Saturday, October 1, 2016

hati yang tertinggal ...1

Dalam keraguan yang tak bertepi,kami gagahi juga meninggalkan wilayah RBL tempoh hari.Besar benar antara meneruskan perjalanan atau menangguhkan. Selepas kataputus dipenghujungkan ,ETS kami naiki. Dengan hati yang amat berat sekali.....

Aku dan anak yang aku temani meninggalkan cikli dan situasi yang perit untuk digambarkan.Aduhai...sepanjang perjalanan hati tertanya tanya...betulkah apa yang kami lakukan.

Sampai di KL Central,anak kedua sudah sedia menunggu. Grabcar kami ambil menuju OUG Parklane. Tingkat 7 ku gagahi.....
Meneruskan perjalan ke PV Taman Melati kerana si kecil ada menanti.Terhibur juga dengan aksi aksi Fohim yang kalau ketawa tak mahu berhenti.Ada ada saja benda yang menggelikan hati buat si kecil ini.
Besok pagi pagi berdua kami menyelusuri jalanjalan berliku menuju Kuantan.Berhenti brunch di tengah perjalanan dengan laksa Sarawak jadi pilihan.Nak menghabiskan semangku macam nak pitam..haha.
Banyak perubahan kirikanan jalan. Lebih lebih lagi bukit bukau yang digondolkan. Lori lori panjang sepanjang panjangnya bebas diatas jalan. Tanda bauxite dah tak lama lagi boleh dikerjakan.
Kuantan banyak berubah. Pekan baru dan daya tarikan baru. Tempat makan juga tumbun macam cendawan. Macam2 makanan.


Tanda kami naik ETS...coach D seat 2A 2B...tak mau lagi..
Kalau kena pilih seat Platinum lain kali
Mujur seat depan tak ada penghuni

Dari jendela ETS...macam oversea pula tgk pemandangan begini

Laksa Sarawak untuk mummy dekat stesen minyak highway 

Sedap juga moi yang semangkuk baq hang ni...

Tanda kami melewati wilayah ini...

Landmark Jambatan gagah ini...

Pemandangan begini menyanyat hati...
Gondol sana sini
Negeri datangnya Pemimpin tersohor yg disayangi...hihi

Budak ini memang penghibur
Semua lawak baginya..

Pelangi menarik hati tertarik ...

Di traffic lights pelangi merentangi jalan...
Hanya di Kuantan..
 Itulah serba sedikit cerita seketiadaan makcikson tempoh hari
Ke Gambang Pahang dia merantau bawa diri...

Wednesday, September 21, 2016

Nak beli tiket ETS...mai nak habaq mai

Hari ni ciklin buat keputusan membeli tiket balik negeri.
Mula mula tengok flight tickets. Mula mula murah saja untuk berdua. Dalam dua ratus saja. Tapi sehari demi sehari harga mendaki bukit. Mau sakit...Tambah duit taxi..mau mati..hihi.
Naik bas rasa lenguh baru sampai. Dah sampai badan longlai.
Kita naik ETS sajalah...si ibu beri cadangan. Nak beli awal awal kena tengok appointment.
Last last Hari Jumaat jadi pilihan.
Maka bermulalah episod menempah tiket bermula.
Mula mula on line...tapi timbul keraguan sebab printer off line pula.
Talipon KTMB 1300 88 5862 ...dah tiada dalam perkhidmatan kata suara belah sana.

Cari nombor talipon KTMB 03 22671200 ...malangnya urusniaga separuh jalan.
Dan malang lagi nombor KTM Arau...04 9861225...berdering tapi tiada penunggunya.Membisu.

ets...gambar googled.

So last sekali gamble ke Arau sendiri kerana tidak berjumpa panduan waktu operasi kaunter tiket walau digoogle segala.
Nasib baik...waktu operasi rupanya jam 6 pagi ( kalau tak salah) hingga 8 malam ( pasti) utk beli tiket ETS ya. Tiket bas tak tau na.
Dan untuk komuter jam 10.00 depa berhenti.
Dan kalau tak salah juga depa rehat jam 1.00 hingga 2.00. Nanti cikson check kembali.

Syukur tiket ETS Platinum dapat diperolehi...
Tapi cikli kena tinggal kali ini...

Satu lagi ,kalau beli on line,dan tak ada printer...ok saja. Sebab boleh tunjuk e mail .So dont worry.

Itu saja cikson nak share kali ni. Loghat juga nak dapat tiket ets ni.. Bila google tak jumpa informasi.

Cantik buat mu buruk buat ku....

gambar googled
Beauty is in the eyes of the beholder.
Yaaap ....I agree.
Mungkin membiarkan pokok dan tumbuhan menjalar didinding cantik. Pada mata kita.
Tapi....pada mata orang lain buruk kekdahnya.
Apalagi kalau meliar tumbuhnya saja.

No.7...apa kabar mu
Dah lama aku tak kesana
Menjenguk mu
Sibuk betul tak menentu
Hingga kau pun aku tak tahu
Sakit demam mu...


Entah entah kau pun dah jadi macam ini....
Diselubungi misteri.....

Tuesday, September 20, 2016

Selagi berdaya...

Jam 12 iriz coklat karat ku selamat ku park di parking lot HSB.
Jenuh menapak ke Klinik Pakar tiga beranak yang masing masing punya sakit tersendiri.
Ambil nombor giliran ditingkat 1 dan seterusnya naik ke tingkat2. By the way, lift2 ada perbezaan. Ada bermula dengan G tetapi ada bermula dengan 1. Itu yang buat kita kadang2 ragu2. Nak tekan punat mana satu.
Di tingkat 2,urusan berjumpa doktor dan menerima rawatan bermula jam 2 lebih.
Alhamdulilah...doktor pakar yang merawat memberi thumbs up kpd rawatan yang diterima semalam. Maknanya ubat yang diberi serasi dengan sakit yang dirawat.

Lepas mkn tengahhari dikantin HSB,kami beredar pulang. Sedap tau pasembur yang dijual disitu. Kelmarin pasembur hari ni pun pasembur.
Menyelusuri jalan Jitra Kangar kadang2 buat aku buntu. Dengan traffic lights yang sejengkal satu. Pemanduan jadi terganggu. Sikit2 traffic lights.Kadang2 terfikir tempat yang tak perlu traffic lights pun ada. Lagi satu ,sedang laju kita memandu tiba2 lane bertukar sebelah kiri. Sbb kanan utk orang u.turn.

Sampai dirumah hampir jam lima. Letih tak terkata. Rehat sebentar tapi sampai terlena.
Eh...nak makan apa ya malam nanti.
Nak keluar semula is out of question. Mujur anak saudara cikli dapat selamatkan.
Maka berdelivery lah kami dengan spaghetti karbonara dan chicken chop dari Cafe Beautique adik cikli.Puas hati..

Khamis nanti HSB akan kami lawati sekali lagi. Semoga sembuhlah anakanda sepenuhnya .Tiada apa2 komplikasi.
Dan selepas dapat clean slate dari doktor bolehlah kembali bertugas . Nun jauh dari rumah.Entah bila tahun dapat pindah....

Tersenyum aku mendengar kata2 teman bicara semasa sama2 di bangku hospital.
Mujur emak kuat....
Selagi terdaya...