Sunday, November 6, 2016

Kenangan itu..



Kenangan lalu

Melayari fb,aku tertonton video itu.
Dan kenangan pun datang bertamu...

daun daun berguguran
3 abad lalu
Aku jadi tetamu
Hasil memohon kursus ke luar negara
Aku berjaya.

jalan di Edinburgh
Tak lama
3 bulan saja
Itu pun dah besar tuahnya.

merah kuning daun daun 
Sejuk dingin sampai ke tulang
Itu masih dapat aku tahan
Tapi...meninggalkan anak anak yang masih kecil itu se besar besar cabaran
Dan,aku tak teruskan pengajian ku walau ada peluang
kelabu

Aku bertekad
Kalau ibu hanya sampai ke sini menyambung pelajaran
Anak2 ,ku harap semuanya dapat pergi setinggi yang boleh
Itu saja harta yang dapat di beri buat bekal kelangsungan hidup nanti
Maka cita citaku menggunung tinggi ke kuis ke tepi

Kenangan berjalan dalam sejuk dingin Autumn di Edinburgh menjenguk kembali bila ku soroti video itu tadi..
Nak bermimpi pergi sekali lagi...ah jangan
Tak mampu rasanya dengan himpitan hidup sekarang.
Tapi...mana tahu kan tuah manusia
Kerana dulu masa aku kesana pun kerana aku bertuah
Guru sekolah rendah dihantar ke luar negara untuk menjalani kursus.
Sekarang?
Bacalah untuk mengetahui, tak perlu beli paper. Hanya click dihujung jari.
gambar gambar in fb.

Apa status anak anak sekarang ini,apa jadi pada mereka yang telah diberhenti kerja. Hidup tak semudah dulu.


No comments:

Post a Comment