nasi ayam mango, tortilla pun dia usahakan.Nanti2 boleh cuba.

Dah cuba dua kali.
Sedap kata cikli




Sebelum ni cikson suka ayam grill kawan anak. Lapaq chicken nama productnya. Masa order tu ramai ada dirumah. Dan untuk satu whole chicken berharga 25 ringgit berbaloi rasanya. Apatah lagi cikson masak tambahan nasi minyak, sambal telor dan acar nenas n timun. Semoga usaha anak ini mendapat kejayaan dimasa datang.
Ni kawan cikna punya
Sedap dimakan begitu saja

Selain ayam,cikson pernah berurusan menempah tart untuk hantaran. Dengan harga 40 + bolehlah .
Nampak menyelerakan..

Oh ya... bukan makanan saja yang boleh call call. Nak senang jadi ahli grup Perlis Food Delivery.

Baru2 ni terserempak dengan servis hantaran barang basah ke rumah. Mereka disini...Nanti boleh cuba.
Nak beli sayur dan ikan
Panggil saja depa hantarkan.


Nak basuh rumah pun dah terjumpa mereka yang menawarkan servis.
Tunggu nak panggil untk cuci no 7 dah lama ditinggalkan begitu.

To sum up... semua dihujung jari sekarang ni. Tanya mr google apa apa yang terbuku dihati.



Well done,guys

Pagi ini matahari menampakkan wajah seawal pagi selepas 3,4 hari bersembunyi diri.
Eh.. dah hari Isnin minggu kedua sejak sekolah dibuka.
Pagi pagi terdengar enjin kereta dan deruman dijalanraya menandakan hari bekerja buat yang belum capai umur bersara.

Pagi pagi ni terimbau kembali suasana assembly . Perhimpunan pagi Isnin yang kalau tak hujan mesti kadang kadang lebih panjang dari masa yang diberi.
Semasajadi guru penolong, tugas mengendali perhimpunan termasuk dalam takwim . Jadi mau tak mau,ketar tak ketar, ke depanlah kita membuat hebahan dan menjemput yg lain buat ucapan.
Dan bila jadi Penolong Kanan,berucap diperhimpunan jadi lebih kerap. Dan bila menyandang jawatan ketua yakni GB atau headmistress ,berucaplah kita setiap minggu without fail.Tak kiralah hari tu suara semput atau pening kepala.

Dan satu yang sangat suka cikson buat adalah mengumumkan kejayaan sekolah kita. Kita rasa bangga tak terkira kalau sekolah beroleh kejayaan walau pun dalam bidang apa saja.

Sekolah akhir cikson, SK Sena memang banyak kejayaan yang ditempa masa cikson bertugas disana. Memang dah jadi tradisi sekolah mencebur dalam bidang yang mendatangkan faedah pada warga Sena. Jadi,walau sekolah lain tak ambil bahagian,kami di Sena peka dengan pertandingan pertandingan yang ada  . Jadi tak hairanlah, kami jadi juara lompat tali hingga ke peringkat kebangsaan. Ada lain lain pertandingan lain yg cikson lupa namanya. Kami berjaya jadi juara. Dan yang jadi tulang belakang adalah seorang ustazah yang sangat berdedikasi. Usatazah Muainah. Terbayang cikson susah payah cikgu2 menyediakan murid2 utk pertandingan2 itu. Dan cikgu2 semua banyak membantu.Tidak kira cikgu BI atau Bahasa Melayu.
Aduh... sweetnya memories di situ. Ada juga bertanya macam mana cikson dapat tackle cikgu supaya mendapat kejayaan kejayaan itu.
Dan akhirnya... satu kejayaan paling sweet adalah pengurniaan Sekolah Kluster Kecemerlangan pada Hari Bersara cikson.... sempat merasa sweetnya dan indahnya rasa menjadi sekolah kluster pertama sekolah rendah Perlis. Dan paling sweet bila Tuan Pengarah sendiri memberi penghargaan..juga MB ketika itu.

Semoga SK Sena, SKTTB dan SK Kayang yang pernah cikson terajui mengungguli kecemerlangan 2 ini. Teruskan usaha adik adik .

Dalam banyak2 berita yang mewarnai media adalah kejayaan kejayaan anak Malaysia. Well done guys.
tahniah ...

tahniah and good luck Faiz

Tahniah

Tahniah..


Sebenarnya anak Melayu tak kurang genius dan hebatnya. Well done guys.

Semoga anak ini juga membesar jadi rakyat yang berjasa pada ibubapa,negara dan agama.
cucu yang sedang lincah belajar berjalan dan bercakap.