Sunday, January 8, 2017

40 tahun berlalu..

Cerita berlaku 40 tahun dahulu.
Dia rasa dunia telah fana. Akibat angkara yang dilakukan. Pengebom berani mati kerja dia ni. Maka untuk kepahlawanan dia, dia diberi penghormatan.Penghormatan teringgi. Diangkat menjadi wira negara. Disambut pulang dengan segala keraian yang ada.
Namun... itu semua tak bermakna. Dia sedar apa yang dilakukan. Beribu nyawa terkorban. Yang tidak berdosa terlibat sama. Anak2 bercerai dari ibu bapa. Rumahtangga yang harmoni porak peranda.
Dan dia mengambil keputusan untuk bersara. Bersara dari dunia ini.Pergi menemui pencipta yang esa,.
Hari itu adalah hari Pahlawan negaranya. Dia keluar dari hotel penginapan dan menyelusuri jalan. 'Alam ini aku nikmati untuk terakhirnya'. Kerana balik nanti,pistol yang tersimpan dalam laci akan digunakan.
Dia berjalan dan terus berjalan. Hujan turun.
Kakinya melangkah menuju tempat berteduh.
Dibawah teduhan,dia berkongsi dengan seorang wanita yang wajahnya nnampak tidak ceria. Berduka.
'Kenapa berduka,boleh cerita'...dia memberani diri bertanya ,bila melihat air mata.
Di panjang cerita, mereka bercerita tentang kesusahan mereka.
Si gadis dipaksa menikahi seseorang yang bukan pilihannya.
Dipendekkan cerita, si pemuda tidak jadi membunuh diri bila dia kembali kebilik hotelnya yang dingin.
Besoknya dan hari2 berikutnya dia merayau ditempat yg dia bertemu gadis itu.
Setahun lamanya dia menunggu.
Akhirnya dia bertemu jodoh. Bukan dengan gadis berwajah suram yang ditemui. Namun isteri dan anaknya meninggal dunia. Tinggal dia seorang diri.
Dia teringat kembali gadis bawah beranda yang ditemui 40 tahun dahulu. Facebook dia layari namun tidak berjumpa.
Akhirnya dia menulis surat kepada gadis yang menyelamatnya dari membunuh diri.
Berjayakah dia menemuinya...

Kenapa ya selepas 40 tahun , kenangan yg dilalui tersemai kembali.
Aku terbaca  a letter to the woman I met 40 years back di fb. Cuba mencarinya kembali namun tidak berjumpa.

40 tahun lebih dahulu seorang anak muda menanya kepada seseorang kenapa menangis dalam bas.Setelah kembali dari piknik di tepi laut. Tapi gadis itu tidak memberitahu apa2. Hanya menggeleng kepala.
Entah apa jadi pada mereka...
Yang pasti ,masing masing tidak pernah bertanya kabar. Si gadis punya kehidupan sendiri, dan si teruna yang bertanya pun mngkin tidak ada perasaan apa2.
40 tahun kemudian, kenangan itu menjentik hati kembali.




solitary shadow

solitary bench

solitary bird

solitary president


Saturday, January 7, 2017

Hujan Sabtu


Sejak malam hujan turun tidak berhenti
Rasa susah hati
Takut2 melarat jadi banjir pula nanti

mendung sepagian
Jam 7  pagi...hujan masih tak berhenti
Matahari pun tak nampak diri
Sejuk ,tarik selimut tentunya yg tidak berkerja hari ni.

Sejuk hati bila baca berita tentang sorang menteri
Orang miskin macam kita tak kena GST
Dapat Brim boleh terus beli iriz sebiji
Ekonomi negara akan kukuh suku ke tiga tahun ni

Sejuk hati juga tengok gambar sorang  berposing depan meja judi
Nak kata apa kan... itu ikut suka hati diri sendiri
Yg dok bagi ulasan negatif tu tentu pihak yg sakit hati
Tak boleh tgk orang lain senangkan diri.

Hujan pagi Sabtu
Aku cuma aku
Seorang pesara yg hanya tinggal sisa masa
Melihat semua berlaku dengan mata berkaca
Anak kecil ditinggal seorang diri oleh ibunya
Tiga tahun apalah daya dia
Untuk survive seorang diri di dunia

Hujan
Pagi pagi Sabtu
Baca cerita ,berita adakala bawa ceria .adakala duka.
Adakala bawa nostalgia.

Bye.






rintik rintik hujan di daun




Friday, January 6, 2017

Eh... mana resit ?

Menghantar cikli ke klinik selepas sejam di Proton Service,aku terus ke rumah adik ipar di taman berdekatan
Beberapa kali panggilan dilaung,namun tiada respon. Sahlah mereka tiada di rumah.

Hmm.. apa nak buat dalam waktu terluang ni, aku bercongak congak langkah yg akan ku ambil.

Kedai stationery menarik perhatian. Cari colourful stick on divider,namun tidak kedapatan. So sebatang pen dibeli walau keperluan kurang mendesak untuk ini.No resit given.. oklah sebatang pen saja yg harganya 1,50 sen.

Keluar dari situ,kedai hardware aku tuju. Wire mesh yang nak ku beli tidak terjual. Yg ada 11.50 se meter. Aku mencari yg murah. 4.5 ringgit semeter pun ok dah. Entah bagaimana aku tertarik nak melihat dagangan didalam kedai. Melangkaui rak2, aku capai berus bilik air, kertas pasir,cat sembur, sprinkler head . Jumlah 46.00 _+. No resit diberi...

Ambil cikli dan ke kedai diseberang jalan kami gagahi. Niat nak cari wire mesh lagi. Tapi tak terjual lagi. Di sebelah kedai barang plastik kami tuju. Round kedai,barangan ini kami capai. Periuk kecil, plastik sampah,pengepit baju, pemerah buah serta dua tiga barangan lagi. Note 50 ku hulur. Lebihan diterima. Namun resit juga tiada.

Kenapa ya... kenapa kedai2 hari ini tak issuekan resit untuk belian. Aku jadi hairan. Adakah itu peraturan baru yang tak ku tahu. Atau aku yg dah jadi lembu. Membisu. Bagaimana kalau barang yg ku beli ni ada defect. Macamana nak tukar.

Balik ke rumah,aku masih tertanya tanya... adakah ini satu cara elak GST?
Lain kali aku kena pasti. Mana resit utk belian2 yg dibuat .
Berapa keping papan ya utk buat sebuah rumah.
Bata2 pula berapa GST
Paku,tiles...tentu kena lagi
Setiap bayaran... kena tanya
Eh..mana resit?

Di masa ekonomi tak bagus begini,kita sebagai pelanggan kena hati hati.
Ke pasar besar hanya sesekali.
Itu pun berbelanja yg betul2 perlu saja.
Tiada lagi branded and overseas mari goods menarik hati.
Yang promosi,clearance, atau home brand saja yang kami beli.

Tertonton Hassan Ali. YB.
Haaa...saya tak kata,depa yang kata. Itu pembuka kata. KSN yg dituduh rasuah punya angkara. Macam2 imbuhan dia terima. Keluar negara buta buta org belanja. Seronok nooo depa.Hidup mewah macam duduk dalam sorga. Kita?  Nak makan pun tgk harga.

Semalam,or dua tiga malam dah. Tangki air buat kerenah. Hai ada ada saja . Cikli ke kedai hardware beli papan. Sekeping harganya 43.00. Dengan GST 46.00. See sekeping papan cukai 3.00. Sebuah rumah ,Banyak mana GST yang kena.
Aduhai...perit no hidup kita.

Secebis luahan hati...yg makan hati. Harga barang yg meninggi.Silap2 kena tifoooooo lagi.

Thursday, January 5, 2017

DIY...nasi goreng sambal belacan

 Selepas majlis malam tu ,kami dibekalkan lebihan makanan. Selalunya begitulah kalau ke rumah itu. Sejak arwah ipar masih ada,kepulangan dari rumahnya mesti berbekal.

Malam itu kami balik dengan nasi se tupperware,sambal belacan seplastik dan ikan goreng.
Semuanya masuk fridge malam tu.

Tengah hari,aku berkira kira apa nak dimasak
Oh well...apakata kita makan nasi goreng saja.

Maka terhasillah nasi goreng sambal belacan yg cikli suka.

Goreng bawang merah dan bawang putih hingga naik bau wangi



Masukkan 2 ,3,4 camca sambal belacan


Tumis hingga cili dah ok kegaringannya

Masukkan telor yg dipukul terlebih dahulu.
Kacau bagi dia hancur sebati. Sebati betul.

Masukkan udang ,masak hingga masak.
Masukkan ikan goreng yg sudah direlaikan isinya.
Masukkan sayur pilihan.
Ni tip nasi bagi dia tak melekat lekat tapi berderai
Nasi kena simpan dalam peti sejuk dulu.
Renjis,satukan kicap kalau mahu
Kalau tidak garam pun ok dah tu
Masukkan nasi dan adunlah semau mu..
Ni lah rupa nasi goreng sambal belacan cikson

Sambal belacan yg banyak tu cikson deep freeze.
Dah siap digunakan utk masak pindang ikan anak bilis
Juga buat goreng udang berbawang...
Zaman ekonomi down la ni, jgn membazir
Use to the last drop...itu motto cikson. Bye.