Thursday, September 15, 2016

Langkawi menjelang raya...senang nak ke mana2 tapi rasa macm dok luar negara

Atas ferry lagi terasa macam bukan dalam negara.
Ada terperasaan... eh aku nak pi benua mana?

Sekumpulan tourist yang menaiki feri selepas kami duduk,becok saja mencari tempat mereka.Dari raut wajah aku teka mereka bukan orang Malaysia. Tapi dari tanah besar sana.
Habisla... tentu bingit sepanjang jalan kerana dah terkena berulang kali kalau berada ditengah mereka.
Rupanya tekaan ku salah kerana  kumpulan yang datang lagi gah. Sejak berdiri,duduk dan berdiri kembali utk keluar feri tidak sesaat mereka diam.Bingit yang keterlaluan. Bercakap talipon seperti tiada orang lain disisi mereka. Mendengar lagu dari handphone tanpa menggunakan headphone . Ok juga kalau lagu itu sedap dan menjadi halwa telinga...entahlah mungkin itu budaya mereka. Harap2 orang Malaysia bila berada diluar negara usahlah tunjuk sisi negatif kita.Sopan santun perlu jadi panduan kita supaya orang peribumi dinegara dikunjungi tidak melihat kita dari hujung rambut ke hujung kaki dengan muka yang sinis.

Keluar feri ,kami terus ke tempat penginapan yang terletak di pantai Cenang. Kata pun menjelang hari raya,tentu umat Islam berada dirumah atau kampung halaman. Kami saja tersasar haluan. Maka berjamu matalah kami dengan adegan adegan yg ada disitu. Berbikini dah tak malu malu. Minum minuman keras atas bangku. Berbotol botol atas pantai..alahai.

Di pekan Kuah juga orang tak ramai ,senang nak berbelanja. Di Underwater World pun sama juga. Kalau selalunya orang berpusu pusu skali ini senang nak melangkah.

Tapi hari Isnin Langkawi nampaknya mula diserbu manusia. Kat feri terminal lagi dah nampak menderu manusia menapak laju. Meriah tengok .

Nak ke Langkawi masa orang tak ramai,pilihlah waktu waktu orang nak menyambut perayaan. Tapi selepas perayaan...tiada tempat tiada orang.



Pantai Cenang yang tenang
Nak berjalan pun boleh berlenggang

Puas hati si kecil
Main air

Makan laksa kat airport
Specialnya dia ada ikan sekoq
Nak makan pun selesa....tak perlu beratoq
laksa dan pasembur

tak ada orang kan...

tertanya tanya
siapa yg aku bermimpi malam itu
dia disini sambil ketawa tgk kami...entahlah..


Wednesday, September 14, 2016

Ke sana ke sini ke situ

Balik dari Langkawi kelmarin dulu, ingat tak adalah lah lagi nak kesini ke situ.
Rupanya ada lagi tempat yang perlu kami tuju.
Jadi awal awal pagi hari ini...yakni hari Rabu
Aku memandu
Aloq Staq kami tuju

Ke KMC @ KPJ jumpa doktor pakar mata pula
Kali ini jadi drebar anakanda tercinta....haha apa apa saja
Jam hampir sembilan baru sampai di sana .
Mujur lagi buat appointment ...kalau tidak naya
Kerana doktor tak layan kalau walk in saja...
Add caption

Habis segala dekat pukul satu
Terus balik ke Kangar sambil mata mencari tempat makan
Hmm...cuti raya haji walau dah hari ketiga, kebanyakan kedai makan esp. tom yam semua kerusi naik atas meja.
Awat tak melilau dari Alor Star....Kuala Perlis...Kangar semua tutup.

Lucu juga jumpa Dr. Sun rupanya
Fasih berbahasa dengan loghat Kedah yang pure
Terpinga pinga ciklin dengar dr. bertanya..

Tuesday, September 13, 2016

Ole Ole Langkawi

Niat dihati saja saja nak bersantai
Menikmati ciptaan Allah yang permai
Apalagi kalau bukan di pantai

minyak gamat....minyak urut

ole ole..utk mengisi perut.


Tapi kata pun berjalan
Lari juga ke shopping mall di pekan
Coklat, Tefal jadi habuan
Seronok tak terkira bila dapat free kan
Thanks anak anak,  ...tautau ada saja tolong bayarkan.Bertuah badan.

Ke Underwater World lihat ikan
Penguin ,ikan ikan,karangan laut  jadi tarikan
Seronok juga kerana banyak benda baharu disediakan
Mau tujuh lapan tahun tak buat lawatan...
di Underwater World
Membeli minyak gamat membawa kami ke kawasan dekat Makam Mahsuri
Tapi tak pergi melawat kerana hari dah meninggi dan perut minta diisi
Borong minyak urut,minyak angin
Makan laksa ikan sekoq dekat airport
Pasembur pun sedap ....

Fohim pun dah pandai minta auntie belikan mainan

Itulah antara cerita kami pi Langkawi....




Hey...kamu pi mana ,kami datang nak beraya...


Oh tuan rumah
Kami datang nak beraya...
Kamu pi mana?

Hey...tuan rumah
Mungkin itu kata2 ninasandaq pagi raya haji kelmarin
RBL tiada penghuni
Kecewa kami
Tak dapat rasa rendang,ketupat dan juga mee.

Oh...rupa rupanya depa pi Langkawi
Sampai hati tak ajak kami!

Ninasandaq