Thursday, June 23, 2016

Melayan rasa 2

Akibat mengambil ubat masa sahur tadi ,aku kesiangan.
Kalau tidak,waktu sekarang,kain dah dijemuran,lantai dah bersapuan,kain yg terlonggok dan jadi lipatan...APTB kalau ketiduran..hehe.

Biaq pi...kataku pada diri. Bukan ada sapa sapa nak marah. Bukan ada sapa sapa nak menjenguk.Kata hati kecil ku cuba memujuk diri.

Puasa ni hanya aku dan cikli. Tiada anak anak yang kembali atau kaum keluarga yang mengunjungi.Ah...masing masing sibuk dengan urusan sendiri. Nanti raya baliklah mereka nanti.

Tiket dah beli. Cuti dah approved...kata seorang.
Tunggu kami a week from raya ..kata seorang riang ria.
Hmm...tahun ni giliran sana pula. Kata yang bongsu. Itulah yang betul. Bahagi bahagikan,Gilir gilirkan raya bila dah berkeluarga. Jangan ingat diri sahaja. Yang orang sebelah pun kenalah jaga. I said to her. Ibu ok saja.

Hah dah 800? alamat balik jalan kaki lah saya...kata yang lain. Aku senyum saja. Dengar kata katanya.

Menghadap lauk dimeja makan,kami berdua diam melayan. Sekali sekala dialog bertukaran.
Tahun depan adakah lagi kita . Makan berdua.
Entahlah cikli. Teringat aku cerita P Ramlee. Siapa mati dulu...Bini ke laki . hihi.

Buang sebentar ke tepi melayan fikiran fikiran yang tak berapa berseri. Dulu masa muda , sudah banyak persiapan raya seminggu dua nak raya.
Terkenang aku ke Alor Setar cari baju keluarga.
Terkenang aku biskut biskut yang dibuat sendiri.
Terkenang aku cikli memesin lantai rumah.

Curtain yang ku jahit sendiri,pasang sendiri. Cushion yang ku buat sebagai penyeri.
Perabot yang aku bersama suami bertukang menukar kain lapiknya. Berbirat jari jari menarik tali tangsi.

Itu dulu...sekarang ni.
Sayup saja nampak curtain melangit tinggi. Kalau ku gagahi , takut apa apa terjadi.
Merimbun saja semak samun melingkar pagar..hendak ku tebas,tenaga dah tinggal saki baki.

Delima orangtua nak menyambut aidil fitri......


No comments:

Post a Comment