Monday, November 7, 2016

Good luck !

Add caption
Hari ni SPM .
Ada juga anak anak buah yang menduduki exam ini.
Selamat menduduki SPM ya anak anak.
Do your best and God will take care of the rest.

Buat ibu ibu bapa bapa
Berikan sokongan anda buat anak anak
Mereka perlukan sokongan padu ayah bonda
Begitu juga abang2,kakak2 dan adik adik
Buat yang terbaik....untuk anak yang sedang berjuang.

Remembered those days of me taking my SPM a 4 decades ago.
It was such a tumultous time.
1969....sapa yg tak tau bukan rakyat Malaysia.

Sunday, November 6, 2016

Kenangan itu..



Kenangan lalu

Melayari fb,aku tertonton video itu.
Dan kenangan pun datang bertamu...

daun daun berguguran
3 abad lalu
Aku jadi tetamu
Hasil memohon kursus ke luar negara
Aku berjaya.

jalan di Edinburgh
Tak lama
3 bulan saja
Itu pun dah besar tuahnya.

merah kuning daun daun 
Sejuk dingin sampai ke tulang
Itu masih dapat aku tahan
Tapi...meninggalkan anak anak yang masih kecil itu se besar besar cabaran
Dan,aku tak teruskan pengajian ku walau ada peluang
kelabu

Aku bertekad
Kalau ibu hanya sampai ke sini menyambung pelajaran
Anak2 ,ku harap semuanya dapat pergi setinggi yang boleh
Itu saja harta yang dapat di beri buat bekal kelangsungan hidup nanti
Maka cita citaku menggunung tinggi ke kuis ke tepi

Kenangan berjalan dalam sejuk dingin Autumn di Edinburgh menjenguk kembali bila ku soroti video itu tadi..
Nak bermimpi pergi sekali lagi...ah jangan
Tak mampu rasanya dengan himpitan hidup sekarang.
Tapi...mana tahu kan tuah manusia
Kerana dulu masa aku kesana pun kerana aku bertuah
Guru sekolah rendah dihantar ke luar negara untuk menjalani kursus.
Sekarang?
Bacalah untuk mengetahui, tak perlu beli paper. Hanya click dihujung jari.
gambar gambar in fb.

Apa status anak anak sekarang ini,apa jadi pada mereka yang telah diberhenti kerja. Hidup tak semudah dulu.


Saturday, November 5, 2016

Bila langit mendung lagi...


Bila langit mendung lagi,terasa susah hati.
Takut takut banjir datang menjengah nanti.

Semalam@ kelmarin,seharian hujan turun tanpa henti
Dari pagi hingga malam hari
Dan sudah ada tempat yang dilanda banjir kilat katanya
Tapi macam pelik saja...selalunya tempat itu ,kalis banjir dulu dulu nya.
Kenapa kali ni,tempat itu pula jadi viral , macam tak percaya pun ada.

banjir kilat katanya
Memenuhi undangan majlis bacaan yasin untuk arwah allyarhamah SIL yang kembali ke rahmatullah 40 hari lebih semalam. Dia yang dikenali dengan panggilan Rose meninggalkan kami secara tiba tiba.Hanya sehari di ICU dia telah pergi selamanya. Tiada lagi senda guraunya dan juga masakan masakan buat tetamu yang ke rumahnya.
Bertemu anak anak dan menantu , dapat ku simpulkan she has done a good job as a mother. Penuh sopan mereka merai tetamu yang tiba.

Balik ke rumah, buka watsapp bila jam hampir satu pagi. Satu berita lagi datang bertandang. Isteri adikku pula di ICU. Semoga dia sembuh kembali .

Pagi langit mendung lagi. Semalaman kaki kakiku berdenyut denyut mungkin sebab kesejukan. Lumur minyak panas,tarik selimut pun tidak mendatangkan tidur . Pagi ni badan rasa lain macam.
Cuaca ni... aku berkonklusi.
RBL bila panas macam oven
Bila sejuk,macam kutub utara.


Di Kola ada pesta air kabarnya
Tentulah ciklicikson tak ikut serta
haha

Friday, November 4, 2016

Salam Jumaat

Salam Jumaat semua,
Jangan lupa pi masjid hari ni ya..


Baby Fohim 

Hai... salam Jumaat