Tuesday, November 1, 2016

Minyak naik ,naik minyak

Naik minyak aku bila lihat minyak naik harga . Bukan minyak masak saja tetapi juga minyak petrol.
Kalau senarai harga yang ku jumpa disocmedia itu benar, mmg sahlah naik menaik harga akan terjadi lepas ni.
Aku pasti harga makanan akan meningkat berikutan kenaikan harga minyak masak. Takkan peniaga nak letak harga biasa kalau harga minyak utk menggoreng dah jadi luar biasa.Jenuhlah mereka yang mengharapkan kedai saja utk makan pagi hingga malam.
Semalam anak bawa kami makan malam di Komalaut. Kalau selalunya kami ke Mona,malam ini kami ke Liza pula.
Ini makanan yang dipesan dan harganya 86 ringgit.Utk makan berempat.

Hidangan malam di Lizamat

gerut bakar percik santan

sambal udang 7 ekor

sotong celup tepung se tengah kilo

terung bakar sebiji


Entahlah...berapa harga jadinya selepas 1 November.

1 comment:

  1. Entahlah selepas ini masih mampu atau tidak melayan kehendak anak-anak untuk sesekali menjamu selera di restoran... :(

    ReplyDelete