Tuesday, November 1, 2016

Kesian depa....

Kejadian berlaku sehari dua dulu.
Dua beranak berkaki empat bersantai ditaman cikli. Bawah pokok terung jadi pilihan dua beranak.Hendak ke depan rumah mereka tidak berani kerana Si Luna dah jadi kakak kawasan di situ.
Alamat berperanglah kalau si Nina bertembung si Luna.

Sedang mereka bersantai ,tiba tiba hujan turun selebat lebatnya.
Si Tam dengan pantas kilat  berlari ke porch kereta sedangkan si Nina masih berada dibawah daun daun terung.
Cikson yang mahu menutup pintu gelongsor ternampak susuk tubuh si Nina disebalik daun daun terung . Air deras menimpa tubuhnya namun dia masih di situ.

Nina!
Masuk rumah, cikson bertempik. Namun nina masih tak bergerak walau hujan mencurah curah.
Berualang kali dipanggil baru nina berlari masuk rumah dan bersembunyi diatas kerusi sambil menjilat bulunya yang basah.

Kau takut sapa ? cikson menyoal dia.
Dia pandang cikson dengan matanya yang poyo.
Oh...takut Luna ya. Biaq sampai basah badan tak apa.

Meow....jawab dia.
takut oooo ,kata Tam menceritakan pengalaman
Masa tu kami berteduh bawah pokok terung....
Di sinilah paling selamat
Kesian dua beranak ni...nak bergerak dikawasan rumah sendiri pun kena hati hati.

1 comment:

  1. Alahai kesiannya Nina...sanggup dia basah kuyup dek takut punya pasal...

    ReplyDelete