Tuesday, October 18, 2016

tunggul... ada juga guna mu.


Walau hanya tunggul tua
Jangan ingat dia tak berguna
Sini tempatnya si Tam dan ibunya
Melepas lelah kadangkala.

Walau segar merimbun rimba
Hadir mu hanya menyakit mata...
Entah entah ,tempat si ular sawa.
Jadi apa pilihan kita
Jadi tunggul kayu mati
Atau merimbun tapi menyakit hati...

haha... apa yg cikson merepek pagi pagi ni..
tersentak hati bila baca komen di socmed,kena pula dengan orang yang kita kenali,sayangi
Aduhai...perangai.

Monday, October 17, 2016

Jangan diharap rimbunannya orang, ditebang tuan gersanglah kita


That shady tree was on the other side of the fence. The small wee tree grew so fast that in no time its branches grew over the fence into RBL's ground. The leaves occasionally fell to the ground and cikly religiously swept them away. Though it wasnt our's but we welcome its presence . The shady tree gave cikli's ciktam protection against the morning and afternoon scorching sun.

We could grunt. We could frown for having some people branches into our yard. But we embrace to take only the positive. So we were quite ok with the tree terjuih terjulur over our fence.Daun jatuh kita sapu. Ulat datang kita sapu.
pokok kesayangan cikli
walau tahu itu bukan kepunyaan sendiri.

pokok pokok milik orang
jika ditebang tuan, tentu dah tak indah mata memandang

semak di laman orang
biarkan..kata Pong kpd tuannya sebelum dia pergi selamanya.

But one afternoon,a young man was seen sawing the branches off the tree on the other side..
Maka bermulalah gersangnya RBL tanpa lindungan dahan dahan itu. Kesian ciktam cikli. Panas dia sehari hari.

La...hantarlah lori vintage you tu ke no 7. Space tu boleh park kereta u.Cikson beri cadangan.
Dah berbuih mulut cikson minta cikli uruskan lori buruk bawah porch.
Kereta ratus ribu dok berpanas,lori sekupang dua u dok simpan..bebel cikson satu petang.
haha...nindia lori tua yang tamat tempoh khidmatnya
Hantarlah ke rumah orang tua tua..
Kadang2 rasa macam sakit mata sakit hati tengok lori tua itu bertenggek dalam porch. Dah tak berdaya dia nak kemana. Dah tamat tempoh khidmat dia. Nak simpan buat apa. Sekarang lori tua itu jadi tempat kucing beranak dan ayam tok saad bertelor.Kalau ada tetamu datang melawat, itulah yang mereka jumpa dan hidu dulu. Angan2 cikson nak hias laman rumah pun terhapus dengan adanya dia di situ.


Hehe... buat apalah cikson luahkan cerita ni disini. Cikli bukan baca pun blog ni..Dan kalau dia baca pun apa dia peduli.

Ala...pokok tu boleh beri perlindungan buat ciktam ,kata cikli.
La ni bila dahan pohon tu ditebang,berpanaslah kereta kesayangan dia.
tunggul ini RBL yang punya
Lagi tak buang,di situ tempat tenggeknya.
Tunggul pun ada baktinya
Itu cerita lori tua cikli. Hidup kita pun . Janganlah dok harap sangat dengan tali atau dedak atau tangan yang memberi. Usaha sendiri lebih manis kalau berjaya akhir nanti.Hidup kita,kena kita urus sendiri. Jangan terlalu mengharap kesiannya orang,beralih hati kita kesusahan.

Semalam,tidur ku terganggu. Teringat2 tentang mereka yang sebahagian dari hidupku...tiada lain doaku.
Semoga mereka dipelihara Allah,dipermudahkan urusan. Sayang mereka.




Sunday, October 16, 2016

Kasih adik abang

Gerun melihat adegan yg menggerunkan difb dan forum tadi. Siabang maut dalam kolam darah yang merah.Entah apa yang merasuk dia dibuat begitu? Tanya ku.
Baca dan gali lagi...
Rupanya kerana pernikahan yang tak direstui.
Si mangsa abang yang tidak puas hati adik kahwin lari. Lebih lebih lagi suami adik dah berbini. Dua pula tu...
Dan akhirnya tragedi. Abang ditetak dan ditikam hingga mati
You search google for more info. Jadinya di Trengganu,

Terfikir pula..
Kenapa adik yang cantik manis terjebak dalam kancah menyayat itu.
Kenapa sanggup jadi isteri ke tiga,aku bertanya.
Entahlah... bila cinta kadang2 kita alpa
Hitam kata orang ,putih kata kita
Cerita ,berita negatif tentang dia kita buat tak hirau saja.

Seram aku.
Lebih lebih aku juga punya anak .
Takut mereka terjebak pujuk rayu insan yang hanya pura pura. Mengaku bujang walau ada anak keliling pinggang.
Hope so much they are careful.
Sebenarnya,kisah mereka dah boleh buat buku....campur dengan pengalaman ku dulu dulu. Haru.

Lelaki ke perempuan ke
Tolonglah jadi jujur bila berkawan
Jangan perasan...

Eh... apa kena mamason meleret leret bebel ptg ni.
Tak ada apa apa
Cuma,bila cerita abang kena bunuh kerana sayang kat adik,emosi sikit tersentuh.

Adik abang ...
Ada yang macam terbuang
Leka dengan dunia sendiri
Hingga tak kisah apa terjadi...

Bye. Selamat petang.

Berita tak masuk berita...

Bangun di dendangkan kokokan ayam sahut sahutan.
Kerjakan suruhanNya and masuk dapur untuk menjerang air di dapur.Sekejap saja kettle berlagu dan se teko kopi O 2 in 1 pun tersaji buat cikli.
Menjenguk keluar pintu gelongsor tepi rumah,nampak puan ninsandaq sedang menyusu si Tam atas tunggul kayu. Syahdu tengok dua dua mereka,si anak dan si ibu.
Syukur ....menjelajahi berita tentang air pasang besar di socmed ,hingga kini tiada berita yg menggemparkan. Semoga bencana yg di katakan mungkin berlaku, simpang malaikat 44 lalu. Typhoon Sarika pun menyimpang dari kita.Kata berita.

Pagi pagi cikli berbaju merah untuk ke hari sukan Taman lama.Cikson tingtong rasa kepala kerana tidak makan ubat semalamnya. Nak ikut serta takut jadi apa apa.
Jangan dok pi pukul baju kuning pula...seloroh makcik.
Haha...baju merah,baju kuning selalu saja masuk berita.
Jangan muka cikli dok bantai orang keluar tv sudahlah.Takkan la kot. Buat berdosa dok kata dia.

Ni yg masuk berita..
Kuatnya hormat rakyat Thailand pada raja Bumibhol yang mangkat . Wajah suram,menangis dan mereka berbaju hitam. Di Phuket sampai ada tunjuk perasaan membantai pengkritik raja yang celupar.
Semalam juga entah macamana cikson tgk berita. Tb3 u all. You know what I see? Adik I dok explain something to PM kat Chini.
Tu Bib kan? Tanya I pada cikli utk pasti.
Badan sama muka pun macam nak sama ... tentu dia. Sebab cikson tahu dia berulang alik ke Chini dari UKM untuk projek ini dari beberapa tahun lagi.Prof Madya Dr. Habibah Ahmad ,may you be successful in whatever you do. Kalau abah dan mak ada tentu mereka puas hati. Anakanda kesayangan mereka keluar tv.
Tentu ba kata...nampak dak anak ba keluar berita!

PM di Chini
Bersimpuh dengar penerangan..eeeh adik kita la.haha.
Antara berita yg keluar tb dan tidak...hidup kita umpama gelong hoola hoop. Diputar atau memutar,kita sekejap diatas sekejap dibawah..
Dibawah...bangun untuk keatas.Gabus sampah,kibas2 dan merangkak kembali. Cuba sedaya upaya untuk bertatih kembali.
Diatas..jangan membongkak diri,korupsi dan apa 2 yg menjahanam diri.Tengok berapa banyak yang keluar tv tapi ada kain membaluti kepala dan muka. Takut nak tunjuk rupa diri!Masa buat salah tak ingat neraka.


Bye...Have a happy weekend folks.

masuk tb lagi...
 Tu saja.