Malam itu kami balik dengan nasi se tupperware,sambal belacan seplastik dan ikan goreng.
Semuanya masuk fridge malam tu.
Tengah hari,aku berkira kira apa nak dimasak
Oh well...apakata kita makan nasi goreng saja.
Maka terhasillah nasi goreng sambal belacan yg cikli suka.
Goreng bawang merah dan bawang putih hingga naik bau wangi |
Masukkan 2 ,3,4 camca sambal belacan |
Tumis hingga cili dah ok kegaringannya |
Masukkan telor yg dipukul terlebih dahulu. Kacau bagi dia hancur sebati. Sebati betul. |
Masukkan udang ,masak hingga masak. Masukkan ikan goreng yg sudah direlaikan isinya. Masukkan sayur pilihan. |
Ni tip nasi bagi dia tak melekat lekat tapi berderai Nasi kena simpan dalam peti sejuk dulu. Renjis,satukan kicap kalau mahu Kalau tidak garam pun ok dah tu Masukkan nasi dan adunlah semau mu.. |
No comments:
Post a Comment