Saturday, November 5, 2016

Bila langit mendung lagi...


Bila langit mendung lagi,terasa susah hati.
Takut takut banjir datang menjengah nanti.

Semalam@ kelmarin,seharian hujan turun tanpa henti
Dari pagi hingga malam hari
Dan sudah ada tempat yang dilanda banjir kilat katanya
Tapi macam pelik saja...selalunya tempat itu ,kalis banjir dulu dulu nya.
Kenapa kali ni,tempat itu pula jadi viral , macam tak percaya pun ada.

banjir kilat katanya
Memenuhi undangan majlis bacaan yasin untuk arwah allyarhamah SIL yang kembali ke rahmatullah 40 hari lebih semalam. Dia yang dikenali dengan panggilan Rose meninggalkan kami secara tiba tiba.Hanya sehari di ICU dia telah pergi selamanya. Tiada lagi senda guraunya dan juga masakan masakan buat tetamu yang ke rumahnya.
Bertemu anak anak dan menantu , dapat ku simpulkan she has done a good job as a mother. Penuh sopan mereka merai tetamu yang tiba.

Balik ke rumah, buka watsapp bila jam hampir satu pagi. Satu berita lagi datang bertandang. Isteri adikku pula di ICU. Semoga dia sembuh kembali .

Pagi langit mendung lagi. Semalaman kaki kakiku berdenyut denyut mungkin sebab kesejukan. Lumur minyak panas,tarik selimut pun tidak mendatangkan tidur . Pagi ni badan rasa lain macam.
Cuaca ni... aku berkonklusi.
RBL bila panas macam oven
Bila sejuk,macam kutub utara.


Di Kola ada pesta air kabarnya
Tentulah ciklicikson tak ikut serta
haha

1 comment:

  1. Musim hujan sana sini..
    Kerap pulak dengaq berita kematian akhir2 ni..
    Terkini kenalan yang anaknya sekelas anak saya meninggal pagi tadi.. hari isnin anaknya akan menduduki SPM. Komplikasi buang tonsil.. pembedahan yang katanya kurang berisiko jadi penyebab..
    Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang2 beriman... dan anaknya tabah nak ambik exam isnin ni..

    ReplyDelete