Saturday, June 25, 2016

DIY for RBL

If I have my way,my energy and the least my dough,I would be very very glad if RBL that we are staying now be spruced up .
The grey coloured curtain could be replaced by a lighter cherrier merrier colour. Hmm...the last and the first time we hired a professional tailor,the cost incurred was in the thousands. Which we hadnt have much.As to say. Buying the materials and sewing them on my old faithful SINGER was an option. But being stuck in accomodating to cikli's medical appointments was a hinder in itself.
Thought of bringing them down and having them a wash in the washing machine was another plan.

Adoi....tinggi melangit pula . Jenuh nak panjat memanjat. Dulu masa muda muda,kerja panjat memanjat turun dan naikkan curtain kerja tahunan cikson.No hal with that. Tapi la ni....nak panjat tangga pun dah ketaq lutuit....

Jadi... untuk bagi ada fefeeling nak raya,cikson cuci throw cushions . Ha...la ni depa dok di ampaian utk dikeringkan. After that will be the cadar and totos turn.

Last night a voice asked over the phone the questions..
Mama tak menjahit dah ke utk raya ni..?

Browsing the fb, I came across DIY for lawn and porch of the house. Nampak easy breezy. Dan juga ada yang menawan hati...Mencantikkan laman dgn budget friendly DIY

Antara yang memikat cikson...tapi bolehke dibuat dengan sakit2 begini..



 Sekarang ni macam ni lah RBL....
Entah bila nak cantikkan landscape dia.....



dah panggil tukang rumput....tapi entah mana lah dia tersangkut..

Dah bertukar,pintu yang reput,tapi belum lagi cat disalut....

Dah merimbun,pagar rumah...

ini pun perlu ditukar

tak ceria langsung....

We'll see.......bila RBL akan dispruce up
Teeringin nak dapat macam alamat 1930
Sekarang ni ,itulah rupenya RBL......bila orang orang tue saje yang ade...buatlah mana yang terdaya.Entah2 esok lusa dah tak ada....sapa tau na...Prof Izi pun dah tiada.

Friday, June 24, 2016

Help..... the door is locked !

Mujur tak ada siapa2 dalam bilik tu. Kalau tidak lebih lah dramanya.
Si Ninasandaq yang rajin menjenguk dan meninjau ninjau port nak bersalin pun ada diluar.

Cerita malam semalam....
Selepas mengemas bilik cikson menarik daun pintu.
Tup!
Dan bila hendak memasuki bilik itu semula,cikson dapati kunci tak dapat dibuka.
Jenuh cuba kunci kunci yang ada.
Jenuh menolak daun pintu ,tapi sia sia.
Cikson dah cuba berkali kali begitu juga cikli,tapi hampa.
Pintu tu degil tak mau terbuka....

Kita panggil tauke pintu sajalah, kata cikli.
Hmmm..duit melayang lagilah kalau begini.

Wait!....apakata kita google dulu.
So googled I did and came across many solutions to unlock a deadbolt.
I typed....how to unlock a locked door.

Zam zam alakazam....with just a tesco card,I managed to unlock the door.
Yippeeee to me.
Selamat duit seguni..hihi.
Itulah saja cerita pagi pagi ni.
Lagi tak boleh buka pintu tu,lagi tak senang hati..


Thursday, June 23, 2016

DIY...masak apa hari ni ya?

Ragam ramadhan


Makan berdua ,,,cukup la hanya semangkuk

Sambal ayam pedas

Bila ramai kita masak seperiuk

Gulai ayam minyak berlinang


Ada hari nak ubah suasana. Makan direstoran punya cerita. Angkat talipon order berbuka puasa. Sampai masa kita terjah saja..

Tapi yang tak berkenan,makanan kita sejam dah disiapkan. Maka jadilah dia tatapan....... Pengunjung restoran dan juga binatang berterbangan.
Kenapalah tauke restoran tak terfikir. Tutup dulu makanan yang disaji. Bukan mahal sangat sebuah tudung saji ? Pelanggan tentu suka hati.Atau gunalah cling wrap yang tak seberapa pun modalnya.

Eh... harini masak apa ya cikson kita.
Kita beli di kedai, makan di rumah saja
Apa kata order ikan masak kengsom atau tiga rasa.
Tapi lalat jangan order sama!

Melayan rasa 2

Akibat mengambil ubat masa sahur tadi ,aku kesiangan.
Kalau tidak,waktu sekarang,kain dah dijemuran,lantai dah bersapuan,kain yg terlonggok dan jadi lipatan...APTB kalau ketiduran..hehe.

Biaq pi...kataku pada diri. Bukan ada sapa sapa nak marah. Bukan ada sapa sapa nak menjenguk.Kata hati kecil ku cuba memujuk diri.

Puasa ni hanya aku dan cikli. Tiada anak anak yang kembali atau kaum keluarga yang mengunjungi.Ah...masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Nanti raya baliklah mereka nanti.

Tiket dah beli. Cuti dah approved...kata seorang.
Tunggu kami a week from raya ..kata seorang riang ria.
Hmm...tahun ni giliran sana pula. Kata yang bongsu. Itulah yang betul. Bahagi bahagikan,Gilir gilirkan raya bila dah berkeluarga. Jangan ingat diri sahaja. Yang orang sebelah pun kenalah jaga. I said to her. Ibu ok saja.

Hah dah 800? alamat balik jalan kaki lah saya...kata yang lain. Aku senyum saja. Dengar kata katanya.

Menghadap lauk dimeja makan,kami berdua diam melayan. Sekali sekala dialog bertukaran.
Tahun depan adakah lagi kita . Makan berdua.
Entahlah cikli. Teringat aku cerita P Ramlee. Siapa mati dulu...Bini ke laki . hihi.

Buang sebentar ke tepi melayan fikiran fikiran yang tak berapa berseri. Dulu masa muda , sudah banyak persiapan raya seminggu dua nak raya.
Terkenang aku ke Alor Setar cari baju keluarga.
Terkenang aku biskut biskut yang dibuat sendiri.
Terkenang aku cikli memesin lantai rumah.

Curtain yang ku jahit sendiri,pasang sendiri. Cushion yang ku buat sebagai penyeri.
Perabot yang aku bersama suami bertukang menukar kain lapiknya. Berbirat jari jari menarik tali tangsi.

Itu dulu...sekarang ni.
Sayup saja nampak curtain melangit tinggi. Kalau ku gagahi , takut apa apa terjadi.
Merimbun saja semak samun melingkar pagar..hendak ku tebas,tenaga dah tinggal saki baki.

Delima orangtua nak menyambut aidil fitri......