Wednesday, January 4, 2017

I know where you went RM...



all through the years,these notebooks are the testimony of your being, RM

Haha... could give u nightmares seeing where you are heading to

May be wise sayings could guide 


Could start with this kind of project..but joting about you RM




RM... tiada kaitan dengan manusia hidup atau mati. Namun manusia akan setengah mati kalau tiada RM.

Hari ini saja budget ku ke laut. Thats why I tried not to go out.
Ke kedai hardware,...sprinkler , cat spray, penyapu ku kaut
Ke kedai plasticware... mcm2 yg berkenan
Ke Proton Service Centre, urus iriz service berkala
Besok satu lagi perkara yg menguruskan tabungan perlu di buat. Nak buat sendiri tak berdaya nak panjat. Tak dibuat alamat tak berairlah rumah ku,sahabat.

Namun,bila tahu ke mana RM ku laburkan, taklah aku mati kutu tak tau arah tujuan.

antara catatan yg dibuat.

Hadiah bila service kereta

Kalau tengok macam minyak pelincir saja
Rupanya didalam bermacam tools ada
Makcik suka




Tuesday, January 3, 2017

Nina writes...

Cuaca suram saja harini
Bagusnya tidaklah RBL panas berdehang, peluh menitik tik tik...bak kata mamason aka cikson.
Petang tadi hujan sikit2 membahasi bumi. Tapi sekejap saja dia berhenti. Di hujung sawah far in the horizon,awan kelabu alamat nak hujan.Kalau tak sat lagi malam ni.

Sebentar tadi cikson keluar ke laman. Menegang wire mesh yang telah lusuh ditelan zaman. Nina lihat dia membentang wire mesh kelabu,menggunting dan merentangnya di pagar besi.

Eh...awatlah dia sibuk dok tutup pagar besi tu dengan wire mesh.
Tentulah ada sebab kenapa dia buat begitu kan.
Asalnya wire mesh ni begini...warna warni



Koyak rabak dah wire mesh ni
Harini cikson ganti yg baru.
Di Kelantan dan Trengganu cikson kata banjir dah melanda. Banyak pekan dan kampung kena bahana. Lebih buruk lagi bila di Thailand sana mereka melepaskan air dari empangan pula. Awat tak tenggelam belah belah utara Malaysia.Janganlah jadi macam 2014. Teruk Jitra kena. Juga Perlis terlibat sama.

Dua tiga menjak ni,banyak cerita pasal anak anak muda. Amboi terror no depa. Pi panjat habis signage dan crane pula. Juga gempar budak2 mandi manda dalam air sungai yang deras gila. Eh...tak sayang nyawa ka depa. Awat tak dak mak bapa adik beradikke yg akan menangis kalau depa terkorban dek aksi mereka. Bingung nina.Manusia awat tak sayang nyawa?

Hari dah lewat petang. Satgi orang bang. Jangan lupa sembahyang.
Bye

Ninasandaq






Hari ketiga 2017...depa kena kerja


 Menderum deram kenderaan dijalan depan rumah
Walau pagi masih kelam
Itu tandanya... depa dah mula bersekolah!
Selepas sebulan lebih bercuti sakan.

WELCOME BACK TO SCHOOL teachers and students
Have a happy new schooooool year... kata ninasandaq pada mereka
Kami kucing2 tak perlu ke mana mana
Kami tak perlu ke sekolah
Disini saja bilik darjah
Kerana sekolah kami ada lah laman RBL yg sedia ada.
Kata ninsandaq pada Tam,anaknya

Ini pokok bukan bunga
Kalau dimakan boleh ternganga,kata ibu saya
Itulah silibus pendidikan kucing katanya

Terkenang si Fohim dengan ayah dan emaknya
 Tentu schedule dia bertukar juga
Pagi pagi lagi dah kena naik kereta
Pergi rumah tokder yg menjaganya.
Kesian dia. Tentu dia terpinga pinga...cari mama.

Eh,,,mama pi mana?

Oh...dia pi kerja ya


Semasa jadi guru penolong,aku biasa biasa
 Sedia kelas, terima tugas dengan rela
Ada tahun relaks saja..... tapi selalunya taklah dapat rasa
Sebab sekolah rajin benar bagi kita kelas yg nak periksa.
Maka mengajarlah aku dengan dedikasi
Ada tahun result ke langit tinggi...seronok tak terperi
Dan ada tahun,keputusan ke laut. kecut perut. Thn depan mailah semua jenuis manusia menanya,kenapa keputusan melalut. Salah kita ka...

Dan semasa jadi penolong pentadbir,tugas bertukar
Kena rela dengar rungutan cikgu cikgu yang tak puas hati
Dengan senarai tugas yg kita beri
Dengan jadual ganti yang kita beri
Dan jenuh jugalah bersilat nak bagi semua sama
Segala jenis checklist cikson buat .
Ada markah utk setiap tugas. Ada tab untuk setiap relieve chit yang keluar. Ada tick utk cuti yang diambil....haha banyak tau checklist cikson buat.
Jadi bila guru bersungut... ha  mai jumpa cikson , tentu mereka gerun.Kerana semua benda dah tersusun . Silap2 kena tambah lagi baru terpegun. Sayangnya semua buku checklist tu tak dapat dicari. Mungkin tenggelam dalam banjir besar tu hari..

Jadi GB, Headmistress lagi haru
Tugas nya dari rumput sampai awan biru
Silap2 orang, boleh kita yang dapat malu
Lebih lebih lagi kalau sekolah haru biru
Sana sini bercelaru.

Teringat satu kisah
Pengetua marah
Kerana salah seorang habis semua kena sesah
Meeting jadi medan perang...
Tempat kerja jadi tak aman.

Well....siapa pun kita,apa pun kita,bersederhanalah.
Carilah jalan terbaik utk selesai masaalah yg tiba
Banyakkan membaca buku2 yg ada
Untuk jadi panduan kita
Sekarang lagi senang...semua dihujung jari
Hanya kita sajalah yg kena rajin mencari.

Satu teguran
Jadi guru...kena ada had had tertentu
Bergurau senda ok
Tapi kena tengok juga kita diperhati
Oleh murid yg kita ajari.

So .... apa apa pun Selamat kembali ke sekolah cikgu  cikgu.
Panjang pula celoteh kita pagi ni nooo.

Monday, January 2, 2017

Hari kedua 2017

Matahari belum menyinar walau dah 9.00 pagi.
Sejuk macam ditanah tinggi
Tak perlu kipas atau aircon lagi.

RBL... kalau hari hari biasa panas membahang walau pagi pagi buta
Ooo...ninsandaq dan si Tam pun tak nampak rupa
Di mana agaknya mereka bertapa
Kalau tidak dah menunggu tangga rumah kita
Buat sepotong dua ikan atau apa2 yg ada.
Rezeki buat mereka.

Hari ini hari terakhir cuti sekolah buat anak anak yg bersekolah di Perlis . Besok akan sibuklah kembali sekolah sekolah dan jalanraya pagi pagi lagi. Begitu juga di wilayah persekutuan ,tempat si Fohim dilahirkan. Akan berkitar semula schedule seperti sediakala. Kesian dia dan ibubapanya.

Hari kedua 2017.
Buka berita,forum dan yg seangkatan dengannya.

Lihat Jokowi dengan berpelikat saja menyambut tahun baru di laman rumah. Tapi kita tak semegah. Sentiasa bermewah. Walau rakyat parah .



Baca berita harga barang naik lagi dan lagi. Buat naik darah tinggi. Harga ubat pun tumpang sekaki.
Juga ttg Obama usir 35 diplomat Russia dari USA. Haaha... apa cerita mereka. Nak cold war ke pula dgn Russia.

On the home front...minta2 banjir yg melanda ,cepatlah reda. Kesian mereka di Trengganu dan Kelantan sana.

Hari ni jangkaannya lebuh raya mesti penuh. Besok org mula bersekolah dan bekerja. Hati hati ya semua yg balik dari berkelana. Lebih2 cuaca yg tak menentu.

Nak tahu keadaan lebuhraya..clicklah sini

For my children ...happy new year. Selamat bekerja semula. Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati Allah sentiasa. Jaga diri baik2 ya.

Thats all folks. Bye.