Ada terperasaan... eh aku nak pi benua mana?
Sekumpulan tourist yang menaiki feri selepas kami duduk,becok saja mencari tempat mereka.Dari raut wajah aku teka mereka bukan orang Malaysia. Tapi dari tanah besar sana.
Habisla... tentu bingit sepanjang jalan kerana dah terkena berulang kali kalau berada ditengah mereka.
Rupanya tekaan ku salah kerana kumpulan yang datang lagi gah. Sejak berdiri,duduk dan berdiri kembali utk keluar feri tidak sesaat mereka diam.Bingit yang keterlaluan. Bercakap talipon seperti tiada orang lain disisi mereka. Mendengar lagu dari handphone tanpa menggunakan headphone . Ok juga kalau lagu itu sedap dan menjadi halwa telinga...entahlah mungkin itu budaya mereka. Harap2 orang Malaysia bila berada diluar negara usahlah tunjuk sisi negatif kita.Sopan santun perlu jadi panduan kita supaya orang peribumi dinegara dikunjungi tidak melihat kita dari hujung rambut ke hujung kaki dengan muka yang sinis.
Keluar feri ,kami terus ke tempat penginapan yang terletak di pantai Cenang. Kata pun menjelang hari raya,tentu umat Islam berada dirumah atau kampung halaman. Kami saja tersasar haluan. Maka berjamu matalah kami dengan adegan adegan yg ada disitu. Berbikini dah tak malu malu. Minum minuman keras atas bangku. Berbotol botol atas pantai..alahai.
Di pekan Kuah juga orang tak ramai ,senang nak berbelanja. Di Underwater World pun sama juga. Kalau selalunya orang berpusu pusu skali ini senang nak melangkah.
Tapi hari Isnin Langkawi nampaknya mula diserbu manusia. Kat feri terminal lagi dah nampak menderu manusia menapak laju. Meriah tengok .
Nak ke Langkawi masa orang tak ramai,pilihlah waktu waktu orang nak menyambut perayaan. Tapi selepas perayaan...tiada tempat tiada orang.
Pantai Cenang yang tenang Nak berjalan pun boleh berlenggang |
Puas hati si kecil Main air |
Makan laksa kat airport Specialnya dia ada ikan sekoq Nak makan pun selesa....tak perlu beratoq |
laksa dan pasembur |
tak ada orang kan... |
tertanya tanya siapa yg aku bermimpi malam itu dia disini sambil ketawa tgk kami...entahlah.. |