Tuesday, November 1, 2016

Kesian depa....

Kejadian berlaku sehari dua dulu.
Dua beranak berkaki empat bersantai ditaman cikli. Bawah pokok terung jadi pilihan dua beranak.Hendak ke depan rumah mereka tidak berani kerana Si Luna dah jadi kakak kawasan di situ.
Alamat berperanglah kalau si Nina bertembung si Luna.

Sedang mereka bersantai ,tiba tiba hujan turun selebat lebatnya.
Si Tam dengan pantas kilat  berlari ke porch kereta sedangkan si Nina masih berada dibawah daun daun terung.
Cikson yang mahu menutup pintu gelongsor ternampak susuk tubuh si Nina disebalik daun daun terung . Air deras menimpa tubuhnya namun dia masih di situ.

Nina!
Masuk rumah, cikson bertempik. Namun nina masih tak bergerak walau hujan mencurah curah.
Berualang kali dipanggil baru nina berlari masuk rumah dan bersembunyi diatas kerusi sambil menjilat bulunya yang basah.

Kau takut sapa ? cikson menyoal dia.
Dia pandang cikson dengan matanya yang poyo.
Oh...takut Luna ya. Biaq sampai basah badan tak apa.

Meow....jawab dia.
takut oooo ,kata Tam menceritakan pengalaman
Masa tu kami berteduh bawah pokok terung....
Di sinilah paling selamat
Kesian dua beranak ni...nak bergerak dikawasan rumah sendiri pun kena hati hati.

Minyak naik ,naik minyak

Naik minyak aku bila lihat minyak naik harga . Bukan minyak masak saja tetapi juga minyak petrol.
Kalau senarai harga yang ku jumpa disocmedia itu benar, mmg sahlah naik menaik harga akan terjadi lepas ni.
Aku pasti harga makanan akan meningkat berikutan kenaikan harga minyak masak. Takkan peniaga nak letak harga biasa kalau harga minyak utk menggoreng dah jadi luar biasa.Jenuhlah mereka yang mengharapkan kedai saja utk makan pagi hingga malam.
Semalam anak bawa kami makan malam di Komalaut. Kalau selalunya kami ke Mona,malam ini kami ke Liza pula.
Ini makanan yang dipesan dan harganya 86 ringgit.Utk makan berempat.

Hidangan malam di Lizamat

gerut bakar percik santan

sambal udang 7 ekor

sotong celup tepung se tengah kilo

terung bakar sebiji


Entahlah...berapa harga jadinya selepas 1 November.

Monday, October 31, 2016

Dan hujan pun bertandang datang

Sudah 2,3 pagi hujan waktu pagi.
Begitu juga hari ini.
Bumi basah ,langit mendung,sedap tarik selimut hingga ke hidung. Mau nyenyak sampai tgh hari.
Tapi ciklisikson dah bangun pagi pagi lagi. Sejak subuh safie.

Hari ini sekolah masih bercuti.
Baby Fohim pun masih ada disini
Pandai melawak,mengajuk buat kami gelihati
Nanti bila dia balik,sunyilah kami.

Tahniah Kedah
Juara Piala Malaysia delepas berhempas pulas penalti kick sudden death
Antara GV3 dan match di shah Alam,channel tv bertukar haluan.
Sekejap 103 ,sekejap 104 sbb masing masing ada kemahuan

grill chicken dari lapaqchicken

spagetti...


sambal tumis teloq rebuih.

acar timun n nenas.

Nasi minyak kakchon..

Bila anak anak,balik kampung,tentu tak lengkap kalau tak makan hasil masakan emak . Selagi terdaya cikson cuba untuk menjamu mereka.
Jadi sehari dua ni cikson banyak guna masa didapur saja.
Gulai tulang jadi habuan mereka hari pertama
Dan kelmarin cikson masak nasi minyak ,acar timun dan cikna order lapaqchicken dari kawan dia. Untuk tambahan cikson masak sambal tumis telor pula.

Bila hujan datang bertandang
Pagi pagi ni pula goreng pisang abu dari kebun tokwan.

Saturday, October 29, 2016

Bila ETS tergendala,kesian depa.


Semalam, baby Fohim bersama ibu ayah balik kampung.Naik ETS .
Nak jadi cerita,malam sebelumnya gerabak barang KTMB tergelincir di Batu Gajah. Mujur tak ada yang cedera parah. Tapi ...semua schedule keretapi jadi tak tentu arah. Kesian mereka. Kali pertama naik ETS,kena lalui semua ini.

Di Mona diKoma
Bermula di KL Central,perjalanan mereka dengan bas ke stesen KTMB Ipoh. Dan adri Ipoh baru mereka dapat naik ETS ke utara. Jam 7.30 baru sampai Arau.Kesiannya. Perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 4.5 hours jadi 7 ke 8 jam.
Cikson mengambil mereka di stesen Arau dan terus ke Koma Laut untuk makan malam. Dirumah pun ,nak masak air tiada, jadi bila cikten mengutarakan makan disana cikson kata YEAH!

Dengar berita ,kabarnya 48 jam diperlukan untuk membaik pulih landasan dan ETS berjalan ikut jadual semula. Hari ni pula seorang lagi anak ,dah beli tiket ETS juga. Entah apalah pula pengalaman dia hari ni. Dari tv,bersesak manusia menunggu keretapi. Tua muda juga baby.

Kesian depa..nak balik beraya kena tempuhi berbagai rupa. Kepada mereka yang merayakan Deepavali,cikson ucapkan..Selamat Menyambut Deepavali..

penantian itu satu penyeksaan

Dari kaca tv pagi ni

teruk juga nampaknya...
Itu saja pagi ni
Sat lagi nak start masak untuk tgh hari
Pagi pagi tadi
Dah goreng cucur kodok yang cikli gemari
Tapi...dia cicah dengan cili sos Maggi.

Whats for today..menu tghari
Lets see...gulai tulang dengan kentang serta air asam tentu menaikkan selera.