Mujur tak ada siapa2 dalam bilik tu. Kalau tidak lebih lah dramanya.
Si Ninasandaq yang rajin menjenguk dan meninjau ninjau port nak bersalin pun ada diluar.
Cerita malam semalam....
Selepas mengemas bilik cikson menarik daun pintu.
Tup!
Dan bila hendak memasuki bilik itu semula,cikson dapati kunci tak dapat dibuka.
Jenuh cuba kunci kunci yang ada.
Jenuh menolak daun pintu ,tapi sia sia.
Cikson dah cuba berkali kali begitu juga cikli,tapi hampa.
Pintu tu degil tak mau terbuka....
Kita panggil tauke pintu sajalah, kata cikli.
Hmmm..duit melayang lagilah kalau begini.
Wait!....apakata kita google dulu.
So googled I did and came across many solutions to unlock a deadbolt.
I typed....how to unlock a locked door.
Zam zam alakazam....with just a tesco card,I managed to unlock the door.
Yippeeee to me.
Selamat duit seguni..hihi.
Itulah saja cerita pagi pagi ni.
Lagi tak boleh buka pintu tu,lagi tak senang hati..
No comments:
Post a Comment